Friday 25 November 2011

Cerita enfon hilang

Assalamu'alaikum.

Hari Raya Haji baru ni Ummi hilang enfon Ummi yg mahal tu...mahal bg Ummi tp bg org sekarang, enfon tu murah je. Ummi sayang enfon tu, byk jasanya..selain blh contact famili yg tersayang, Ummi juga blh gunakan utk urusan kerja. Gambar-gambar dlm blog ni pun diambil menggunakan enfon ni. Ingatkan silap letak, tp hingga kini dah 3 minggu tak jumpa-jumpa. Sedih jugak la..isk..isk..huwaaaaa...

Walau bagaimanapun, Ummi bersyukur sangat2 sbb Ummi masih ada keluarga yg sangat-sangat Ummi sayang. Nak buat camne kan..mungkin dah bukan rezeki Ummi. So Ummi kena rajin solat sunat Dhuha semoga Allah murahkan rezeki kita, luaskan rezeki kita dan berkati rezeki yg Allah beri kat kita.

Hajat hati nak ganti dgn IPHONE 4. Lepas fikir 4 kali, Ummi pun belilah enfon murah2 cap *** asalkan blh call & sms. Harganya RM50. Klakar kan mcm enfon mainan plak. Dah harganya murah, kualiti pun kuranglah. Kalau receive call, selalu putus sebelum abis ckp. Bila call org pun slalu x dpt. Sms slalu terima lambat. Yang bestnya gambar kat skrin enfon tu slalu charging walaupun enfon dok dlm beg.
So anak-anak kalau x dpt contact Ummi, antarlah emel ye.

Tuesday 8 November 2011

Raya Haji 2011

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah Abg Luqman, K Syira dan Daya dapat balik raya kali ni..cukup korem..9 org. Kita sediakan ketupat daun kelapa, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, sambal kacang dan sambal goreng, air sirap bandung dan tembikai laici.

Selamat Hari Raya Abah, ampunkan dosa2 Ummi, halalkan makan minum. Terima kasih di atas perlindungan dan kasih sayang Abah selama ni kepada kita sekeluarga. Juga tk kerana menerima Ummi seadanya.

Birthday Abg Luqman (28 Okt) tempoh hari tak dpt celebrate. So, pagi raya Nina dan Anan dgn berbesar hati telah membuat Devil Food Choc Cake utk Abg Luqman.

Taraa..

--gambar under construction..dok dlm enfon Abah--