Friday 26 September 2014

Update tentang tanaman Ummi

Assalamu'alaikum,

Dah lama Ummi tak update tentang tanaman. Maklumlah dah lama tak berkebun..kulit dah mula manja..bila berkebun mula la gatal2 di jari.

Lengkuas ni tanam dah lama.tp tak pernah ambil sbb susah nak amik. Ni first time amik hasilnya.

Bendi - beli anak pokok dengan harga RM1.00

Daun kesum - beli daun kesum di Mydin, then batangnya cucuk dlm tanah yg diisi dlm periuk hangit.

Cili padi kuning- anak pokok beli di Pekan Salak dengan harga RM1.00

Cili padi - anak pokok beli di Pekan Salak dengan harga RM1.00

Hasil tuaian yang pertama.

Pokok terung - anak pokok beli di Pasar Tani Pekan Salak dengan harga RM1.00

Rasanya dah 5 tahun tanam limau purut ..alhamdulillah 1st time berbuah sebelum bulan puasa baru2 ni.

Dan yang paling istimewa sekali yg kt bawah ni.







Florentine - Crunchy Caramel Almond

Assalamu'alaikum.

First time buat. Nampak mcm adik-beradik bepang.
Cumanya tepung Florentine tu dah mengandungi gula. Kalau masuk oven je dia akan cair dan bila disejukkan ia akan melekat dan keras. Sebab tu kena potong cepat-cepat lepas keluar dari oven.

Paras rupa Florentine yang mengancam

Masukkan tepung florentine, dan kekacang ke dalam mangkuk

Gaul rata semua bahan

Alaskan loyang dgn baking sheet. Tuang semua bahan ke dlm loyang dan ratakan.
Masukkan ke dlm oven.

Keluar dari oven, biarkan 1 minit, then cepat-cepat potong.

Setelah dipotong

Resepinya Ummi dapat dari Azlita. Terima kasih Ita.

Bahan
200g tepung Florenta
200g badam keping
100g kuaci hitam
20g bijan hitam

Cara
1. Bakar kuaci dan badampada suhu 160 celcius selama 5 minit, sejukkan.
2. Gaul rata semua bahan dalam bekas hingga semuanya bersalut tepung Florenta.
3. Tuang adunan dlm loyang, ratakan nipis.
4. Bakar dlm oven selama 10 minit.
5. Potong dan simpan dlm bekas kedap udara.

* Oleh kerana masih ada  stok bijan putih, Ummi guna bijan putih je menggantikan bijan hitam. Oleh kerana tiada almond flakes, Ummi gantikan dgn kuaci putih.


Sayur pucuk paku merah masak lemak putih

Assalamu'alaikum.


Assalamu'alaikum,

Ni antara sayur favourite Ummi. First time makan di rumah Mak Teh beberapa tahun yang lepas. Dulu masa kecik2 Ummi tak pandai makan makanan yg heavy spt yg bersantan..cuma suka sup, masak air, masak tumis air dan yg seangkatan dgnnya. Sekarang bila banyak umur pulak rasa mcm nak mkn makanan yg heavy.

Kt rumah kita, cuma Ummi je yg makan sayur ni. So kalau beli 1 ikat tu, bolehlah masak 3 kali.

Resepi
1 ikat sayur pucuk paku merah
1/2 labu bawang besar saiz S
2 ulas bawang putih
1 sudu udang kering - rendam dlm air panas
1 bungkus kecil santan (200 g) - beli di Pasar Pekan Salak

Cara
1. Cuci bersih sayur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak guna api kecil hingga agak mendidih.
3. Masukkan sayur dan perasakan dgn garam.

Senangkan..nak siang/cuci sayur yang bercinta.

Kuih Bakar/Bengkang

Assalamu'alaikum.



  First time buat..bawa potluck ke Jamuan Hari Raya Marakech

Dah lama betul Ummi menyepi dari fb ni. Maklumlah dah dpt wasap, asyik nak berwasap je. Terima kasih Abah belikan Ummi fon yg blh guna WhatsApp.

Ada banyak lagi perkara yg Ummi nak share dgn anak-anak. Kali ni Ummi nak cerita tentang Kuih Bakar. Orang Johor sebut Kuih Bakar. Orang Perlis sebut Kuih Bengkang. Kalau di Perlis, Kuih Bakar tu adalah Kuih Bangkit. So anak-anak kena pandai bawak diri lah ye.

Masa Ummi kecik dulu, Ummi cukup suka kalau Atok Muar buat kuih Bakar ni. Tapi Ummi makan keraknya je. isinya Ummi tak makan..kesian Atok terpaksa mengalah dengan kesukaan anaknya. Ummi makan kerak, Atok makan isi. Belum apa2 lagi keraknya dah habis dulu..tinggal isi je. 
Kalau buat nipis je macam lempeng pun ok juga kan..semua kerak, takde isi langsung.

Ok kita tengok resepi ya..

Bahan
7 helai daun pandan
3/4 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan gula
2 telur saiz S
1 cawan tepung
2 sudu besar butter
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau (Ummi jarang guna)

Cara
1. Blend pandan dan air, tapis dan ambil airnya.
2. Blend semua bahan termasuk air pandan kecuali bijan. Ketepikan.
3. Sapu loyang dengan minyak, panaskan sebentar dalam oven.
4. Tuang semua bahan blend ke dalam loyang.
5. Taburkan bijan di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam 30 minit menggunakan api atas bawah.
7. Biarkan hingga benar2 sejuk, baru potong.

* Jika bakar selama 1 jam pun dah masak. Tambahan 30 minit adalah untuk jadikan kerak.

Thursday 25 September 2014

Chewy Gooey Brownies Ver 2

Assalamu'alaikum,

Ummi dan anak-anak sangat suka resepi ni. Crunchy di luar, chewy di dalam. Ummi akan terus menggunakan resepi ni apabila membuat Brownies.






Bahan
125g butter
200g baking choc
145g brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
45g tepung gandum
25g cocoa powder
50g almond nibs - panggang dulu

Cara
1. Cairkan baking choc dan butter secara double boiling. Apabila semua telah larut, tutup api, masukkan gula perang, gaul rata. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan cocoa powder. Masukkan almond nibs, gaul rata dan ketepikan.
3. Pukul telur dan vanilla essence dlm mangkuk KA hingga bercampur sahaja menggunakan hand whisk.
4. Masukkan campuran butter ke dlm campuran telur. Gaul rata.
5. Masukkan campuran tepung, gaul rata.
6. Tuang ke dalam loyang yg telah dilenser dan dialas dgn baking sheet.
7. Sebagai hiasan, boleh tabur almond flakes yg telah dipanggang, dan choc chips.
8. Bakar pada suhu 160 celcius selama 55 minit.
9. Keluarkan dari oven, sejukkan lebihkurang 30 minit (tanpa dikeluarkan dari loyang).
10. Keluarkan dari loyang, letak atas rak hingga sejuk sepenuhnya.
11. Potong menggunakan pisau yg bergigi.

* Ummi guna loyang 8 X 8 inci.
* Sedap dimakan setelah disimpan semalaman.