Saturday 23 March 2013

Puding Berkuah

Assalamu'alaikum.

Puding ni merupakan feveret Ummi sejak dolu2 lg..Tp Ummi x reti buat. Bila tanya kakak2 dorang sume cakap agak2 je. Bila Ummi buat kadang jadi kadang x jadi. Bila dah ada internet ni alhamdulillah Ummi dah dpt resepi yg sesuai dgn citarasa Ummi..anak2 pun suka. Makan dgn peach dlm tin. Ummi jarang guna canned food..sekali sekala je.
Resepi asal Ummi dapat dari blog masam manis. Ubahsuai sikit rupa parasnya ikot apa yg ada.








Bahan Puding
10 g serbuk agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula halus
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
1. Masukkan agar2 dlm periuk.
2. Masukkan 2 cawan air, kacau rata
3. Masukkan gula, masak hingga larut
4. Tuang susu cair dan vanilla
5. Bancuh tepung kastad dlm 2 cawan air, tapis kedlm periuk
6. Kacau hingga hampir pekat, tutup api.
7. Sejukkan bawah kipas, kemudian masukkan dlm fridge.

Bahan Kuah
1 tin susu cair
2 gelas air
1 cawan gula pasir
secubit garam
1 1/2 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
Cara
1. Masukkan susu cair, air dan gula dlm periuk, masak guna api perlahan
2. Bancuh tepung kastad dgn sedikit air, masukkan dlm periuk
3. Tambah garam dan vanilla
4. Biar hingga mendidih.

Saturday 16 March 2013

Pucuk Ubi Masak Lemak

Assalamu'alaikum.

Ubi tu apa dia? Kalau org Johor ubi tu maksudnya ubi kayu, kalau orang utara pulak ubi maksudnya kentang. Begitu juga perkataan segan..kalau org Johor segan tu maksudnya malu, kalau org utara pulak segan tu maksudnya malas. Memang ada perbezaan antara orang utara dan selatan. Bukan je dari segi perkataan, loghat malah budaya juga. Bila berada dalam kawasan orang ramai, kalau nak lalu : di Johor lalu belakang orang tak pe, kalau lalu depan orang agak kurang sopan..nak cover balik kena tunduk sikit dan cakap 'tumpang lalu'. Kalau di utara pulak kena lalu depan orang..kalau lalu belakang orang mau kena jeling 14..aduh..berpengalaman masa Ummi baru kawin dulu. Bila dah ada anak Ummi pesan siap2 kat anak2 : kalau balik Johor kena lalu belakang orang, kalau balik Perlis kena lalu depan orang.

Oleh kerana Ummi orang Johor, Ummi akan guna loghat Johor ya. + loghat zon tengah supaya anak2 mudah faham. Ye la..anak2 Ummi kebanyakannya orang Kay El..


Bahan
1 ikat daun ubi
2 paket kecil santan
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
10 biji cili padi
2 sudu besar udang kering - rendam air panas, tos dan basuh bersih
1 batang serai - ketuk

Cara
1. Basuh daun ubi, rebus hingga lembut. Toskan airnya. Rendam dlm air utk cuci dan toskan sekali lagi.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan udang kering.
3. Masukkan daun ubi, bahan kisar, serai, serbuk kunyit dan santan ke dalam periuk.
4. Masak hingga didih, masukkan garam. Jgn lupa kena kacau selalu..kalau tak santan akan berketul2.