Sunday 26 January 2014

Rosemary Dinner Roll Ver 2

Assalamu'alaikum.

Kali ni Ummi try resepi yg lain pulak. Resepi asal Ummi dapat dari sini.  Oleh kerana Atuk ada kt rumah kita, Ummi buat 2 kali adunan. Cicah mushroom soup..






Bahan 
280g tepung roti
60g telur
60ml air suam
30g gula
80g water roux
12g yis
4 sudu susu tepung
40g minyak jagung
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
sedikit garam

Cara

Water Roux :

Satukan 200ml air dengan 40g tepung roti. Kacau atas api perlahan sehingga jadi mcm kanji. Sejukkan. Tutup bekas agar tidak kering.

Doh :
1. Masukkan yis ke dlm mangkuk kitchen aid. Tambah air suam dan kacau rata. Biar hingga nampak berbuih (10-15 minit).
2. Masukkan minyak jagung, telur, water roux, bread softener, gula, tepung roti, susu tepung, bread improver, gula dan garam ke dlm mangkuk yg berisi yis tadi. On kan Kitchen Aid menggunakan hook dough dgn kelajuan perlahan (lebihkurang 30 minit). Tutup mangkuk dgn towel lembap selama 45 minit.
3. Tumbuk doh utk keluarkan angin. Bentukkan bulat. Rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
4. Sapu permukaan roti dgn egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla). Tabur fresh rosemary. Bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit.
5. Keluarkan roti dari oven. Sapu permukaan roti dgn butter.
6. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup.

No comments:

Post a Comment