Monday 23 December 2013

Pavlova

Assalamu'alaikum.

First time buat pavlova..alhamdulillah menjadi..suka sangat2.
Agak dah lama juga anak2 minta buat pavlova ni. Tengok kt internet cam best jer.
Hari ni baru diberi kekuatan utk membuatnya. Tara...



Bahan
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil cuka
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

Cara
1. Panaskan oven 180 celcius.
2. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar hingga kental.
4. Masukkan cuka dan esen vanilla, putar lagi.
5. Masukkan tepung jagung yg telah diayak, gaul rata menggunakan spatula.
6. Masukkan adunan ke dlm piping bag dan bentukkan mengikut kreativiti masing2.
7. Masukkan dlm oven, kurang kan suhu hingga 130 celcius. Bakar selama 1 jam 20 minit.
8. Tutup suis oven dan renggangkan sedikit pintu oven sehingga pavlova shell sejuk.
9. Simpan shell dlm bekas kedap udara.

Saturday 14 December 2013

Brownie

Assalamu'alaikum.



 
Hari ni Ummi try buat brownie.. sebenarnya Ummi tak brape suka tp saja2 try..manalah tau kot2 anak2 suka kann. Dan lg ni 1st time Ummi buat..hehe

Resepi asal Ummi amik di sini. Cuma Ummi buat separuh adunan je. Dan Ummi x letak choc emulco.

Bahan
Bahan A
167 g butter
267 g choc bar
Bahan B
4 biji telur
187 g brown sugar
esen vanilla
Bahan C
53 g tepung gandum
40 g cocoa powder

93 g kekacang (spt walnut, pecan, macadamia, almond dll kecuali kacang panjang/buncis dan yg seangkatan dgn nya)

Cara
1. Cairkan bhn A secara double boiling. Ketepikan.
2. Humban sume bhn B dlm Kitchen Aid, whisk perlahan hingga bercampur.
3. Tuang bahan dlm 1 ke dlm 2 hingga bercampur.
4. Masukkan bhn C ke dlm 3 hingga bercampur..off kan kitchen aid.
5. Masukkan kekacang, gaul rata.
6. Tuang adunan ke dlm loyang 5 in X 8 in.
7. Bakar 160 celcius selama 1 jam.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
** Sedap jika disimpan semalaman.

Sunday 1 December 2013

Tanamanku

Assalamu'alaikum.

Dah terlalu lama Ummi tak tulis ttg pokok2 Ummi..ooppss silap..pokok2 Ummi dan Abah.
Sejak hydrangea berbunga, bersemangat balik nak uruskan pokok. Azam tahun baru, Ummi nak sediakan makanan menggunakan sayuran yg ditanam sendiri..slowly..persediaannya bermula dari sekarang. Memandangkan banyak pasu2 lama berlonggok x digunakan, semlm Ummi Abah mula bli tanah. Pagi tadi bli benih/anak pokok di Pasar Tani Pekan Salak.

Aktiviti :
1. Siram pokok sekurang-kurangnya sekali sehari.
2. Utk pokok herba, letak baja taik ayam sebulan sekali.
3. Utk pokok hiasan, letak baja kopi/bunga 2 minggu sekali.
4. Bila siang ikan, siram air basuhan ikan ke pokok herba.
5. Utk pokok hiasan, bila dah habis musim bunga, pangkas dan letak baja kopi.
6. Cabut rumpai yg tumbuh dlm pasu.

Gambar bawah ni diambil pagi tadi (1 Dis 2013). Sebulan lg (1 Jan 2013) kita tengok perkembangannya.
 
 Buah nona. 
Bli pagi tadi di Pasar Tani Pekan Salak, balik terus tanam.

Daun ketumbar. 
Bli daun ketumbar smlm di Pasar Pekan Salak utk masak nasi Arab. Potong akar, rendam dlm air, pg tadi terus tanam.

 
 Kobis bulat. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Bayam. Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

Abah semai biji cili dari cili kering..4 pasu!!

  Terung panjang.
Bli benih di Pasar Tani Pekan Salak pg tadi, terus tanam.

 Cekur.
Tanam sejak di Putrajaya lg. x pernah mkn pun dan x jaga langsung tp masih hidup. Berazam utk jaga..nnt blh masak pecal, resepi dah dpt dari internet.

 Sawi.
Tanam dari biji benih beberapa minggu yg lalu. Belum sempat merasa dah berlubang2 tak tau kene mkn apa. Nak jaga elok2 daun yg 2 helai ni. Nnt blh buat sup sayur campur karot, telur dll.
 Delima..cam merana je. 
Xpe jgn putus asa..baru je letak baja taik ayam. Pastikan tiap2 hari siram kalau x hujan.

Anak pokok delima. 
Abah tabur biji buah delima. Bila besar nnt blh bg kt org dpt pahala.

 Kunyit. 
Anak pokok bli di Pasar Tani Pekan Salak beberapa bulan yg lalu.

Pokok jarum 7 bilah.
Katanya blh ubat kanser.

 Pokok bunga kertas kaler magenta.
Baru pangkas.

 Pokok bunga kertas kaler pink.
Baru pangkas.
Pokok ni merupakan pokok bunga kertas yg pertama Ummi bli.
Nak tau dah berapa tahun umurnya..14 tahun!!
Iaitu sejak Ummi baru pindah Putrajaya dulu.