Sunday 1 December 2013

Tanamanku

Assalamu'alaikum.

Dah terlalu lama Ummi tak tulis ttg pokok2 Ummi..ooppss silap..pokok2 Ummi dan Abah.
Sejak hydrangea berbunga, bersemangat balik nak uruskan pokok. Azam tahun baru, Ummi nak sediakan makanan menggunakan sayuran yg ditanam sendiri..slowly..persediaannya bermula dari sekarang. Memandangkan banyak pasu2 lama berlonggok x digunakan, semlm Ummi Abah mula bli tanah. Pagi tadi bli benih/anak pokok di Pasar Tani Pekan Salak.

Aktiviti :
1. Siram pokok sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Utk pokok herba, letak baja taik ayam sebulan sekali.
3. Utk pokok hiasan, letak baja kopi/bunga 2 minggu sekali.
4. Bila siang ikan, siram air basuhan ikan ke pokok herba.
5. Utk pokok hiasan, bila dah habis musim bunga, pangkas dan letak baja kopi.
6. Cabut rumpai yg tumbuh dlm pasu.

Gambar bawah ni diambil pagi tadi (1 Dis 2013). Sebulan lg (1 Jan 2013) kita tengok perkembangannya.
 
 Buah nona. 
Bli pagi tadi di Pasar Tani Pekan Salak, balik terus tanam.

Daun ketumbar. 
Bli daun ketumbar smlm di Pasar Pekan Salak utk masak nasi Arab. Potong akar, rendam dlm air, pg tadi terus tanam.

 
 Kobis bulat. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Bayam. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

Abah semai biji cili dari cili kering..4 pasu!!

  Terung panjang.
Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Cekur.
Tanam sejak di Putrajaya lg. x pernah mkn pun dan x jaga langsung tp masih hidup. Berazam utk jaga..nnt blh masak pecal, resepi dah dpt dari internet.

 Sawi.
Tanam dari biji benih beberapa minggu yg lalu. Belum sempat merasa dah berlubang2 tak tau kene mkn apa. Nak jaga elok2 daun yg 2 helai ni. Nnt blh buat sup sayur campur karot, telur dll.
 Delima..cam merana je. 
Xpe jgn putus asa..baru je letak baja taik ayam. Pastikan tiap2 hari siram kalau x hujan.

Anak pokok delima. 
Abah tabur biji buah delima. Bila besar nnt blh bg kt org dpt pahala.

 Kunyit. 
Anak pokok bli di Pasar Tani Pekan Salak beberapa bulan yg lalu.

Pokok jarum 7 bilah.
Katanya blh ubat kanser.

 Pokok bunga kertas kaler magenta.
Baru pangkas.

 Pokok bunga kertas kaler pink.
Baru pangkas.
Pokok ni merupakan pokok bunga kertas yg pertama Ummi bli.
Nak tau dah berapa tahun umurnya..14 tahun!!
Iaitu sejak Ummi baru pindah Putrajaya dulu.









No comments:

Post a Comment