Thursday 1 March 2012

Hanya Pinjaman..

Entri ni merupakan entri pertama bg 2012 (secara rasminya).
Banyak cerita/perkara yg berlaku selama 2 bulan lebih ni.
Yg x dpt Ummi lupakan (mungkin sepjg hidup Ummi) adalah kemalangan yg berlaku pd Mursyid.
Hari Jumaat tengahari biasanya Ummi akan balik utk antar Taufiq & Mursyid solat Jumaat di masjid yg
3+- km jaraknya dari rumah, perlu lalu jln yg berbukit, ada traffic light dan roundabout.

Oleh sbb dari ofis Ummi ke rumah amik masa 30-45 minit (pergi balik 1-1.5 jam),
Ummi rasa sikit sempot utk kejar & sampai ofis jam 2:45 pm.
So Ummi beriya suruh Mursyid g masjid naik basikal..x payah Ummi balik.
17 Feb Mursyid memulakan ekspedisi ke masjid utk solat Jumaat naik basikal sorang2 (Taufiq dah sekolah di Seremban). Masa tu Ummi bertugas di PD. Jam 2 ptg Makcik Zu (isteri Pakcik Idrus) jiran kita call bg tau Mursyid jatuh basikal. Wp nampak simple ..alaa..jatuh basikal..biasa la tu..tp Ummi rasa berderau darah..mungkin naluri seorg Ummi. Bergegas Ummi balik.

Sampai rumah sedihnya Ummi tengok keadaan Mursyid.
Kecantikan dan kesempurnaan hanyalah pinjaman..semuanya milik Allah.
Bila2 masa Dia boleh ambil dan bila2 masa Dia boleh bagi kat kita semula.
Walaupun jauh di sudut hati Ummi rasa terkilan (Ummi yg suruh Mursyid naik basikal),
tp Ummi redha dan bersyukur sangat2 sbb kita masih lg dapat menghirup udaranya, suatu nikmat
Allah yg sering manusia lupakan.

Ummi cuti 2 hari utk menjaga Mursyid.
Seminggu yg pertama berat mursyid turun 7 kg..tak nak makan.
Kini dah 3 minggu..alhamdulillah ada banyak perkembangan.
Maaf Ummi, Mursyid. Ummi akan menjaga Mursyid hingga betul2 ok.

No comments:

Post a Comment