Sunday 28 October 2012

Luqman Hakim bin Mahadi

Assalamu'alaikum.

Selamat hari jadi. Semoga Luqman sentiasa mendapat rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah swt.



Bengkel Pemilihan Biasiswa YTM 3 tahun lalu..alhamdulillah berjaya !



Ummi Abah 
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk 
Luqman.

Saturday 6 October 2012

Kek Buah Kukus

Assalamu'alaikum.




Kek buah kukus ni kalau raya di Johor hampir setiap rumah ada.
Masa kecik2 dulu tak suka. Tapi bila dah senior ni suka la pulak.
Masa kecik dulu selalu tengok je kakak2 buat..nampak cam susah sangat esp time curahkan gula hangus n kena kacau cepat2 masa tengah panas..silap hb kena tangan mau gelembong. Spt biasa benda2 yg susah ni malas nak buat. Dari menyusahkan diri baik beli je..
Tp di zon tengah ni susah nak cari kek buah kukus yg selalu ada di Johor.

Kebetulan masa blog walking terjumpa resepi di blog Mat Gebu. Teringin nak cuba sbb abah mmg suka kek buah. 1st time buat menjadi Abah suka. Tapi cuma Ummi n Abah je yg makan. Anak2 tak nak makan bila tau ada serbuk buah pala. So separuh bawa g ofis, separuh lg berminggu juga la baru abis.

2nd time buat sorang2 tak bg tau anak2 letak serbuk buah pala..dah anak2 pun tak suka kan.... 1/3 bawak g ofis, 1/3 utk di rumah, 1/3 lg ingat nak bagi jiran. Balik ofis dah tinggal 4 keping je..alhamdulillah anak2 suka terutamanya Anan. Anan kata dia makan byk giler. Resepinya spt di bawah.

Bahan
250 g butter - Ummi guna Anchor
150 g gula perang
150 g gula perang - utk buat gula hangus
2 eggs
300 g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji buah pala kering - tumbuk2 dan blend halus
200 g mix fruit

Cara
1. Gris baking tin dan alaskan dgn kertas. Set aside.
2. Campurkan tepung dan soda bikatbonat, gaul rata, ayak. Campurkan serbuk buah pala, gaul rata. Masukkan mix fruit. Set aside.
3. Masak air untuk kukus.
4. Beat butter n brown sugar till fluffy. Masukkan telur, pukul, satu demi satu. Set aside.
5. Panaskan 150 g brown sugar atas api hingga warna jadi perang dan semua gula cair.
6. Curahkan gula hangus yg masih panas ke dlm batter (no 4). Gaul rata.
7. Masukkan batter ke dlm baking tin.
8. Kukus 4 jam.

Kek Marble

Assalamu'alaikum.



Dah lama Ummi tak buat kek ni. Biasanya kalau buat kek biasa, Ummi akan guna resepi ni sejak anak2 baby lagi. Waktu tu kalau buat kek, separuh Ummi bawak g ofis, suku lagi bg kat jiran, suku lg kita makan. Tp anak2 waktu kecik dulu tak suka makan.

Sekarang ni kalau buat kek ni, suku bg kat jiran, tiga suku lagi kita sekali hadap je..alhamdulillah tak membazir. Bila tengok anak2 suka, rasa cam nak buat lg je.. tp tak blh kerap, nnt jemu. Kalau anak2 nak buat blh ikot resepi di bawah. Biasanya Ummi buat 2 perasa/warna je iaitu koko dan oren..elakkan dari penggunaan pewarna dan perisa tiruan. Tp kali ni Ummi buat 3 perasa/warna.

Ingredients
250 g butter - Ummi used Farmcow
1 cup castor sugar
3 eggs
1 teaspoon vanilla
1 1/2 cup self raising flour
1 tablespoon cocoa powder  - always use Van Houten
1 orange/lemon zest
1 tablespoon orange juice
perisa strawberi - optional.

Method
1. Beat butter n sugar till fluffy.
2. Add vanilla, beat again.
3. Add eggs one by one.
4. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Kaup balik.
5. Bahagikan batter kpd 3 bhgn. i. Satu bhgn dicampur cocoa powder. ii. Satu bahagian di campur orange/lemon zest + orange juice. iii. Satu lagi dicampur perisa strawberi.
6. Alaskan baking tin dgn kertas.
7. Letakkan 2 sudu i dalam baking tin. Letak 2 sudu ii di atas i dlm baking tin. Letak 2 sudu iii di atas ii dlm baking tin..anak2 yg dah biasa tengok buat mesti faham kan..
8. Ulang 7 hingga abis.
9. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu 175 celcius selama 1 jam.

Sedap dimakan semasa masih panas..dgn teh O panas campur madu.