Friday 2 December 2011

K Syira merdeka !!

Assalamu'alaikum.
Semalam Ummi cuti amik K Syira di sekolahnya di K Pilah.
K Syira berseri-seri menyambut kedatangan Ummi. Apa taknya.. 30 nov merupakan hari merdeka bgnya (baru abis SPM kan..last paper Bio).
Lepas ni lama pulak la nak jumpa kawan2 yg tidur se dorm, makan sedewan dan blajar sekelas.
K Syira akan cuti pjg lepas ni. Kalau dapat matrik/IPTA, bulan sept 2012 plak baru sambung blajar. Wp cuti lama, byk perkara yg kita perlu blajar.
Cthnya blajar bawak keta, belajar memasak di kolej komuniti, Blajar uruskan rumahtangga..bak kata org KPT Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Alhamdulillah K Syira dah mula merancang perkara yg akan dilakukan sepanjang percutian dari alam persekolahan. K Syira memang seorang yg matang dan boleh bawa diri. Ummi doakan yg terbaik utk K Syira.
Cuma 1 je..kurangkan mengusik adik2 ye..
Wp usik-mengusik bawa bahagia..tp silap hb ada yg nyanyi lagu rock atau lagu sentimental nnt..tak pun adegan kejar-mengejar keliling rumah.
Bukan Ummi je yg pening, semut dan cicak pun pening jugak.

No comments:

Post a Comment