Thursday, 15 December 2011

Sup Tulang...

Hujung minggu lepas Ummi masak sup tulang..mkn dgn mihun dan roti keras yg Ummi buat sendiri. Cara Ummi buat senang jer..

Bahan :
2 kg tulang rusuk lembu - gaul dgn tepung kemudian cuci bersih
2 inci halia - ketuk
2 paket rempah sup adabi
1 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
1 sudu kecil lada hitan - tumbuk
3 biji kentang - belah 4
garam

Cara :
1. Masukkan tulang, sup bunjut, halia dan air ke dlm pressure cooker (pc). Air agak2 sama paras dgn tulang atau kurang. Tutup rapat, masak hingga bunyi berdesir, biar selama 30 minit lg. Masukkan pc ke dlm sink, lalukan air paip. Bila tekanan dlm pc dah tiada, baru buka penutup pc.
2. Tambah air dlm pc mengikut jumlah yg dikehendaki. Panaskan semula atas api (tanpa menutup pc). Masukkan kentang & lada hitam.
3. Tumis bawang besar, bawang putih & rempah dari paket sup tulang Adabi, masukkan kedlm pc. Masukkan batang celery, Biar didih dan kentang empuk. Tambah garam.




Taraa....ni baru siap 70%.
Berlinang minyak atas sup tu.













Kaut keluar minyak atas permukaan sup tu.














Minyak tadi Ummi masukkan dlm periuk kecik.










Menjelang petang minyak tadi dah beku..













Menjelang malam, minyak tadi dah beku sepenuhnya.. macam sabun.
Bayangkan kalau lapisan minyak tadi tak dikeluarkan, maka inilah yg dimakannya.. x rela you..






So, anak2 kalau nak makan sup tulang/ekor/gearbox di luar..fikir 8 kali sebelum order.






















Happy Birthday Abah..

Assalamu'alaikum.
1 Dis 2011 birthday Abah yg ke-47. Alhamdulillah  hingga kini Abah sihat walafiat.
Sempena birthday Abah, Nina & Anan buatkan Devil Food Choc Cake, Ummi decorate kek tu.



























letak strawberi






Abah punye















Ummi punye yg banyak cheese

Asam Pedas Ikan Mayong

Assalamu'alaikum.

Hujung minggu baru2 ni Abah beli ikan mayong.
Dgn susah payah Abah ketuk kepala ikan tu sampai pecah alas pemotong.
Mengenangkan usaha Abah yg tak pernah putus asa sampai putus kepala ikan tu, ummi pun masak la asam pedas. Puas google di internet tp at last Ummi decide utk ikot style Atok Muar. Cuma kuantiti bahannya agak2 je. Kita sekeluarga makan tak toleh kiri kanan. Kalau mertua lalu belakang pun tak prasan sbb lalu di belakang..kalau lalu depan nampak la. Anak2 bg 5 star. Kalau anak2 nak try blh ikot cara ni :

Bahan-bahan
1 kepala ikan mayong + 2 keping badan ikan mayong (saiz L) - perap dgn asam, garam dan tepung 20 minit
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia- kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 senduk kecil cili blend
1 sudu kecil belacan
1 kole kecik air
1 sudu besar asam jawa - bancuh dalam 1/2 mangkuk  kecil air
12 biji anak bendi
1 biji tomato - belah 2
4-5 tangkai daun kesum

sedikit garam

Cara :
1. Panaskan 2 senduk minyak. Tumis bahan bawang besar/putih, halia & kunyit kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan cili blend hingga naik minyak. Masukkan belacan dan gaul.
3. Masukkan ikan yg dah di basuh, gaul rata.
4. Masukkan air dan air asam jawa, biar didih hingga ikan masak.
5. Masukkan bendi hingga lembut
6. Masukkan garam, tomato dan daun kesum.

Sukatan ni adalah mengikut peralatan yg ada kat rumah cthnya kole kecik & senduk kecik.

Abg Luqman kalau nak try di rumah sewa boleh la..

Friday, 2 December 2011

K Syira merdeka !!

Assalamu'alaikum.
Semalam Ummi cuti amik K Syira di sekolahnya di K Pilah.
K Syira berseri-seri menyambut kedatangan Ummi. Apa taknya.. 30 nov merupakan hari merdeka bgnya (baru abis SPM kan..last paper Bio).
Lepas ni lama pulak la nak jumpa kawan2 yg tidur se dorm, makan sedewan dan blajar sekelas.
K Syira akan cuti pjg lepas ni. Kalau dapat matrik/IPTA, bulan sept 2012 plak baru sambung blajar. Wp cuti lama, byk perkara yg kita perlu blajar.
Cthnya blajar bawak keta, belajar memasak di kolej komuniti, Blajar uruskan rumahtangga..bak kata org KPT Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Alhamdulillah K Syira dah mula merancang perkara yg akan dilakukan sepanjang percutian dari alam persekolahan. K Syira memang seorang yg matang dan boleh bawa diri. Ummi doakan yg terbaik utk K Syira.
Cuma 1 je..kurangkan mengusik adik2 ye..
Wp usik-mengusik bawa bahagia..tp silap hb ada yg nyanyi lagu rock atau lagu sentimental nnt..tak pun adegan kejar-mengejar keliling rumah.
Bukan Ummi je yg pening, semut dan cicak pun pening jugak.

Hari Bahagia

Assalamu'alaikum.

Tanggal 28 Nov 2011 merupakan hari yg bahagia bg Ummi.
Enfon Ummi dah jumpa..Abah yg jumpakan.
Sebelum ni janji dgn anak2 kalau jumpakan enfon Ummi bg RM30.
Oleh kerana Abah yg jumpa..wp tak janji dgn Abah, Ummi belanja Abah juga..tk Abah.

Bila dah jumpa enfon, barulah bersemangat balik nak berblog..

Friday, 25 November 2011

Cerita enfon hilang

Assalamu'alaikum.

Hari Raya Haji baru ni Ummi hilang enfon Ummi yg mahal tu...mahal bg Ummi tp bg org sekarang, enfon tu murah je. Ummi sayang enfon tu, byk jasanya..selain blh contact famili yg tersayang, Ummi juga blh gunakan utk urusan kerja. Gambar-gambar dlm blog ni pun diambil menggunakan enfon ni. Ingatkan silap letak, tp hingga kini dah 3 minggu tak jumpa-jumpa. Sedih jugak la..isk..isk..huwaaaaa...

Walau bagaimanapun, Ummi bersyukur sangat2 sbb Ummi masih ada keluarga yg sangat-sangat Ummi sayang. Nak buat camne kan..mungkin dah bukan rezeki Ummi. So Ummi kena rajin solat sunat Dhuha semoga Allah murahkan rezeki kita, luaskan rezeki kita dan berkati rezeki yg Allah beri kat kita.

Hajat hati nak ganti dgn IPHONE 4. Lepas fikir 4 kali, Ummi pun belilah enfon murah2 cap *** asalkan blh call & sms. Harganya RM50. Klakar kan mcm enfon mainan plak. Dah harganya murah, kualiti pun kuranglah. Kalau receive call, selalu putus sebelum abis ckp. Bila call org pun slalu x dpt. Sms slalu terima lambat. Yang bestnya gambar kat skrin enfon tu slalu charging walaupun enfon dok dlm beg.
So anak-anak kalau x dpt contact Ummi, antarlah emel ye.

Tuesday, 8 November 2011

Raya Haji 2011

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah Abg Luqman, K Syira dan Daya dapat balik raya kali ni..cukup korem..9 org. Kita sediakan ketupat daun kelapa, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal kacang dan sambal goreng, air sirap bandung dan tembikai laici.

Selamat Hari Raya Abah, ampunkan dosa2 Ummi, halalkan makan minum. Terima kasih di atas perlindungan dan kasih sayang Abah selama ni kepada kita sekeluarga. Juga tk kerana menerima Ummi seadanya.

Birthday Abg Luqman (28 Okt) tempoh hari tak dpt celebrate. So, pagi raya Nina dan Anan dgn berbesar hati telah membuat Devil Food Choc Cake utk Abg Luqman.

Taraa..

--gambar under construction..dok dlm enfon Abah--