Sunday 19 January 2014

Rosemary Grilled Chicken

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi bakar ayam..guna oven je. Oleh kerana ada lagi fresh rosemary baki buat roti ari tu, so Ummi campur je dlm perapan ayam ni. Resepi asal Ummi dpt dari potretkasih. Cuma Ummi ubahsuai sikit ikot stok yg ada dan juga bagi menghabiskan stok yg ntah bila blinya..yg penting masih ok lg.

Kali ni Ummi sediakan nasi ayam dan juga sup ayam + sayur. Nampak cam kelakar kan..tapi best!
Tak caye cube try test.

Bahan
Ayam 7 ketul
1/2 inci halia - tumbuk lumat
2 sudu besar olive oil
3 ulas bawang putih

1/2 besar sudu fresh rosemary
1/2 sudu besar jintan kasar - rendam dlm air panas
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar gula perang
sedikit garam
1 sudu besar jus limau

2 biji russet potato

2 batang karot
1 labu bawang holland
1 batang timun
segenggam tomato ceri

Cara
1.  Gaul halia pada ayam.
2. Goreng bawang putih guna olive oil hingga perang.
3. Tumbuk kasar rosemary, jintan kasar, lada hitam. Masukkan bawang putih hingga bawang putih lumat.
4. Perap ayam menggunakan bahan no 3, olive oil, gula perang, garam, dan jus limau. Simpan dlm fridge lebihkurang 2-3 jam.
5. Rebus kentang dan karot hingga 3/4 masak. Toskan dan lumur lebih bahan perapan.
6. Susun ayam, kentang, karot dalam bekas pembakar (dulang, caserole dsb). Sprinkle olive oil. Tutup bekas pembakar dgn aluminium foil. Bakar pada suhu 200 celcius selama 1/2 jam.
6. Buka aluminium foil. Masukkan timun, bawang holland dan tomato ceri, Sprinkle oil dan bakar lagi 15 minit (biar aluminium terbuka). Tutup api.

No comments:

Post a Comment