Monday 31 March 2014

Ayam Masak Kicap

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi buat ayam masak kicap..lama sangat tak masak ni. Resepinya spt di bawah.

Bahan
5 ketul ayam - gaul dgn garam kunyit
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk/cincang
1 inci halia - hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
5 bunga cengkih
1 biji cili merah - belah tanpa putus
1 biji cili hijau - belah tanpa putus
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap masin
2 sudu cuka
1/2 cawan air
sedikit lada hitam - tumbuk kasar

Cara
1. Goreng ayam separuh masak.
2. Keluarkan minyak goreng ayam, tinggalkan sedikit je utk menumis.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, lawang, pelaga dan cengkih. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan kicap, cuka, air dan cili hijau/merah. Biar mendidih dan cili layu.
5. Letak lada hitam. Gaul rata, tutup api.

** Kalau nak kuah pekat, sebelum tutup api, masukkan 1/2 cawan air yg telah dibancuh dgn 1 sudu kecil tepung jagung, gaul rata.

Sunday 16 March 2014

Garlic Bun Ver 2

Assalamu'alaikum.

Garlic bun versi 2 ni lembut di dalam tp x crispy di luar. Garlic bun versi 1 crispy di luar, lembut di dlm masa panas, bila dah sejuk kurang lembut. Resepinya sama dgn versi 1 cuma Ummi tambah bread improver je.

Bahan
150g tepung high protein (tepung roti)
50g tepung kek
15g castor sugar
1/4 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik instant yeast
1/2 sudu kecik bread improver
130g fresh milk
15g butter
sedikit bijan

Filling
30g butter
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil dried parsley

Cara buat filling
1. Gaul semua bahan, ketepikan.

Cara buat garlic bun
1. Masukkan fresh milk dlm mix bowl, diikuti dgn semua bhn kering kecuali butter.
2. Uli selama 10 minit, masukkan butter dan sambung uli selama 20 minit.
3. Bulatkan doh di dlm mix bowl, sapu sedikit butter, tutup menggunakan cling wrap. Biar proofing selama 1 jam 20 minit.
4. Bahagikan doh kpd 6 atau 8 bhgn. Bulatkan setiap satu. Susun dlm sulang pembakar. Tutup dgn cling wrap. Biar selama 15 minit.
5. Ambil satu doh, leperkan menggunakan penggelek sehingga menjadi seakan2 sekeping disk. Gulung, seal hujung dan susun dlm dulang pembakar. buat hingga habis kesemua 6/8 doh. Tutup dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.
6. Sapu roti dgn egg wash, tabur bijan, slit bhgn atas doh, letakkan filling.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15-20 minit.

Kue Teow Goreng Ver 2

Assalamu'alaikum.

Kue teow ni Ummi buat utk dinner. Makan 4 org..Abah, Ummi, Abg Luqman dan Taufiq.
Alhamdulillah habis! Lupa nak snap gambar.



Bahan
1 bungkus kue teow (500g)
1 labu bawang besar - chop
2 ulas bawang putih - chop
10 tangkai cili kering - gunting, rebus, cuci, blend
200g daging kisar
2 biji telur - pukul sikit dgn garfu
1 biji tomato - dadu
1 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis + masin
1/2 cawan air
sawi batang pendek

Cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan daging kisar hingga daging masak.
3. Masukkan tomato, gaul rata.
4. Ketepikan bahan dlm kuali ke tepi kuali, masukkan telur hingga agak keras sikit, hancurkan.
5. Masukkan sos tiram dan segala kicap, gaul rata.
6. Masukkan air hingga mendidih.
7. Masukkan sawi, gaul rata.
8. Akhirnya masukkan kue teow, gaul rata.
9. Tutup api.

Kek Chiffon Oren Kranberi

Assalamu'alaikum.

Pertama kali Ummi buat kek chiffon..sian kan Ummi.

Merekah dan nampak cam x naik je..huhu.

 Ok jugak ape..tp kranberi nampak cam turun je huhu.

Tekstur dari dekat.

 Alhamdulillah..kena praktis lg nih.

 Wp xde rupe tekstur kek chiffon..tp sedap juga


Bahan
3 biji telur kuning
g kastor sugar
35 ml minyak jagung
60ml jus oren
1 biji orange zest
80g tepung naik sendiri
       4 biji telur putih
       g kastor sugar
40g dried cranberi
sedikit tepung naik sendiri

Cara
1. Gaul cranberi dgn tepung, ayak supaya tepung berlebihan keluar. Ketepikan.
2. Masukkan telur kuning ke dlm mangkuk, gaul sedikit.
3. Masukkan kastor sugar, gaul rata.
4. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil gaul rata.
5. masukkan jus oren dan orange zest, gaul rata.
6. Ayak tepung ke dlm mangkuk dan gaul rata. Jgn over beat. Ketepikan.
7. Masukkan putih telur ke dlm mixing bowl, pukul guna kelajuan perlahan hingga berbuih.
8. Guna kelajuan tinggi, tambah gula sedikit demi sedikit hingga soft peak.
9. Masukkan 1/3 meringue ke dlm mangkuk kuning telur, gaul rata. Masukkan 1/3 lg, gaul rata. Masukkan bakinya dan gaul rata.
10. Tuang batter kedlm bekas pembakar hingga menutup dasar, Bakinya, gaul dgn cranberi.
11. Tuang kesemua batter yg dah dicampur cranberi ke dlm bekas pembakar.
12. Bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.

Kue Teow Goreng Ver 1

Assalamu'alaikum.

Ummi jarang sangat2 buat kue teow ni. Tetiba mlm tadi tergerak nak buat kue teow. Singgah Mydin jap, pagi tadi g pasar pekan salak beli toge, kucai dll. Ada org jual udang sepiring RM5, angkat je la. Oleh kerana balik pasar pun dah kol 10 lebih, nak cepat, tak siang pun udang..basuh bersih terus guna..dgn kepala2 udang terjun dlm kuali. Akhirnya jadi juga kue teow Ummi. 
Kue Teow ni kegemaran Anan. Kalau Anan ada kt rumah mesti dia suka..rindu Anan..huhu. Resepi asal di sini. Ummi ubah sikit2 ikot suka hati Ummi.

Nina kata perfect..Ummi kata kena basahkan lg.
Bahan
1 bungkus kue teow (500g)
3 ulas bawang merah - chop
2 ulas bawang putih - chop
15 tangkai cili kering - gunting, rebus, cuci, blend
Sepiring udang (lk dlm 20 ekor)
sekeping fish cake - potong cam biasa
2 biji telur - pukul sikit dgn garfu
1 keping tahu - goreng, potong 8
1 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis + masin
1 cawan air
seikat kecil kucai
sebakul toge (50 sen)

Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan udang dan fish cake, gaul rata.
3. Ketepikan bahan dlm kuali ke tepi kuali, masukkan telur hingga agak keras sikit, hancurkan.
4. Masukkan sos tiram dan segala kicap, gaul rata.
5. Masukkan air hingga mendidih.
6. Masukkan kucai dan kueteow, gaul rata.
7. Akhirnya sebelum tutup api, masukkan toge, gaul rata.

Anyeong haseyo..

Alhamdulillah

Saturday 1 March 2014

Garlic Bun Ver 1

Assalamu'alaikum.

Garlic bread ni memang kegemaran kita sekeluarga. Biasanya kita guna roti gardenia je, sapu dgn butter yg dicampur dgn garlic cincang/tumbuk, bakar dlm oven. Tak pun mkn di Pizza Hut je. Tp kali ni Ummi buat sendiri. Ambek masa 3 jam yuuu nak membuatnya tp hasilnya sangat2 berbaloi. Ummi buat 1 adunan je agak2 dpt sorang satu. Syira kata kena buat 2 adunan. Seronok rasa kalau masak anak2 suka..rasa cam nak buat lg je.

 Terlupa lak nak letak daun kering (parsley)

Nampak cam keras..tp rangup di luar lembut di dalam..

 Syira kata ni garlic bread paling sedap Syira pernah mkn..
..ehem ehem suke nye Ummi..

Walaupun x letak water roux atau bread improver tp sangat lembut

Resepi asal Ummi amik di sini. Tq owner of the blog. Jom tengok resepi.

Bahan
150g tepung high protein (tepung roti)
50g tepung kek
15g castor sugar
1/4 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik instant yeast
130g fresh milk
15g butter

Filling
30g butter
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil dried parsley

Cara buat filling
1. Gaul semua bahan, ketepikan.

Cara buat garlic bun
1. Masukkan fresh milk dlm mix bowl, diikuti dgn semua bhn kering kecuali butter.
2. Uli selama 10 minit, masukkan butter dan sambung uli selama 20 minit.
3. Bulatkan doh di dlm mix bowl, sapu sedikit butter, tutup menggunakan cling wrap. Biar proofing selama 1 jam 20 minit.
4. Bahagikan doh kpd 6 atau 8 bhgn. Bulatkan setiap satu. Susun dlm sulang pembakar. Tutup dgn cling wrap. Biar selama 15 minit.
5. Ambil satu doh, leperkan menggunakan penggelek sehingga menjadi seakan2 sekeping disk. Gulung, seal hujung dan susun dlm dulang pembakar. buat hingga habis kesemua 6/8 doh. Tutup dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.
6. Sapu roti dgn egg wash. Slit bhgn atas doh, letakkan filling.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15-20 minit.

** Sedap dimakan semasa panas.