Sunday 24 June 2012

Langkawi lagi..

Baru je g Langkawi bulan lepas (adhock). Minggu ni g lagi (plan awal thn). Semalam je tp dpt mcm2.
Menginap di Fave Hotel (hotel baru), bersih dan harga pun ok..RM150 per mlm (utk org yg keje gov dpt discount). Kalau anak2 g sana blh le bermlm di cni.



Saturday 23 June 2012

Tembikai laici

Assalamu'alaikum.

Yang paling kita suka tp yg paling malas nak buat. Resepinya spt di bawah :

Bahan
1 biji tembikai - beli di Maidin Kota Seriemas biasanya manis
1 tin laici
ice cube secukupnya

Cara
1. Belah dua tembikai, scoop dan masukkan dalam mangkuk berselang seli dgn buah laici dan ice cube
    hingga penuh mangkuk.
2. Tuangkan air laici ke dalam mangkuk tadi hingga penuh mangkuk.
3. Taraa..

Hingga menjilat sudu..

Balik Kampung

Cuti sekolah baru2 ni sempat balik Perlis masa walimah Abg Md Arshad di Alor Janggus.
Dari rumah sampai Alor Setar (AS) kol +-1 pg, x nak ganggu Pak Ngah Ki, cari beberapa hotel area AS, penuh.

Terus ke Kangar, penuh juga..las2 tidur dlm kereta di masjid (supaya blh jaga Subuh bila dengar azan). Hotel sume penuh sebab ada perhimpunan PAS di AS.

Dalam masa 2 hari balik utara dpt buat mcm2 aktiviti. Selain hadir walimah, dpt mkn nasi lemak 60 sen dan dpt g pasar malam di Kg Sanglang Kedah, dpt makan bihun sup utara di tepi laut bawah pokok ceri di Kuala Perlis dan yg paling best .. dpt g ke taman pokok nipah di Kuala Sanglang Perlis (1st time). Walaupun tak minat air nira nipah , tp seronok dpt tengok pokoknya. Dpt ziarah Mak Long Yam lg.
Nikmati gambar2 pokok nipah dan buahnya.




Friday 22 June 2012

Laksa Johor

Dah lama x makan laksa Johor ni..rasanya hampir setahun. Ronda2 di pasar pekan salak jumpa daun selasih + ikan sardin saiz besar..terus decide nak buat laksa. Mursyid dan Nina ada camp utk pengawas di sekolahnya. Alhamdulillah Syira balik cuti Isra' Mikraj..ada la 2 org tipot di rumah..rasa sunyi la pulak. Cara Ummi buat laksa johor ni cam kat bawah ni (utk 6 org). Abah suka laksa beras. Tp sebab balik pasar pun dah lambat, kalau laksa beras lambat masak. Jadi Ummi guna spagheti je. Makan dgn sambal belacan..klako kan makan spagheti dgn sambal belacan. Lain kali Ummi guna laksa beras pulak 'e Abah.

Bahan kuah
4 ekor ikan sardin saiz besar
1 labu bawang besar saiz M
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecik jintan halus
1 sudu cili kering kisar
1 paket rempah kari ikan 
1 serai
1 asam keping
1/2 paket santan (+-250 g)
Cara
1. Rebus ikan, buang tulang, kisar menggunakan air rebusan ikan.
2. Kisar basah bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas.
3. Kisar kering ketumbar dan jintan halus.
4. Tumis bahan kisar basah dan kering, cili kering kisar dan rempah kari.
5. Masukkan serai, asam keping dan santan.
6. Kacau hingga mendidih. tutup api.
Spagheti
1/2 paket spagheti.
Cara
Rebus air dalam periuk. Bila mendidih, masukkan spagheti dan 1 sudu planta. Bila lembut (+- 30 minit) toskan.

Ulam
Timun, bawang besar, taugeh, daun kesom, daun selasih.
 Bawang besar, daun kesum, timun, taugeh dan daun selasih
 Timun dipotong bergelung cara org Johor
 Daun kesum
 Daun selasih
Sambal belacan
4 biji cili merah
4 biji cili padi
1 sudu kecil belacan yg dah digoreng tanpa minyak
2 biji limau kasturi
Cara
Tumbuk cili merah, cili api dan belacan. Perahkan limau kasturi.

Wednesday 13 June 2012

Kobis Masak Air

Assalamu'alaikum.

Tahun ni Ummi berazam utk jaga pemakanan kita, kurangkan kolestrol.
Kurangkan buat biskut dan kek. Kurangkan penggunaan santan dan minyak..juga
bila masak kurangkan kuantitinya. Oleh sbb Ummi Abah dah semakin berpengalaman .. bukan tua ya..kenalah kurangkan makan. Selama ni Ummi selalu bagi anak2 makan yg heavy..anak2 mmg le suka..rupa2nya Ummi bg anak2 makan kolestrol..maafkan Ummi. 
 
 
Masak camni org Johor ada yg panggil masak air, ada yg panggil masak bening. Caranya as simple as alif ba ta.

Bahan (utk 5 org makan)
2 kelopak kobis - hiris kasar
sejemput ikan bilis - cuci bersih
1/4 bawang besar saiz S - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 cawan air
sedikit garam

Cara
1. Rebus air bersama ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga mendidih.
2. Masukkan kobis hingga agak2 kobis tak layu.
3. Masukkan garam.


Ayam masak sambal kicap

Assalamu'alaikum.

Masak ni mmg favourate kita. Blh guna ayam atau daging. Caranya simple je.
Oleh kerana kat rumah dah tinggal Mursyid, Nina dan Anan je..Ummi pun masak sikit. Kalau semua anak2 ada..kena masak 1 kuali.

Bahan
5 ketul ayam
1 labu bawang besar saiz M - blend
1 ulas bawang putih - blend
2 senduk kecik cili kering blended
1/2 cawan kicap masin

Cara
1. Tumis bahan2 blended hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam, gaul rata, masukkan kicap.
3. Masak hingga masak..takkan masak hingga x masak pulak.

 Rupa xde tp rasanya sedap..serious.

Baby timun..blom start makan dah tinggal sikit..camne ni..

Saturday 9 June 2012

Otecen

Assalamu'alaikum.

Bulan 5 paling byk outstation..anak2 sebut otecen masa kecik2 dulu..pelat lg. Nak buat camne..dah tugas..bila letih rasa cam nak pencen awal jer..sabar je..Abah tak kesah kalau Ummi outstation, Ummi pun masih blh bertahan lg. Maafkan Ummi, Abah terpaksa menguruskan anak2 sepanjang ketiadaan Ummi. Tq Abah. Kalau bukan kerana tugas mmg Ummi tak akan tinggalkan Abah sendirian dgn anak2 kita.

Think +ve..bila jauh berjln byk jugak la pengalaman. Ummi share gambar2 keindahan ciptaan Allah. Bila kita tgh sibuk..berkejar ke ofis, ke sekolah kita x prasan betapa indahnya ciptaan Allah. Sampaikan langit warna biru ke kelabu pun x prasan. Pokok kiri kanan jln yg subur menghijau pun x prasan. Bawak kereta cam ribut..yg nampak cuma kereta depan, kiri, kanan dan kereta blakang + sign board + jam..lg brape minit nak kol 8:30...
Bawa Syira jln2 di Pantai Chenang, Langkawi.

 Pantai Chenang, Langkawi..cantiknya awan dan laut.

 Pemandangan dari Jambatan P Pinang (JPP)..nampak P Jerejak.

JPP..tempat memancing, byk insiden bunuh diri, byk org jumpa antu...
















Friday 8 June 2012

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Assalamu'alaikum.

Akhirnya..28 Mei 2012 Basyirah register matrik di K Pilah sbg laluan utk mencapai cita2nya.

Dgn semangat baru, beberapa strategi telah disusun dan akan dirombak mengikut kesesuaian di KMNS. Strategi yg pertama - deactivate akaun fb sepjg program matrik supaya dpt memberi fokus pd pelajaran..tahniah n tq menerima cadangan Ummi Abah. Nak bina network x semestinya hanya di fb je. Fb ada juga yg mengarutnya dan ada juga yg melalaikan. Terus pandang ke depan (matlamat kita), lupakan buat sementara gangguan kiri kanan kita. Amik makanan yg berkhasiat dan mengikut keperluan sahaja atau kismis, kurma, pistachio sbg kudapan. Amalkan minum air masak (sebaiknya air yasin atau sebarang ayat Quran..lg bagus kalau air zam2). Supplement spt neuro gain dsb.  Kurangkan aktif dlm koko supaya blh lebih fokus pd pelajaran. Yang penting jaga solat, jaga aurat. Elakkan stay up, tidur malam awal, bangun awal pagi supaya lebih fresh. Cara belajar yang baik dan cara utk score blh dapatkan dari kawan2 yg pandai. Kita hanya merancang, Allah Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Ingat semua pesan Ummi ya. Mungkin Ummi tidak sebaik atau sebagus ibu2 yg lain. Ummi bukan cikgu Maths Fiz Chem Bio yg blh ajar anak2. Ummi juga bukan motivator yg blh menyusun ayat utk memberi semangat kpd anak2. Ummi cuma seorang ibu yang hanya mampu berdoa dan akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2 Ummi.

Semoga Basyirah beroleh kejayaan yg cemerlang dan mencapai cita2. Jaga diri baik2.