Tuesday 7 January 2014

Puding Jagung

Assalamu'alaikum.

Serius Ummi x pernah buat puding jagung. Oleh kerana Daya sangat3 suke puding jagung, Ummi biarkan Daya buat sendiri. Ni Daya n Nina yg buat...1st time..haha.
Alhamdulillah..

Bahan
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 cawan sweet corn dlm tin
1 sudu besar butter

Cara
1. Masukkan tepung kastad, gula, susu cair, air dan sweet corn ke dlm periuk, kacau hingga
    tepung kastad tidak berketul.
2. Panaskan 1 atas api sederhana, dan sentiasa kacau hingga likat.
3. Tambahkan butter, kacau lagi hingga rata, tutup api.
4. Tuang dalam bekas/caserole, sejukkan pada suhu bilik.
5. Kemudian masukkan dlm fridge.

** Resepi di atas hanya teori je, realitinya guna 1 tin sweet corn dan 1 tin susu cair sbb x nak simpan lebihannya..kompem lepastu x guna..membazir. Tp Daya kata rasa dia cam terlebih susu..so nxt time kena kurangkan susu tp jumlah liquid kena sama dgn resepi. maknanya kalau kurangkan susu kena lebihkan air asalkan susu + air = 4 1/2 cawan.

Anyeong haseyo.

No comments:

Post a Comment