Sunday, 13 October 2013

Nasi cendawan

Assalamu'alaikum.


Nasi ni Ummi masak tengahari tadi, bersama ayam bakar, salad dan sos black pepper. Nampak cam gabungan yg tak berapa kena tapi bila dah kumpul ramai2, habis licin.. Ayam bakar Ummi ikut resepi di sini tapi Ummi tambah karot, kentang dan bawang Holland. Bakar dlm oven je. Kentang Ummi rebus dulu dlm pressure cooker, bila dah berdesir, biar 10 minit terus tutup api. 

 Ayam bakar..lebih elok kalau biarkan dlm oven hingga garing.



Bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit, toskan
3 cawan air
100g cendawan - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
2 kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pala - tumbuk
2 sudu besar ketumbar biji - kisar halus
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - cincang
sedikit serbuk kunyit, garam
daun ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
Cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pala.
hingga wangi.
2. Masukkan serbuk ketumbar, gaul.
3. Masukkan cili dan tomato, gaul.
3. Masukkan cendawan, gaul.
3. Masukkan beras, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata. Tutup api.
4. Pindahkan campuran beras ke dlm rice cooker, masukkan air,  daun ketumbar, masak seperti biasa. 

Omelette

Assalamu'alaikum.


Pagi2 kalau tak sempat buat breakfast sebelum g kerja, ni lah yg paling sesuai. Cepat tapi sedap.
Utk gambar di atas, Ummi guna resepi di bawah.

Bahan
2 biji telur
1 hiris bawang holland
2 hiris capsicum hijau
1 cendawan shitake
1 hiris tomato
2 cocktail sosej mushroom
sedikit garam, lada sulah, lada hitam
sedikit majerin

Cara
1. Potong dadu bawang holland, capsicum, cendawan, tomato dan sosej, masukkan dlm mangkuk.
2. Masukkan telur, garam, lada sulah dan lada hitam. Kemudian pukul sedikit.
3. Lenserkan frying pan saiz 4 inci dgn majerin. Panaskan guna api kecil.
4. Masukkan 1 senduk campuran telur ke dlm pan, biar bhgn bawah agak keperangan.
5. Balikkan, hingga agak perang.
6. Siap utk dimakan bersama cili/tomato sos.

Utk sayur blh je nak letak trafic light capsicum dll.
Blh juga masukkan sesudu dua whipping cream.

Pisang Goreng

Assalamu'alaikum.




Pisang goreng ni memang kegemaran kita sekeluarga. Ummi paling suka pisang tanduk. Biasanya beli di gerai belakang sekolah SMKKKLIA..tapi sekarang gerainya dah pindah ke jalan menghala ke Enstek. Ni goreng pisang terbaik Ummi pernah makan di Nilai. Pisang goreng paling sedap Ummi pernah makan di hadapan UiTM Puncak Alam..selalu beli kalau ziarah Abg Luqman di KUSESS dulu. Tapi sekarang gerai tu dah tiada, mungkin pindah ke tempat lain.

Bahan
200 ml air
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara
1. Masukkan semua bahan ke dlm blender mengikut turutan di atas.
2. Blend hingga halus, tuangkan dlm mangkuk.
3. Celup pisang dlm batter, goreng dlm minyak panas.

Tuesday, 17 September 2013

Lapis Cheezy - Rasberi Tiramisu

Assalamu'alaikum.





 Desert ni merupakan kacukan Lapis Cheezy dan Rasberi Tiramisu.
So, Ummi nak panggil apa ya..Puding LCRT. Susahnyer nak sebut..anak2 tolong bg idea..
Resepi asal Ummi dapat dari Azlita sini dan sini.
Spt biasa Ummi ubahsuai sikit..jadilah yg mcm kt gambar di atas.

Sume suka kecuali Daya takot nak makan sbb ada strawberi dan jus rasberi.
So utk Daya, Ummi tak letak jus rasberi dan strawberi. 

Bahan cream
200g cream cheese
250ml whipping cream
50g icing sugar
lemon zest
Bahan filling
150g filling rasberi/blueberi
80ml air suam
1 sudu besar icing sugar
Bahan lain
ladies finger
buah yg masam2 spt mangga, strawberi, kiwi dsb
serbuk koko

Cara buat cream
1. Zzzt cream cheese hingga kembang, masukkan icing sugar zzzt lg.
2. Masukkan whipping cream, zzzt sekejap saja hingga agak2 dah sebati.
3. Masukkan lemon zest, gaul rata. Ketepikan.
Cara buat filling
1. Campurkan filling rasberi, air suam dan castor sugar.
2. Kacau hingga sugar larut. Ketepikan.
Cara buat lapisan
1. Dalam gelas, susun ladies finger di bhgn dasar gelas.
2. Lapiskan dengan jus rasberi di atas ladies finger. Jus rasberi akan meresap dlm ladies finger.
3. Lapiskan cream atas jus rasberi.
4. Susun potongan buah2an atas cream.
5. Lapiskan dgn cream lg.
6. Kemudian taburkan serbuk koko atau blh diganti dgn rasberi filling.
7. Simpan dlm fridge semalaman.

Utk sukatan di atas blh dapat 7 gelas desert ni.
Jadi kalau semua anak2 ada di rumah, Ummi kena buat 1 1/2 kali adunan di atas.

Wednesday, 29 May 2013

Olio

Assalamu'alaikum.


Anak2 suka sangat spageti goreng ni. Caranya sangat mudah. Nina pun selalu buat sendiri bila balik dari sekolah. Tahniah Nina.

Resepi asal Ummi dapat dari sini. Tapi yang Ummi buat ni dah jauh terpesong dari resepi asal. Apa2 pun Ummi puashati sebab anak2 suka.

Bahan 
1/2  paket spaghetti - rebus cam biasa
1 labu bawang holland - diced
2 ulas bawang putih - ketuk & cincang
7 tangkai cili kering - gunting halus, rebus, cuci dan toskan
1 tomato - cincang halus
Udang secukupnya
Karot secukupnya - dadu
Cendawan - dadu
Celery - dadu
1/2 sudu kecil thyme kering
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya

Cara
  1. Rebus air secukupnya hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun. Bila spaghetti lembut tutup api dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland, bawang putih, cili kering dan tomato.
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan karot, cendawan dan celery.
  5. Masukan thyme kering, lada hitam dan garam. gaul rata, tutup api.
* Dlm gambar ni, oleh kerana ada sedikit brokoli dan sosej, so Ummi masukkan je utk habiskan stok. Sosej Ummi hiris nipis terlebih dahulu. Utk sayur boleh je nak masukkan capsicum dsbnya


Macaron

Assalamu'alaikum.
 
 

Sekian lama Ummi dan Nina cari macaroon sheet ni (rasanya bertahun juga le). Akhirnya..jumpa di House Presentation masa g ikea baru2 ni. Harganya RM89, dibuat dari silicone. Berbaloi..mudah utk menyediakannya.  
Dlm rumah ni Nina merupakan champion dlm pembuatan macs. Tahniah Nina. Resepi asal dari blog masam manis .
Bahan
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond - jemur di bawah matahari
140g gula icing
Sedikit serbuk pewarna
Cara
  1. Jemur serbuk almond di bawah panas matahari supaya betul-betul kering.
  2. Satukan serbuk almond, gula icing dan pewarna serbuk, ayak dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (lebihkurang 10 minit). Adunan menjadi ringan, gebu dan sedikit berkilat. Kalau mangkuk di terbalikkan, adunan putih telur tak jatuh.
  5. Masukkan 1/4 daripada campuran serbuk almond tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  7. Picitkan atas bulatan kecil yg terdapat pada macs sheet. Guna toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaron untuk mengelakkan permukaan macaron jd berlubang bila dibakar.
  8. Rehatkan macaron lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila di sentuh permukaan macaron ia tak melekat di tangan.
  9. Panaskan oven 150C.
  10. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. Setelah masak, biarkan ia sejuk
  12. Bila dah sejuk, simpan dlm balang kedap udara dan simpan dlm fridge.
  13. Bila hendak makan, sapukan nutella/ganache.

Saturday, 18 May 2013

Seafood Goreng Berkuah

Assalamu'alaikum.

Seperti biasa bila dah berkumpul anak2, mula nak buat makan2. So mlm tadi buat grill n steamboat. Tak yah g Red Wok..buat kat rumah lg seronok.. Abah beli macam2 bahan tp las2 tak abis. Sebenarnya seronok berkumpul..bukan nak makan sangat pun (Ummi la..). Yang belen2 tu masuk peti sejuk. Esoknya makan tengahari jadilah Seafood Goreng Berkuah. Ni Daya yg buat Ummi jadi sifu x bertauliah..main campak2 je.

Bahan
Seafood (ketam, lala, sotong dll)
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 biji cili merah - kisar
5 biji cili api - kisar
2 inci halia muda - hiris memanajang
2 batang serai - ketuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
sepokok daun ketumbar - hiris

Cara
1. Tumis bahan kisar, halia dan serai.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan akar ketumbar.
3. Masukkan ketam, gaul rata hingga masak.
4. Masukkan lala, gaul rata hingga masak.
5. Masukkan sotong, tabur daun ketumbar, gaul sebentar, tutup api.