Monday 18 February 2013

Beberapa Peristiwa Yang Mengusik Jiwa

Assalamu'alaikum.
Telah sekian lama Ummi tidak berblog. Bahan ada cuma Ummi belum bersedia..perlu kuatkan semangat.

Sebulan dua kebelakangan ni banyak peristiwa yg berlaku yg menyentuh hati dan perasaan seorg Ummi..peristiwa yg menggembirakan, yang sedih, yg sayu, rasa bersalah (1001 perasaan sumenya ada). Wbp semuanya Ummi terima dgn penuh rasa kesyukuran. Rasa cam x kena je ayat ni.  Tak pe nnt Ummi baca novel..blh tiru ayat dlm novel.

Lasagna


Assalamu'alaikum.



Resepi asal Ummi dapat dari Azlita.
Cume Ummi ubahsuai siket ikot cite rase Ummi dan ikot ape yg ade di dapo.

Red Sauce
1/2 bawang holland - diced
2 bawang putih - cincang
1 paket daging kisar
1 botol kecil sos prego
3 cawan air
2 tomato - dadu
2 batang celeri - dadu
cendawan - dadu
Olive oil
Garam, lada sulah, lada hitam
Cara :
1. Tumis bawang holland, bawang putih menggunakan olive oil.
2. masukkan daging kisar hingga masak.
3. Masukkan air, sos prego hingga mendidih.
4. Masukkan celeri, cendawan dan tomato, masak sebentar, tutup api. Ketepikan.
* Blh gantikan olive oil dgn minyak masak.
   Utk sayur blh juga masukkan karot dan capsicum.

White sauce
1 sudu besar butter
4 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan fresh milk
100g cheddar cheese
Cara :
1. Cairkan butter dlm periuk, atas api.
2. masukkan tepung gandum, kacau rata.
3. Alihkan periuk dari api, masukkan fresh milk, kacau rata.
4. Letak periuk semula atas api, masukkan cheddar cheese, gaul rata, tutup api. Ketepikan.

Cara buat lasagna
1. Lenser loyang 8" X 8" menggunakan butter.
2. Susun selapis kulit lasagna dlm loyang.
3. Curahkan selapis red sauce hingga kulit lasagna tenggelam.
4. Curahkan selapis white sauce atas red sauce.
5. Ulang 2-4 hingga habis. Pastikan lapisan paling atas adalah white sauce.
6. Tabur mozarella.
7. Bakar guna suhu 150 celcius selama 40 minit.
* kulit lasagna tidak perlu direbus terlebih dahulu. Semasa bakar, red sauce akan melembutkan kulit lasagna.  Boleh je gantikan Loyang dgn caserol pyrex kalau nak bagi nampak cantik.




Triffle

Assalamu'alaikum.

Triffle ni anak2 suka..walaupun tak secantik dan secomel yg Mat Gebu  dan Wana Yusof buat. Resepi asal dari 2 blogger ni : tiffinbiru dan potretkasih. Cuma Ummi ubahsuai ikot apa yg ada di dapur dan ikot suka hati Ummi je.


Bahan
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula
3 cawan fresh milk
1 sudu kecil serbuk jeli
500 g air
1 paket swiss roll
1 cawan air gula (air masak yg telah dibancuh dgn 1 sudu besar gula putih-bg menggantikan jus cocktail)
beberapa biji buah strawberi - potong dadu (bg menggantikan buah cocktail dlm tin)

Cara
1. Campurkan tepung kastad, susu dan gula serta gaul rata. Masak hingga menggelegak dan pekat. Tutup api dan ketepikan.
2. Bancuh jeli ke dalam 500 ml air. Masak hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
3. Potong swiss roll, susun dlm bekas transparent.
4. Basahkan swiss roll dgn secawan air gula.
5. Tuang kastad ke atas swiss roll. Sejukkan sebentar dlm fridge.
6. Tabur potongan strawberi atas kastad.
7. Tuang jeli atas potongan strawberi.
8. Simpan semalaman dlm fridge.

Boleh makan balik dari sekolah keesokannya..


Susun swiss roll dlm bekas, basahkan dgn air gula (kaedah 3 dan 4)

Tuang kastad atas swiss roll (kaedah 5)
Tabur potongan strawberi atas kastad (kaedah 6)

Strawberry Cheesecake

Assalamu'alaikum.

  Kek ni Anan yg buat cuti bulan 12. Tahniah Anan!





Resepi asal amik dari blog Mat Gebu. Buat separuh dari adunan. Masukkan dlm bekas kecik2..cuma tu je bekas spring foam yg ada.

Bahan A
250 g Philadelphia cream cheese
25 g gula halus
3 biji telur kuning
3/4 sudu kecil strawberry emulco
Cara : Beat cream cheese till fluffy. Tambah gula halus hingga kembang. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul lg dgn kelajuan sederhana. Masukkan strawberry emulco dan pukul lg. Set aside.

Bahan B
3 biji telur putih
50 g gula
sedikit perahan lemon
Cara : Pukul telur putih hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul lg hingga bertanduk. Masukkan perahan lemon dan pukul lg.

Bahagian C
3 biji buah strawberry - potong dadu.

Bahan D
Strawberry puri. Bahan dan cara membuatnya blh refer di sini.

Cara
1. Panaskan oven 160 Celcius.
2. Balut bhgn luar bekas spring foam dgn aluminium foil. Lenserkan bhgn dalam dgn butter. Set aside.
3. Campurkan bahan A dan Bahan B, kaup balik. Campurkan Bahan C, kaup balik.
4. Tuangkan dalam bekas springfoam.
5. Letakkan bekas springfoam dlm dulang pembakar.
6. masukkan dulang tadi dlm oven dan tuang air panas dlm dulang tadi. Tutup oven. Cara bakar ini dinamakan 'steam bath'. Bakar selama 1 jam.
7. Tutup suis oven, renggangkan sedikit penutup oven hingga kek sejuk.
8. Masukkan kek dlm fridge 3-4 jam.
9. Keluarkan kek, hias dgn Bahan D dan blh dihidangkan.

Aiskrim 3 Rasa

Assalamu'alaikum.

Resepi asal Ummi dpt di sini.


Cumanya Ummi ubahsuai ikot apa yg ada di dapur.

Bahan
Puri strawberi secukupnya
Susu cair secukupnya
Air minuman yogurt strawberi secukupnya
(biasanya Ummi guna kordial strawberi)

Cara
1. Letak 1 sudu besar puri strawberi ke dlm acuan aiskrim.
2. Tuang susu cair secukupnya.
3. Tuangkan air yogurt di dlm acuan.
4. Tutup acuan rapat2 dan simpan dlm fridge semalaman.