Showing posts with label Go green... Show all posts
Showing posts with label Go green... Show all posts

Sunday, 1 December 2013

Tanamanku

Assalamu'alaikum.

Dah terlalu lama Ummi tak tulis ttg pokok2 Ummi..ooppss silap..pokok2 Ummi dan Abah.
Sejak hydrangea berbunga, bersemangat balik nak uruskan pokok. Azam tahun baru, Ummi nak sediakan makanan menggunakan sayuran yg ditanam sendiri..slowly..persediaannya bermula dari sekarang. Memandangkan banyak pasu2 lama berlonggok x digunakan, semlm Ummi Abah mula bli tanah. Pagi tadi bli benih/anak pokok di Pasar Tani Pekan Salak.

Aktiviti :
1. Siram pokok sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Utk pokok herba, letak baja taik ayam sebulan sekali.
3. Utk pokok hiasan, letak baja kopi/bunga 2 minggu sekali.
4. Bila siang ikan, siram air basuhan ikan ke pokok herba.
5. Utk pokok hiasan, bila dah habis musim bunga, pangkas dan letak baja kopi.
6. Cabut rumpai yg tumbuh dlm pasu.

Gambar bawah ni diambil pagi tadi (1 Dis 2013). Sebulan lg (1 Jan 2013) kita tengok perkembangannya.
 
 Buah nona. 
Bli pagi tadi di Pasar Tani Pekan Salak, balik terus tanam.

Daun ketumbar. 
Bli daun ketumbar smlm di Pasar Pekan Salak utk masak nasi Arab. Potong akar, rendam dlm air, pg tadi terus tanam.

 
 Kobis bulat. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Bayam. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

Abah semai biji cili dari cili kering..4 pasu!!

  Terung panjang.
Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Cekur.
Tanam sejak di Putrajaya lg. x pernah mkn pun dan x jaga langsung tp masih hidup. Berazam utk jaga..nnt blh masak pecal, resepi dah dpt dari internet.

 Sawi.
Tanam dari biji benih beberapa minggu yg lalu. Belum sempat merasa dah berlubang2 tak tau kene mkn apa. Nak jaga elok2 daun yg 2 helai ni. Nnt blh buat sup sayur campur karot, telur dll.
 Delima..cam merana je. 
Xpe jgn putus asa..baru je letak baja taik ayam. Pastikan tiap2 hari siram kalau x hujan.

Anak pokok delima. 
Abah tabur biji buah delima. Bila besar nnt blh bg kt org dpt pahala.

 Kunyit. 
Anak pokok bli di Pasar Tani Pekan Salak beberapa bulan yg lalu.

Pokok jarum 7 bilah.
Katanya blh ubat kanser.

 Pokok bunga kertas kaler magenta.
Baru pangkas.

 Pokok bunga kertas kaler pink.
Baru pangkas.
Pokok ni merupakan pokok bunga kertas yg pertama Ummi bli.
Nak tau dah berapa tahun umurnya..14 tahun!!
Iaitu sejak Ummi baru pindah Putrajaya dulu.









Sunday, 12 August 2012

Lili & Tanduk Rusa

Assalamu'alaikum.

Lili

Akhirnya...setelah dekat setahun tak berbunga.




 Masa beli 8 tahun lepas cuma ada 1 bawang je. 
Sekarang dah jadi 2 pasu. lepas ni nak jadikan 3 pasu pulak.

Tanduk Rusa


Alhamdulillah, dari ketot masa beli dulu..sekarang dah berkembang.

Monday, 21 May 2012

Bunga Akar Dani

Assalamu'alaikum.

Ummi outstation lg. Boring tunggu flight, Ummi post n3 ni. Sebenarnya ada byk yg Ummi nak cerita tp tak berkesempatan..sementara menunggu ni blh la Ummi tulis skit.

Bunga akar dani ni salah satu dari bunga kesayangan Ummi (selain Hydrangea). Ummi beli masa di Putrajaya lg kalau tak silap tahun 2002. Dulu x pernah bunga pun..jeles tengok akar dani Dr Adawiyah sebelah rumah. Tp bila pindah Nilai, berbunga lebat lepas letak baja.



 
 
Sejuk mata memandang bila tengok hijau2 ni..dpt O2 lg.


Nampak sweet je bila bergandingan dgn tanduk rusa

Tuesday, 17 April 2012

Pencinta alam semulajadi

Assalamu'alaikum.

3 hari di Sandakan ni rasa homesick la pulak.
Las kali gembira la jugak dpt menikmati alam semulajadi.
Tengs pd kedua2 TP yg telah memberi kerjasama.









Air cicai - asam boi + limau kasturi









Wednesday, 11 April 2012

Yang kembar & yang sulung

Ronda2 blakang rumah tertarik pd 2 perkara ni :

 
Kembar tak seiras


 
Setelah 4 tahun tanam, akhirnya..limau purut sulung.

Friday, 30 March 2012

Dulu, kini dan ..


Dulu..
  Sori, nak tengok kene pusing kpala skit.
 
Cam kat CH lak..

Kini... 


Mudah-mudahan tak selamanya...



Dulu..musim bunga kot..
Kini..musim luruh
Tak lama lg ok le tu..



Laman semakin terbiar. 
Perlu tindakan segera..
Perlu ada sense of urgency..

Wednesday, 14 March 2012

Status pokok bagi suku tahun pertama 2012

Bila tak de bibik ni tak sempat la pulak nak tengok pokok.

Wbp sambil2 angkat kain di ampaian tu sempat jugak amik gambar pokok.



Buah jambu air



                                                                   Putik limau kasturi


Pemandangan dari bawah pokok ceri. Best nyer..berangin jer..

Setakat ni belum merasa lg buah ceri yg masak ranum..asyik berebut dgn tupai jer..kalah pulak tu.


                                                         Pokok jarum 7 bilah (ubat kanser)


Biji cili kering yg ditabur di belakang rumah naik macam rumpun.
Boleh naik tinggi ke ni sampai berbuah..kita tunggu 3 bulan lepas ni.

Pokok rambutan kite dah berbunga...

Dah 3 tahun Abah tanam pokok tu kat belakang rumah.
Dalam tempoh tu, seingat Ummi cuma 3 kali je letak baja kopi (masa baru tanam, Okt 2011 dan Jan 2012). Gembur sikit2 ade la.
Minggu lepas baru perasan dah berbunga...kecoh satu rumah.

Tak sabar nak merasa buah pertama.


Sunday, 16 October 2011

Pokok hiasan dan bunga-bungaan

Assalamu'alaikum.

Koleksi pokok kita. Ummi guna baja kopi untuk daun (beli di pasar tani Pekan Salak), dan baja 'Super Bloom' warna purple utk bunga (beli di Econsave K Pilah).


Canna Hybrida kaler kuning yg menawan.


Orkid yg tak berhenti berbunga.


Ixora (siantan) kaler oren.


Bougainvilla (kertas) kaler pink campur putih.


Draceana Reflexa (Song Of India).


Tanduk rusa.

Tak ingat nama apa pokok ni.


Rumpai dah masuk longkang..tak sempat servis masa gotong royong dgn Abg Luqman tempoh hari. Terima kasih Abg Luqman, banyak tolong Ummi dan Abah sepanjang cuti semester 3 minggu ni.