Sunday 27 May 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamu'alaikum.

Dah lama Ummi x buat cheese tart ni..bg memastikan Ummi mencapai salah satu dari KPI Ummi thn ni (menjaga pemakanan kita..kurangkan kolestrol). Wbp Ummi post n3 ni atas request Nina. Nina dah biasa buat sendiri tp kalau tak direkodkan resepi ni..lupa jugak.


Bahan pastry
250 g butter
60 g gula halus
1 biji telur
400 g tepung superfine - Ummi campurkan 2 sudu besar tepung kastad supaya rangup.
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara
1. Gaul tepung dan gula.
2. Masukkan butter, gaul hingga sebati.
3. Pukul telur dan esen vanilla. Masukkan dlm adunan tepung tadi. Gaul hingga adunan x melekat di tepi mangkuk.
4. Bungkus dgn clingwrap, masukkan dlm fridge >= 20 minit.
5. Bulat2kan sebesar guli, gelek sikit hingga leper. Letak dlm acuan tat, potong lebihan adunan tepung. Cucuk dgn garfu supaya tak menggelembung.
6. Bakar separuh masak dlm oven pd suhu 170 Celcius selama 15 minit ( ikot jenis oven).
7. Sejukkan.

Bahan Filling
250 g cream cheese
60 g castor sugar
20 g butter
100 ml whipping cream
1 biji lemon zest
1 biji telur
blueberry filling
Cara
1. Pukul semua bahan kecuali blueberry filling.
2. Sudukan dlm kulit tat yg telah dibakar separuh masak.
3. Letak sedikit blueberry filling, lorekkan ikot kreativiti masing2.
4. Bakar lg pd suhu 150 celcius selama 15 min lg.

Nota : Ada org suka masukkan dlm fridge dan makan sejuk. Tp Ummi suka makan lepas bakar sbb rangup.

Wednesday 23 May 2012

Mihun Goreng


Assalamu'alaikum.

Orang Perlis sebut bihun goreng. Org Johor sebut x pasti la mi saja kot. Ummi x tau camne buat mihun goreng yg sedap. Ummi masak campak-campak je guna apa yg ada..yg pasti x letak ajinomoto/shio/secukup rasa dan yg seangkatan dgnnya.  Wbp Abah dan anak2 suka. 


Cara Ummi buat lebihkurang cam kat bwh ni.

Bahan kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10-15 tangkai cili kering – buang biji, rebus,  buang air rebusan, cuci bersih dan toskan.
2-3 sudu besar udang kering – rendam air panas 10 minit, toskan.

Bahan lain
1 paket mihun – rendam sekejap
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
½ cawan air
2 keping tahu – potong 9
2 pokok sawi – potong anggaran 1 inci
Taugeh sebakul – bakul yg kat pasar mlm/tani tu sebenarnya 2 genggam je..
Rencah – blh letak apa2 spt udang, daging, chicken meatball, fishball, telur. Nak cepat letak daging burger je potong kecik2. Tp elakkan dari mencampurkan makanan laut dan darat sebab..Luqman kena explain kat adik2.

Cara
1. Guna kuali paling besar dan sudip paling panjang di rumah kita..senang nak gaul.
2. Tumis bahan kisar. Masukkan semua sos. Tambah sedikit air. Biar didih.
3. Masukkan rencah, batang sawi, dan tahu. Masukkan telur, hancurkan.
4. Mihun potong 3, toskan, masukkan dlm kuali dan kacau rata. Jika mihun tak lembut setelah air kering, tambah sedikit demi sedikit air hingga mihun lembut.
5. Masukkan daun sawi, kacau rata.
6. Las kali sebelum tutup api, masukkan taugeh dan kacau rata.
7. Masukkan dlm mangkuk besar. Nak bg nampak menarik, taburkan daun bawang/sadri dan cili merah yg dihiris.



Monday 21 May 2012

Bunga Akar Dani

Assalamu'alaikum.

Ummi outstation lg. Boring tunggu flight, Ummi post n3 ni. Sebenarnya ada byk yg Ummi nak cerita tp tak berkesempatan..sementara menunggu ni blh la Ummi tulis skit.

Bunga akar dani ni salah satu dari bunga kesayangan Ummi (selain Hydrangea). Ummi beli masa di Putrajaya lg kalau tak silap tahun 2002. Dulu x pernah bunga pun..jeles tengok akar dani Dr Adawiyah sebelah rumah. Tp bila pindah Nilai, berbunga lebat lepas letak baja.



 
 
Sejuk mata memandang bila tengok hijau2 ni..dpt O2 lg.


Nampak sweet je bila bergandingan dgn tanduk rusa

Sunday 20 May 2012

Pemberian Anak2

Assalamu'alaikum.

Terharu dgn pemberian anak2 sempena besday & Hari Ummi beberapa minggu lepas.
Ummi abadikan dlm blog ni. Taufiq di JB wish birthday & Hari Ummi kol 12 malam lebih sikit. Tk Taufiq. Daya di Mersing juga wish esoknya.
Time kaseh semua.





Perempuan melayu sejati..gelaran yg diberi oleh Cikgu Norizan pd Nina masa Ummi amik rep card 2 tahun lepas.





<gambar tudung pemberian anak2>

Tuesday 1 May 2012

Murtabak Lipat

Assalamu'alaikum.

Murtabak Lipat ni Ummi tiru dari Mat Gebu.
Ummi ubahsuai ikot apa yg ada di dapur.



Bahan 
parata segera - kuantiti ikot suka.
2 keping daging burger
1/2 biji bawang holand - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1/2 sudu besar sedikit rempah kari
3 biji telur
sedikit lada sulah

Cara
1. Tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau.
2. Masukkan daging burger, hancur2kan dan tambah rempah kari.
3. Bila daging burger masak, tutup api, sejukkan.
4. Kacau telur dan lada sulah dalam mangkuk.
5. Masukkan daging burger tadi ke dlm mangkuk telur. Ketepikan.
6. Lenserkan sedikit planta ke dlm non stick frying pan, panaskan atas dapur.
7. Ambik sekeping parata segera, letakkan dlm frying pan tadi hingga kekuningan (goreng sebelah je), ketepikan dlm pinggan.
8. Curahkan sesenduk kecik campuran telur burger tadi ke dlm frying pan.
9. Bila dah agak2 masak, tampalkan bahagian parata yg di goreng tadi ke atas telur, tekan2 sikit.
10.Lipat dua parata tadi, goreng sebentar.
11. Terbalikkan, goreng sebentar, boleh angkat.

Tips 
Murtabak lipat ni nampak cam kecik je tapi makan sekeping je dah kenyang. Jadi anak-anak kalau nak buat, agak2 sorang sekeping. Kalau buat lebih gerenti tak abis..membazir. Membazir tu kawan sape..