Saturday 28 April 2012

Kari ikan

Assalamu'alaikum.

Kari kegemaran Abah .. tau la orang utara..depa pangge gullai.
Masa muda2 dulu Ummi x suka makan kari..sekarang dah suka..dah boleh masak lg..wp x setanding gulai Atuk Perlis. Yg penting Abah dan anak2 suka.

Cara Ummi buat cam kat bawah ni.. tak letak santan ye spt yg diarahkan oleh CEO keluarga kita. Kalau anak2 nak tiru blh je..x pun google je.

Bahan
ikan - kuantiti dan jenis ikan ikot suka
herba campuran (ada jual di Mydin Kota Seriemas)
1/2 biji bawang besar saiz S - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 biji tomato - potong 4
2 tangkai daun kari - lurut, buang tangkai

1 paket rempah kari 
1 kole kecik air
1 sudu besar asam jawa - campurkan dgn sedikit air
sedikit garam

Cara
1. Tumis herba campuran, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan tomato, daun kari, rempah kari dan gaul rata.
3. Masukkan air.
4. Bila air mendidih, masukkan ikan.
5. Bila ikan dah masak, masukkan air asam jawa dan garam.

Tip
1. Boleh tambah sayur spt bendi, tomato ataupun terung.
2. Nak bagi pekat blh je letak santan/susu cair 1/2 cawan je ya.

<gambar>

Friday 27 April 2012

Udang masak santan

Asalamu'alaikum.

Masak camni mmg favourite kita esp Nina. So Ummi masukkan dlm blog supaya 7 keturunan Abah pun resepi ni x hilang.

Bahan
Udang - kuantiti ikot suka
Secekak kacang buncis - hiris serong
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 batang serai - ketuk
1/2 inci halia - hiris nipis
1 labu bawang holand - hiris
1 cili hijau -hiris serong
1 cili merah - hiris serong
1 paket santan
suhun -rendam dan kerat pendek
1 sudu kecik belacan
garam

Cara
1. Tumis bawang putih, halia dan serai.
2. Masukkan udang hingga udang masak.
3. Masukkan kacang buncis agak2 jgn sampai layu, nnt x crunchy.
4. Masukkan santan dan belacan, kacau selalu.
5.Masukkan bawang holand, cili merah & hijau, suhun dan garam.
6. Sediakan utk dihidangkan.

Thursday 26 April 2012

Udang Masak Lemak

Assalamu'alaikum.

Favourite Nina ni... Tp Mursyid x minat.
Udang ni Syira yg siang dan masak minggu lepas.


Bahan
Udang - kuantiti ikot suka
1 biji bawang besar saiz M  - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 biji cili merah - kisar
1/2 inci kunyit hidup (x letak pun xpe)
2 batang serai - hiris nipis, kemudian kisar
2 keping asam gelugor
1 paket kecil santan
sedikit garam

Cara
1. Masukkan udang dlm periuk.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masak hingga udang masak.
4. Masukkan asam gelugor, santan dan garam. Kacau selalu.
5. Tutup api.

Tips:
Kalau guna santan Mydin Kota Seriemas, 1 paket kecik je. Tp kalau guna santan Zemart Enstek, 2 paket kecik.




Daging black pepper

Assalamu'alaikum.

Ummi masak lauk ni semalam.
Bagi menghabiskan stok minggu lepas..Ummi belasah je apa yg ada.
Wbp semua suka..Syira minta Ummi masukkan resepi dlm blog.


Rupa tak menarik tapi rasanya sedap

Bahan
1 kg daging - hiris nipis
3 ulas bawang putih - ketuk/cincang
2 inci halia muda- hiris memanjang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar lada hitam biji - tumbuk
1 bawang besar - hiris bulat
2 cili hijau - hiris serong
1 biji tomato - potong 6
1 sudu kecik tepung jagung
1/4 cawan air

Cara 
1. Tumis bawang putih dan halia dalam kuali.
2. Masukkan daging dan air sedikit.
3. Masukkan sos tiram dan kicap.
4. Masukkan lada hitam.
5. Bila daging dah lembut, masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau.
6. Bancuh tepung jagung dan air, masukkan dlm kuali hingga kuah pekat.
7. Tutup api, pindahkan kandungan kuali ke dalam mangkuk.
8. Jangan lupa basuh kuali, sudip dan lap dapur sekali. 

Tips :
0. Daging kalau nak cepat lembut, lepas hiris nipis, ketuk2 dgn pengetuk daging. Tugas ni Nina & Anan suka buat. Kalau malas nak ketuk, rebus je guna api kecik. Ataupun perap daging dgn betik muda (enzim papain blh lembutkan daging).


1. Guna bawang besar holand utk bawang hiris. Atau leek hiris serong.
2. Blh gantikan cili hijau dan tomato dgn traffic light capsicum -nak bg nampak menarik.
3. Blh tambah kentang yg dipotong cam wedges..kena goreng dulu.
4. Blh letak tahu yg dipotong 9.

Apa2 pun ikot citarasa dan kreativiti masing2.

Saturday 21 April 2012

Peringatan untuk Ummi

Assalamu'alaikum.



"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku"
(Az-Zariyat : 56)
21 April 2012 genap 46 tahun usia Ummi..mengingatkan Ummi tentang kematian . Terasa sayu bila mengenangkan suatu hari nanti terpaksa meninggalkan anak-anak..bila agaknya saat itu. Jauh di sudut hati Ummi teringin melihat semua anak-anak membesar, dewasa hingga masing2 ada keluarga sendiri. Tapi macam mana persediaan ke alam baru dan yang kekal.. 



Tuesday 17 April 2012

Pencinta alam semulajadi

Assalamu'alaikum.

3 hari di Sandakan ni rasa homesick la pulak.
Las kali gembira la jugak dpt menikmati alam semulajadi.
Tengs pd kedua2 TP yg telah memberi kerjasama.









Air cicai - asam boi + limau kasturi









Wednesday 11 April 2012

Yang kembar & yang sulung

Ronda2 blakang rumah tertarik pd 2 perkara ni :

 
Kembar tak seiras


 
Setelah 4 tahun tanam, akhirnya..limau purut sulung.

Cili kering ada asid borik ?

Assalamu'alaikum.

Ada 10 sebab nape elakkan guna cili boh :

1. Tak sedap.
2. Ada rasa mcm ubat.
3. Tak tau brape byk kandungan pewarna
4. Tak tau brape byk kandungan perasa
5. Tak tau brape byk kandungan pengawet
6. Tak tau brape byk kandungan asid borik
7. Tak tau penyediaannya bersih ke x.
8-10. Tengah cari lagi...

Cili kering ada asid borik ? Tu yg Mak Itam bg tau Ummi 22 tahun yg lepas.
Wp Ummi x buat research sendiri, maklumlah Ummi bukan org Chemistry, tp Ummi decide utk buat sendiri cili kisar atas sbb2 di atas. 

Cara
1. Buang biji cili kering. Kalau nak cepat, gunting je nipis2 ke dlm tapis.
2. Tampi tapis tu supaya biji cili keluar dari bawah tapis.
3. Rebus cili kering dlm periuk kecik hingga kembang.
4. Buang air rebusan.
5. Cuci cili kering yg dah direbus bawah aliran air paip.
6. Blend halus.
7. Masukkan dlm bekas tupperware.
8. Simpan dlm fridge.

   Tampi biji cili kering

 Rebus hingga kembang

Air rebusan cili kering. 
Kalau tak rebus elok dan buang air rebusan..inilah yg dimakan.

Tuesday 10 April 2012

Sambal Tumis

Assalamu'alaikum.

Abg Luqman mintak Ummi masukkan resepi dlm blog ni..senang nak rujuk bila2 nak buat nnt. Wp dapat hostel tp Abg Luqman decide utk tinggal di rumah sewa bersama rakan2 yang sehaluan. Ummi menghormati pilihan Abg Luqman memandangkan semua house-mate baik2 budaknya, sama course (blh blajar sama2) dan sama2 join program MMU. 

Ummi bukan reti masak pun..kalau ikot ranking org yg seangkatan dgn Ummi, Ummi paling corot kot..tp anak2 kata sambal Ummi masak sedap..wp Ummi x ikot standard sambal tumis di South East Asia ni. Ummi kata pulak sambal arwah Atuk Muar paling sedap di dunia.

So Ummi buat kesimpulan semua orang akan merasakan masakan ibunya yg paling sedap..mungkin sbb dah biasa sejak kecik.

Bahan
5 senduk kecik cili kering kisar
1 bawang besar - kisar
1/2 bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 mangkuk kecik ikan bilis - kisar
1 sudu kecik belacan - beli di Perlis
1 sudu besar asam jawa
1/2 mangkuk kecik air
udang/sotong/ikan bilis - kuantiti ikot suka
1 sudu kecik garam
1/2 sudu besar brown sugar
2 senduk kecik minyak

Cara
1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan bancuhan asam jawa, belacan dan air.
3. Masukkan brown sugar dan garam.
4. Masukkan udang/sotong/ikan bilis. Kalau sotong masak kejap je..kalau lama nnt dia liat.
5. Tutup api.

Sambal tumis ikan bilis. Lupa masukkan bawang besar hiris..kantoi.

Ubi kayu rebus..kegemaran org Johor, tp org utara kurang minat.

Saturday 7 April 2012

Nur Ainina Basyirah Mahadi

Giliran bacaan Yasin di rumah kita anjuran penduduk kaw perumahan sepatutnya 14 April 1994.
Oleh sbb sama tkh dgn due date, Abah minta tkh diawalkan ke 7 April.
Rupa2nya Syira dah tak sabar nak tengok dunia.
Syira lahir malam Jumaat jam 9:15. Awal 7 hari dari due date (pd hari bacaan Yasin tsb).

Alhamdulillah ada Atuk Muar, Busu Apis dan Muksu di rumah. Shafiq pun ada (baby lg..).
So Abah hantar Ummi ke Klinik Bersalin Al Arqam di Gombak (dekat dgn rumah). Doktor & staf di klinik baru je selesai baca surah Yasin.
Kelahiran K Syira (2.8 kg) pd malam Jumaat yg mulia diiringi dgn bacaan Yasin di rumah dan disambut oleh doktor & staf yg baru selesai baca Yasin.

Ummi nak namakan Nur Aina Basyirah. Ustaz Salleh Sani yg bukak sekolah tahfiz di Gombak cadangkan nama Nur Ainina Basyirah (kena ada 2 nun)..Cahaya mata kami pembawa khabar gembira.
Sesuai dgn nama yg diberi K Syira sentiasa menggembirakan Ummi dan Abah..dgn matanya yg lembut dan jernih..tak sangka ni anak Ummi yg paling lasak (masa kecik dulu..) dan berani.

 Belum sampai 40 hari..

 6 bulan kot...

 2 tahun...

 Comel nyer...tipot-tipot Ummi tu...

 Tok Su kata trompet..Abg Luqman x dpt ke..

Bad mood..Abg Luqman mengusik..

2010

Sejuk mata Ummi memandang...2011 swit seventin..


Resepi..<under construction>

Semoga Basyirah dirahmati Allah.
Take care.

Friday 6 April 2012

Ahmad Taufiq Mahadi

Happy birthday Taufiq.
16 tahun dah baby Ummi yg paling montel (dulu...).

Birthday Taufiq yang ke-satu..Abg Luqman & K Syira tolong potong kek sama.

3 jejaka idaman...Taufiq 4 tahun.

11 tahun..semasa hari keluarga BTM KPT.


Tak dinafikan yg Taufiq mmg seorang yg penyayang, baik dan sentiasa mengambil dan menjaga hati Ummi.
Terima kasih Taufiq..
Masa sekolah di Nilai dulu, balik sekolah je mesti kucing yg menyambut di pintu rumah dan manja2 dgn Taufiq..akan mengekori mana2 Taufiq pergi. Kucing tu cuma akan ikot arahan Taufiq je.
Tak tau kucing sapa ntah selalu dtg manja2 dgn Taufiq. Sejak Taufiq sekolah di JB tak de dah kucing yg selalu dtg dulu.



14 tahun..tepi laut di Perlis

15 tahun .. hang out di IKEA bersama keluarga.

Takde kek, takde hadiah utk anak Ummi nun jauh di JB..tp doa Ummi utk Taufiq sentiasa ada.



Tuesday 3 April 2012

Nur Hidayah Mahadi

Happy birthday Daya..hari ni genap 17 tahun Daya lihat dunia..suit seventin.

Terima kasih, Daya banyak bantu Ummi di rumah masa cuti sekolah..esp bila bibik dah takde.
Bab mengemas Ummi bagi 5*.
Co-pilot 5*. Kalau Daya ada, Ummi tak perlu guna GPS sbb Daya blh scan jalan dan save dlm memori.

Sangat jimat (bukan kedekut kan..) dan pandai menguruskan kewangan.
Pocket money yg Ummi bagi selalu disimpan..bila balik rumah je bg kat Ummi utk simpan dlm tabung.
Seingat Ummi Daya mula berhati-hati dlm berbelanja sejak kita terserempak dgn majlis berbuka puasa anak-anak yatim di Masjid KLIA. Tersentuh tengok anak-anak yatim tu ada yg masih tadika lg. Alhamdulillah anak-anak Ummi masih ada Ummi dan Abah yg blh kongsi kasih sayang dan rezeki. 

Takde kek, takde hadiah utk anak Ummi nun jauh di Mersing..tapi doa Ummi utk Daya sentiasa ada..



Birthday yg ke-2 kot..

Daya & Abg Luqman...kamcing..


 
Air Terjun Hulu Yam..

                                                   


Baru naik F4.