Saturday 10 January 2015

Telur Pindang

Assalamu'alaikum.

Telur pindang merupakan telur yang direbus dengan herba2 dan boleh tahan hingga beberapa hari. Warnanya yg coklat kehitaman yg menawan. Di Johor, telur pindang ni merupakan makanan yang istimewa, dan dibuat sekiranya ada majlis perkahwinan. Maklumlah nak rebusnya 3 hari 3 malam! Negeri lain yg x pernah nmpk ingatkan telur busuk. Tp sekarang kt KL pun dah ada jual telur pindang terutamanya di restoran nasi beriani.

Baru-baru ni jln2 cari makan di Muar, anak2 suka sangat telur pindang ni..ada yg makan smpi 3 biji! Teringin nak buat sendiri...yg Ummi ingat kena letak daun jambu. Beriya mintak daun jambu di rumah Busu. Ummi gugel dapatlah resepi. Wbp Ummi ubahsuai sikit spt di bawah : 

Bahan
34 biji telur saiz L
Daun lengkuas
Daun jambu
Daun serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
5 batang serai
12 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan kasar
2 sudu besar jintan halus
15 tangkai cili kering
3 sudu besar asam jawa
4 sudu besar garam

Cara
1. Susun daun lengkuas, daun jambu dan daun serai di dasar periuk.
2. Susun telur di atas daun-daun dlm periuk
3. Tabur bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili kering, ketumbar, jintan kasar dan jintan halus dan garam.
4. Bancuh asam jawa dgn air, curahkan ke dlm periuk.
5. Tambah air ke dlm periuk hingga semua bahan tenggelam.
6. Rebus selama 8 jam. Perlu selalu check paras air supaya tak kering. 

Sunday 7 December 2014

Roti Sarang Lebah

Assalamu'alaikum,

Kemas-kemas rak baking masih ada lagi stok tepung roti dan instant yeast. Kebetulan susu cair dan almond flakes pun ada lagi. Maka jadilah project baking Roti Sarang Lebah..1st time buat. Roti sarang lebah ni plan asal utk minum petang. Tp disebabkan bahan x cukup, terpaksa ditangguh, hingga supper. Alhamdulillah anak2 suka. Sekejap je dah habis. Roti lembut, dipadankan dengan sos butterscotch yg lemak manis dan juga almond flakes yg rangup. Cumanya Ummi rasa roti ni sedap dimakan masa masih panas. Kalau dah sejuk, mungkin roti ni tak lembut lagi. Lepas ni boleh buat lagi. Resepi asal di sini.

Sepatutnya sos butterscotch dituang ke atas keseluruhan roti sebelum dimakan. Tapi bagi mengelakkan roti jadi basah, jadi bila nak makan, masing-masing boleh tuang sendiri sosnya atas roti masing-masing, atau cecah je roti tu dalam sos.  

Bahan
2 cawan tepung
1/2 sudu teh instant dried yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula
1/4 cawan yogurt (room temperature)
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air

almond flakes - bakar sekejap
pumpkin seeds - ummi x letak

Cara
1. Masukkan tepung, instant dried yeast, baking powder dan gula ke dlm mixing bowl, gaul rata.
2. Tambah yogurt dan minyak masak, uli menggunakan kelajuan rendah. Masukkan air yg dicampur garam sedikit demi sedikit. Tambah kelajuan mixer sehingga doh jadi soft, elastic dan shiny.
3. Bulatkan doh,  dan pindahkan ke dalam bekas lain. Rehatkan 10 minit.
4. Bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bentukkan bulat, susun di dalam 2 buah tin loyang saiz 6 inci yang telah digris .
5. Cover tin loyang menggunakan plastik wrap, biarkan doh naik 2 kali ganda.
6. Sapu permukaan roti dengan 1 sudu kecil susu tepung yg dibancuh dalam sedikit air masak.
7. Taburkan almond flakes dan pumpkin seeds.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 180 celcius selama 20 minit.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

Sos butterscotch
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream/susu cair
sedikit garam
1/2 sudu teh vanilla essence
25g butter/margerin

Cara
1. Cairkan butter di dalam periuk bertangkai menggunakan api kecil.
2. Masukkan brown sugar, kacau hingga kelihatan berbuih. Alihkan dari api.
3. Masukkan whipping cream/susu cair dan teruskan kacau. Letakkan semula periuk ke atas api.
4. Masukkan ve, kacau hingga semuanya larut.
5. Tutup api dan sejukkan.

**Semasa buat sos, berhati-hati masa masukkan susu cair kedlm periuk kerana ia mungkin terpercik. So jgn lupa guna senduk panjang.

Saturday 22 November 2014

Tomyam

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi buat tomyam bagi menghabiskan stok fridge. Esok Ahad nak g pasar..nak refill peti sejok. Sayur2 masih ada..kaki ayam kepak ayam pun ada. Resepi asal di sini. Ummi ubahsuai sikit guna apa yg ada. Ummi guna periuk saiz sederhana. Alhamdulillah..habis! Anak-anak kata sedap. Ummi akan gunakan resepi ni kalau nak buat lagi.

Lupa nak amik gambar..xpe lain kali.

Bahan
1/3 periuk air - masak hingga didih

1 ulas bawang merah - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - ketuk
2 hiris lengkuas - ketuk
4 biji tomato - belah 2

2 kaki ayam, 2 kepak ayam - potong kecik
5 batang serai - ketuk
1 sudu makan rata garam

1/2 batang karot
1 mangkuk sederhana cauliflower
1 batang celeri
1/2 biji capsicum hijau

bawang holland - potong baji
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan rata gula
13 biji cili padi merah - ketuk

Cara
1. Rebus air hingga mendidih. 
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan tomato hingga tomato lembik, Lenyek tomato dan buang kulitnya.
3. Masukkan ayam, serai dan garam hingga ayam masak.
4. Masukkan karot, cauliflower, celeri dan capsicum. Masak sebentar. Tutup api.
5. Masukkan bawang holland, cili padi merah, sos ikan dan gula, Gaul rata.

Saturday 8 November 2014

Talam Tokyo

Assalamu'alaikum.



Ummi suka sangat2 kuih ni. Ummi memang suka kuih yg sagu based. First time makan masa meeting di ofis. Kuih ni terdiri dari 2 lapis. Lapis atas sama mcm kuih seri muka. Lapis bawah adalah campuran sagu biji, suhun, kelapa, santan dan sedikit garam. Resepi adalah seperti di bawah.

Lapisan Bawah
Bahan
150g sagu biji - cuci, rendam 30 minit, toskan.
30g suhun - potong kecil, rendam 30 minit dgn air suam, toskan
50g kelapa parut
50ml santan
150ml air
1/4 sudu teh garam
Cara
1. Satukan semua bahan di atas, gaul rata.
2. Masukkan ke dlm loyang yang telah disapu minyak, ratakan.
3. Kukus 30 minit.

Lapisan Atas
Bahan
250ml air
7 helai daun pandan
150ml santan
2 biji telur
120g gula pasir
50g tepung kastad
1/4 sudu teh garam
Cara
1. Blend daun pandan dengan air, tapis.
2. Blend semua bahan, tapis, masak hingga berwap (x perlu lama)
3. Tuang semua bahan lapisan atas, ke atas lapisan bawah dlm loyang.
4. Kukus 30 minit.
5. Sejukkan, masukkan dlm fridge, baru potong.

** Lepas ni kalau nak buat lagi, Ummi akan guna 4 helai daun pandan je sbb kalau guna 7 helai baunya terlalu wangi.

Saturday 1 November 2014

Kek Coklat

Assalamu'alaikum,

Masa birthday Luqman Ummi buat kek choc moist. Baru kukus 10 minit api dah padam. Tak menjadilah jawabnya.

Rasa x puashati..buat lagi versi bakar lak, bawakan utk Mursyid sekali. Nak SPM dah budak tu. G lawat dia, bagi kata2 semangat, bg air zamzam, air yasin, pastikan semua keperluan utk exam ready.

Ummi suka dgn kejadian kek ni..lembut, moist dan tak berapa manis. Ummi akan terus gunakan resepi ni kalau nak buat Kek Choc Moist. Setiap kali kalau nak buat kek, Ummi akan gunakan butter Farmcow dan serbuk koko Van Houten. Kalau nak buat cookies baru guna butter Anchor.


Resepi seperti di bawah :

250g butter
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
2/3 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung kek
1 sudu kecik baking soda
1 sudu kecik soda bikarbonat
3 biji telur saiz A
1 sudu kecik vanilla essence

Cara
1. Cairkan butter atas api, masukkan gula perang, susu cair, susu pekat dan serbuk koko.
    Kacau sentiasa menggunakan whisk hingga gula hancur. Sejukkan.
2. Pukul telur menggunakan kitchen aid hingga kembang. Masukkan ve, pukul lagi sebentar.
3. Ayak tepung kek, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
4. Masukkan campuran butter ke dalam mangkuk telur. Pukul perlahan hingga bercampur.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau rata menggunakan whisk.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang 8" X 8".
7. Bakar menggunakan suhu 170 celcius selama 50 minit.

Sunday 26 October 2014

Kuih Sagu

Assalamu'alaikum.

Kuih sagu ni memang salah satu dari kuih tradisional favourite Ummi. Ada orang panggil kuih Bronok. Pagi tadi kemas kitchen cabinet, jumpa sagu biji, lebihan sagu buat pengat labu 2 minggu lepas. Terus decide utk buat kuih sagu ni. Pergi pasar sempat beli kelapa parut 1 biji dengan harga RM2 di Pasar Pekan Salak. Ni first time buat..alhamdulillah wp tak cantik macam yg orang jual tu, Abah, Daya, Taufiq, Nina dan Ummi berebut2 makan sampai habis. Buat sikit je pun boleh la dapat sorang 2/3 ketul. 

Ni first time Ummi buat. Rupanya tak lah cantik macam yg orang jual tu. Bila nak potong tak cantik..Ummi terus sudukan je dan golekkan atas kelapa parut. Wbp rasanya memang sedap..lembut dan sejuk je..




Resepi seperti di bawah :

Bahan
1/2 cawan sagu biji - rendam sebentar, cuci dan toskan.
1 cawan air
1 helai daun pandan - simpul
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan sirap ros
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam.

Cara
1. Basahkan loyang dengan air. Ketepikan.
2. Panaskan air hingga mendidih.
3. Masukkan sagu, kacau rata.
4. Masukkan daun pandan, gula pasir dan sirap ros, gaul rata.
5. Masukkan semua bahan ke dalam loyang kecuali daun pandan. Kukus selama 30 minit. Sejukkan.
6. Bila telah sejuk, masukkan ke dalam fridge.
7. Potong2, golekkan atas kelapa parut.

Lebihan kelapa parut 1/2 biji tadi Ummi simpan dalam freezer mate, dan simpan dlm freezer. Bila2 nak guna nanti cuma kukuskan je kelapa parut tu. Oleh kerana ada lebihan kelapa parut..gula Melaka pun ada..next project adalah kuih Buah Melaka kegemaran Abah!

Thursday 23 October 2014

Kuih Seri Muka

Assalamu'alaikum.

Antara kuih tradisional yg Ummi suka adalah kuih ni. Ia terdiri dari 2 lapisan. Lapisan bawah adalah pulut manakala lapisan atas adalah tepung, santan dan air pandan. Abah dan anak2 pun suka juga.
Ni first time Ummi buat. Dulu Abah pernah buat masa anak2 kecik. Ummi nak buat tak sempat. sekarang ni alhamdulillah tercapai cita2 nak buat sendiri. Resepi asal dari sini, Ummi buat tak cukup 1 adunan sebab pulut cuma ada 392g je. Ummi guna loyang 8" X 8". Kuih tu jadi tebal sangat. Kalau nak buat lagi, Ummi akan buat 1/2 adunan je spt resepi di bawah, tp masih guna loyang 8" X 8".

Bahan Pulut
250g beras pulut
150ml santan
150ml air
1 sudu kecik garam
Cara
1. Rendam pulut selama 4 jam.
2. Cuci dan toskan.
3. Campurkan beras pulut, santan, air dan garam di dalam mangkuk, gaul rata.
4. Sapu minyak di bahagian dalam loyang.
5. Tuangkan campuran pulut ke dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Tekan2 pulut supaya ia mampat.

Bahan tepung
125g gula kastor
50g tepung kastad
200ml santan
200ml air
7 helai daun pandan
2 biji telur - pukul
secubit garam
Cara
1. Blend daun pandan dgn air, tapis air pandan.
2. Campurkan santan, air pandan, gula, garam dan tepung kastad, gaul hingga gula hancur.
3. Masukkan  telur, gaul rata.
4. Tuangkan campuran tepung ke atas pulut tadi.
5. Kukus selama 20 minit.