Friday, 12 April 2013

Bersama Anan..

Assalamu'alaikum.
 
Bangunan ADUN berhadapan Kuching Waterfront
 
Bangunan ADUN waktu malam
 
Kuching Waterfront waktu malam
 
 
Gunung Santubong
 
Damai Beach Resort
 
 
 
 
 Main pasir di pantai Santubong
 
 Gunong Santubong
 

Sungai berdekatan
 
 
 Laksa Sarawak
 

 
 

 


Thursday, 11 April 2013

Matahari tenggelam

Assalamu'alaikum.

Semasa Ummi di Santubong, sempat Ummi rakamkan gambar matahari tenggelam. Cantik kan anak2. Gambar macam x sync sbb ada yg Ummi guna flash ada yg x guna flash. Enjoy the pics!







 










Karipap


Assalamu'alaikum.

Resepi ni Ummi dapat dari sini. Malam Nina sediakan doh, Ummi buat inti. Esoknya Nina bawak bekal ke sekolah. Nina kata waktu rehat kulit karipap masih rapuh. So, kalau nak buat karipap Ummi akan gunakan resepi ni. Kulit ni agak tebal. So, next time Ummi akan canai lebih nipis.
Tips : Goreng guna api kecil supaya kulit karipap tak menggelembong.

Kulit karipap
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air
Sedikit garam
Cara:
1. Masukkan marjerin ke dlm tepung, gaul rata menggunakan hujung jari hingga jadi seakan-akan serbuk roti.
2. Tambah air yg dicampur garam sedikit demi sedikit hingga boleh dibentuk.

Inti karipap
3 biji kentang - dadu dan rebus hingga lembut
200 g daging kisar
5 bawang merah - tumbuk
2 bawang putih - tumbuk
2 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar - dadu
sedikit daun sadri - hiris
Cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar.
2. Tambah rempah kari, gaul hingga agak garing.
3. Masukkan daging kisar hingga masak. Tambah garam.
4. Masukkan kentang yg telah direbus. Gaul rata.
5. Tutup api dan tabur daun sadri.
** daging kisar blh diganti dgn 2 sudu besar udang kering. rendam udang kering dlm air panas. Tumbuk lumat.

Fish n Chip

Assalamu'alaikum.





Bila dah tinggal bertiga je di rumah, masak pun simple2 je..abiskan stok yg ada. Kebetulan ada ikan dori 2 keping, Ummi goreng je ala2 fish n chip. Tp chip tu xde sbb Ummi baca artikel fun fries  merupakan salah satu dari 5 makanan utama penyebab kanser. 4 lg adalah burned meat, sausage, donut dan air gas. Burned meat ada karsinogen. Kalau nak buat bbq pastikan makan timun dan bawang (utk neutralkan karsinogen?). Org dolu2 dah amalkan benda ni. Jika makan sate, mereka akan sediakan bawang dan timun juga. Cuma mereka tak tahu dari segi saintifik je. Mereka melihat berdasarkan pengalaman. Donut dan air gas mempunyai kandungan gula yg tinggi. Gula merupakan makanan sel kanser. Anak2 yg belajar ttg perkara ni blh bg tau yg lain2 ok.

Bahan
Ikan dori
sedikit serbuk black pepper
sedikit garam
sedikit lemon jus
Cara
1. Perap ikan dori dgn bahan di atas.

Bahan batter
1/2 cawan tepung gandum
1/8 cawan tepung jagung
1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecik baking powder
sedikit garam
500ml air
Breadcrumbs secukupnya (Ummi guna biskut cream crackers yg dihancurkan)
Cara
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari ikan, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan air, kacau rata.
3. Ambil sekeping ikan dori, celupkan dlm batter, golekkan dlm breadcrumbs, goreng guna minyak panas. Buat hingga habis kesemua ikan.

Nasi Goreng Ummi

Assalamu'alaikum.


Nasi goreng  feveret Taufiq dan Mursyid. Ummi suka makan dgn ikan kembung masin. Biasanya kalau malam ada nasi putih lebih, Ummi akan simpan dlm fridge bagi dia keras sikit. Esoknya baru goreng. Tapi kalau nak masak nasi semata2 utk buat nasi goreng, Ummi akan kurangkan air supaya nasi tu tak lembik masa goreng nnt. Kalau nasi tu lembik kurang la selera Mursyid.
Sukatan di bawah adalah untuk 3 orang makan. Maklumlah kat rumah dah tinggal Abah, Ummi dan Nina je. So masak pun kena sedikit dan peralatan dapur pun kena guna yg comel-comel je.

Bahan
2 cawan nasi putih
1/2 labu bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1/2 cawan ikan bilis - kisar
10 biji cili padi - kisar
2 biji telur
2 batang kacang panjang - potong dadu
sedikit karot - potong dadu
Cara
1. Tumis bahan kisar hingga wangi. Tambah garam dan gaul rata.
2. Masukkan telur, hancurkan.
3. Masukkan karot dan kacang panjang, gaul rata.
4. Masukkan nasi putih, gaul rata.

Kimbab

Assalamu'alaikum.


 
Bila Nina buat dan tunjukkan kat Ummi..ni first time Ummi dengar. Sedap juga.
 
Bahan
Nasi yg sedikit lembik
Kepingan seaweed
Timun - potong memanjang macam lidi
Karot -  potong memanjang macam lidi
Chicken
Sosej -  potong memanjang macam lidi
Telur - jadikan scramble egg, blh perasakan dgn cayenne, garam, pepper dsb.
 
Cara
1. Bentang Seaweed atas alas pemotong.
2. Letak selapis nasi atas seaweed, tekan2 sedikit.
3. Susun timun, karot, chicken, sosej dan telur mengikut kreativiti masing2 atas nasi.
4. Gulung kepingan Seaweed tadi dengan ketat dan kemas.
5. Potong anggaran 1/2 inci.


Lawatan ke Kellie's Castle

Assalamu'alaikum.

Baru-baru ni hantar daya balik UTP, berkesempatan melawat Kellie's Castle. 1/2 jam sebelum sampai UTP.
 

 Sungai di hadapan Kellie's Castle




 Balcony ni dikatakan keras-roh Kellie merayau?
 Tiang balcony
 Bangunan yg tak sempat siap
  Bangunan yg tak sempat siap-pandangan atas
 Paling atas

Paling atas-tiada ciri2 keselamatan
 Salah satu bilik
 Terowong udara-dikatakan hingga ke kuil berdekatan