Sunday 30 September 2012

Persediaan untuk buat makan2

Assalamu'alaikum.

Seronok kalau buat makan2 ni..bukan seronok sangat nak makan tp seronok dpt sembang dgn sedara mara atau berkenalan dgn kawan2 anak2. Sbg parents, Ummi Abah perlu kenal bes fren anak2 dan dgn sape anak2 berkawan. Pemantauan yg berterusan ni bukan untuk mengganggu privacy anak2 tapi utk tujuan keselamatan anak2 terutamanya di alam cyber.

Utk buat makan2 Ummi akan sediakan menu yg paling mudah.

Nasi putih, Sup tulang, Bbq ayam udang cocktail, Ulaman timun salad tomato, Sambal belacan, Kicap cili,  Black pepper sauce, Tiramisu, Kek beli, Buah oren, Sirap lemon.

Persediaan menu perlu seawal 7.00 pagi kalau nak makan2 lepas maghrib.
Tips :

Bil
Aktiviti
Masa
1
Gi pasar
7.00 am
2
Siang + bersihkan bahan
By 9.30 am
3
Rebus tulang
By 10.00 am
4
Sediakan bahan perap
5
Perap bahan bbq
6
Buat tiramisu
7
Sediakan semua peralatan spt pinggan mangkuk, sudu, senduk, alas meja, tisu dan susunan kerusi meja. Jangan lupe vakum lantai hall & dining.
5.00 pm / lepas asar
8
Beli ais dan air mineral
9
Buat black pepper sauce
10
Buat kicap cili
11
Buat sambal belacan
12
Masak nasi
6.00 pm
13
Sediakan ulam-ulaman
14
Potong kek beli, potong buah oren
15
Buat air sirap lemon
16
Sediakan peralatan utk bbq spt bbq set, arang dsb

17
Semua dah ada atas meja kecuali bbq..
By 7.00 pm
18
Cucuk skew & bakar membakar  - oleh tetamu ye...
Lepas maghrib


Kalau utk 30-40 org peralatan semua dah ada spt di bawah.

Cuma ruang utk makan2 perlu diguna seoptimum yg mungkin (dining, hall, ruang bbq di pergola, kerusi taman). Maklumlah rumah kita ni comel je..terpaksa la bersesak sikit.

So..anak2 kalau nak ajak kawan makan blh tiru tips ni. Kalau anak2 ada tips yg lg bagus kita share ye..sharing is caring..

No comments:

Post a Comment