Sunday 23 October 2011

Raya Haji 2010

Assalamu'alaikum.

Tak lama lagi Hari Raya Haji. Teringat masa Raya Haji tahun lepas.
Kita sekeluarga beraya di rumah sebab cuti 1 hari je. Lagi pun bila dah hujung2 tahun cuti Ummi dan Abah pun dekat habis. Spt biasa Ummi masak cara Johor le..

Alhamdulillah Abg Luqman dan Kak Syira balik.
Sehari sebelum raya, Ummi paling bersemangat anyam ketupat daun kelapa.
Nina sempat belajar menganyam ketupat. Sekarang Nina dah pandai..tahniah Nina, juga tahniah Ummi..tahun ni Ummi dah ada yg tolong anyam ketupat.

Malam raya masak ketupat 50 biji, rendang daging, dan sambal kacang seperiuk. Saja masak banyak sbb Abg Luqman jemput kawan2 yg tak balik kg utk beraya di rumah.

Esoknya sebelum Subuh dah mula masak lodeh, buat puding cocktail.
Bibik buat ayam masak merah. Kak Syira buat kek Choc Moist. Biskut Choc Chip dah buat seminggu sebelum ni.
Anak-anak yg lain buat tembikai laici, Air Sirap Bandung Johor..kalau kat sini org panggil bandung soda. Yang lain-lain tu Abah beli - lemang, serunding daging dll.

Lepas solat raya, kita sama-sama menikmati hidangan raya..


Tembikai laici..yg pertama kena serbu.

Sirap Bandung Johor yg menyegarkan.

Kek Choc Moist yg menggoda.

Lepas makan sempat ambik gambar keluarga.

Tengahari kawan2 Abg Luqman datang 9 org. Alhamdulillah murah rezeki tuan rumah.
Terima kasih Shamsul, Maman, Azwan dan yg lain-lain (maaf tak tau nama). Tk kerana sudi dtg rumah kami. Alhamdulillah menjelang malam semuanya licin (tak membazir) kecuali lodeh (Ummi terlebih masak)..siap dapat puji lagi biskut choc chip, kek choc moist dan ayam masak merah dari kawan2 Abg Luqman.
Sape-sape yg terlibat membuatnya senyum sampai ke telinga..

1 comment:

  1. assalamualaikum Ummi... wah, air tembikai laici dan air bandung tu memang mengancam .. mesti tu yg disambar dulu kan

    ReplyDelete