Assalamu'alaikum.
Puding ni Ummi buat kalau ada roti lebih yg nak expired.
Caranya mudah sangat. Resepi asal Ummi amik di sini.
Bahan
8 keping roti - siat2
2 cawan fresh milk
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis
Cara
1, Masukkan fresh milk, gula halus, telur vanilla dan cinnamon ke dalam mangkuk besar, kacau rata.
2. Masukkan roti hingga terendam, biar sebentar supaya bahan 1 meresap dlm roti.
3. Masukkan butter dan setengah dari kismis, gaul rata.
4. Gris loyang, masukkan adunan roti tadi, tabur kismis.
5. Bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.
Sos karamel
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara
Satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api.