Sunday, 30 October 2011

Aktiviti Santai Di Bawah Pokok

Aktiviti santai yg paling kita gemar adalah makan2 di bawah pokok di Desa Cempaka.
Yg paling special di sini adalah char kue teow (RM3.50)dan nasi lemak bungkus daun pisang (harganya RM1 je...).
Selain lokasinya di bawah pokok yg berangin, tokehnya juga sangat peramah.





Anan menunggu char kue teownya.





Sementara menunggu char kue teow, Abah pekena nasi lemak bungkus daun pisang. Anan..chop sikit..

Kisah ikan masak sambal dan lala goreng

Assalamu'alaikum.

Hujung minggu lepas Atuk Perlis bermalam di rumah kita.
Ummi buat ikan masak sambal, lala goreng dan sup taugeh.
Ikan masak sambal ni arwah Atuk Muar panggil kerutuk ikan. Resepi yg Ummi amalkan spt di bawah..

6 ekor ikan - Ummi biasa guna ikan kembong/sardin
sebiji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1/2 inci lengkuas - kisar
2 batang serai - ketuk
3 senduk kecil cili kisar
garam & gula

Cara:
1. Gaul ikan dgn garam & kunyit, kemudian goreng, ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan serai dan cili kisar hingga terbit minyak.
4. Perasakan dgn gula & garam.
5. Masukkan ikan goreng tadi, dan gaulkan sebentar.


1st time sepanjang perkahwinan Ummi dgn Abah (20 tahun) Atuk Perlis cakap sedap pd masakan Ummi..terharu you..Ummi abadikan gambar ikan sambal ni dlm blog ni.
Apa2 pun Ummi masak bukan utk jet sesape..tapi agar keluarga kita dapat menikmati makanan yg bersih dan berkhasiat.


Lala goreng..Atuk Perlis tanya bubuh apa (resepinya..). Ummi abadikan juga gambar lala goreng ni dlm blog ni. Resepi yg Ummi amalkan spt di bawah..









1 kg lala
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
5 biji cili merah - kisar
3 inci halia muda - hiris
2 batang serai - ketuk
1/2 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 cawan air
sedikit daun ketumbar

Cara :
1. Tumis bawang kisar, halia muda dan serai hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
3. Tambah 1 cawan air hingga mendidih.
4. Masukkan lala dan gaul rata. (Tak perlu letak garam).
5. Bila dah masak, tutup api, taburkan daun ketumbar dan gaul rata.

Ziarah K. Syira

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi, Abah, Taufiq, Mursyid, Nina dan Anan gi ziarah K Syira di sekolahnya di Sek Sains Tuanku Jaafar, K Pilah (STJ). Sian dia nak SPM lg 15 hari. Saja gi utk lihat keadaannya dan bg motivasi skit. Jgn panik atau tension. Yg penting usaha, kemudian tawakkal. Lepas tu redha dgn apa jua yg Allah beri kita.

Surau STJ..luas, selesa dan rasa tenang je..

Sampai STJ dekat kol 5. Kami lunch lambat sikit sebab nak makan sama2 dgn K Syira.

Sayur campur, ayam goreng kunyit dan tahu goreng.

Sup tulang.
Kicap cili utk makan dgn sup tulang dan cicah tahu goreng.
Pemandangan di hadapan padang STJ..ada pelangi lagi.

Saturday, 29 October 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah Daya dan Nina dapat straight A dlm PMR dan UPSR 2010. So dapatlah naik pentas masa Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 bg anak warga KPT pada bulan Julai baru2 ni.


Daya terima hadiah dari YBhg KSU. Nama Ummi naik juga..tu yg kat slide tu..

Nina terima hadiah dari YBhg KSU.

Barbeque..daya jemput kawan2 bg meraikan kejayaannya.


Antara tetamu yg hadir..Nisa dan Annisa (kawan K Syira).


Kanak-kanak riang main belon lepas kekenyangan.

Thursday, 27 October 2011

5S di bilik anak lelaki

Assalamu'alaikum.

Hujung minggu baru2 ni Ummi, Taufiq dan Mursyid sempat melaksanakan program 5S di bilik anak lelaki.

5S tu ape ?

1. Sisih - asing brg yg tak perlu dan sedekah/buang
2. Susun - susun brg keperluan dgn teratur supaya mudah diambil
3. Sapu - bersihkan bilik dari habuk
4. Seragam - susunatur yg seragam
5. Sentiasa amal - mematuhi peraturan penjagaan kebersihan

Bukannya..

1. Simpan
2. Sorok
3. Sepah
4. Serabut
5. Suci dlm debu

Alhamdulillah terlaksana sudah 5S.. inilah hasilnya..

Untuk dibuang.

Untuk disedekah.

Sebenarnya tanpa kita sedari, setiap hujung tahun kita buat 5S.
Cumanya S yg kelima tu yg sering tak terlaksana.

Sunday, 23 October 2011

Raya Haji 2010

Assalamu'alaikum.

Tak lama lagi Hari Raya Haji. Teringat masa Raya Haji tahun lepas.
Kita sekeluarga beraya di rumah sebab cuti 1 hari je. Lagi pun bila dah hujung2 tahun cuti Ummi dan Abah pun dekat habis. Spt biasa Ummi masak cara Johor le..

Alhamdulillah Abg Luqman dan Kak Syira balik.
Sehari sebelum raya, Ummi paling bersemangat anyam ketupat daun kelapa.
Nina sempat belajar menganyam ketupat. Sekarang Nina dah pandai..tahniah Nina, juga tahniah Ummi..tahun ni Ummi dah ada yg tolong anyam ketupat.

Malam raya masak ketupat 50 biji, rendang daging, dan sambal kacang seperiuk. Saja masak banyak sbb Abg Luqman jemput kawan2 yg tak balik kg utk beraya di rumah.

Esoknya sebelum Subuh dah mula masak lodeh, buat puding cocktail.
Bibik buat ayam masak merah. Kak Syira buat kek Choc Moist. Biskut Choc Chip dah buat seminggu sebelum ni.
Anak-anak yg lain buat tembikai laici, Air Sirap Bandung Johor..kalau kat sini org panggil bandung soda. Yang lain-lain tu Abah beli - lemang, serunding daging dll.

Lepas solat raya, kita sama-sama menikmati hidangan raya..


Tembikai laici..yg pertama kena serbu.

Sirap Bandung Johor yg menyegarkan.

Kek Choc Moist yg menggoda.

Lepas makan sempat ambik gambar keluarga.

Tengahari kawan2 Abg Luqman datang 9 org. Alhamdulillah murah rezeki tuan rumah.
Terima kasih Shamsul, Maman, Azwan dan yg lain-lain (maaf tak tau nama). Tk kerana sudi dtg rumah kami. Alhamdulillah menjelang malam semuanya licin (tak membazir) kecuali lodeh (Ummi terlebih masak)..siap dapat puji lagi biskut choc chip, kek choc moist dan ayam masak merah dari kawan2 Abg Luqman.
Sape-sape yg terlibat membuatnya senyum sampai ke telinga..

Sunday, 16 October 2011

Balik pasar

Assalamu'alaikum.

Spt biasa Ummi dan Abah gi pasar hujung minggu. Default bli ayam, ikan, udang. Yg lain2 skali-skala. Sayur bli kobis, karot, kacang buncis, taugeh, sawi, timun, cili, dll. Udang kegemaran Nina. Tp kena rajin buang yg macam tali kat belakang udang tu.

Kalau tak..inilah yg dimakan.

Ayam kena buang kulit, gaul dgn tepung, kemudian cuci bersih2. Masukkan dlm bekas tupperware, letak sehiris limau nipis/lemon/purut/kasturi supaya tak berbau..tutup rapat2 baru masukkan dlm freezer.

Happy Birthday

Assalamu'alaikum.

Happy Birthday Nina dan Anan.
Nina yg ringan tulang dan Anan, baby Ummi yang dah 11 tahun (bukan baby lagi daa..).

Sempena birthday Anan pd 7 Sept, Ummi belikan kek cheese black forest di kedai 'Resepi Rahsia'..tak sempat nak buat sendiri sbb tengah2 minggu.


Ada orang tu cita2 nak jadi doktor. Kalau tak dapat jadi doktor nak jadi chef. Paling rajin tolong masak walaupun terpaksa bangun pukul 5 pg. Selalu ke dapur dgn memakai apron dan menggelar dirinya 'Chef Kecik'. Apa2 pun Ummi doakan anak-anak Ummi akan selamat di dunia dan akhirat.




Ni pulak birthday cake Ummi buat utk Nina (29 Sept). Kek coklat, topping cream cheese, dan choc ganache. Atasnya plak letak strawberry. Rupanya memang takde..tp rasanya ade la sikit2 cam yg bli kat kedai 'resepi rahsia' tu.
















Hadiah birthday..cop nama. Sebelum ni kalau Ummi bawa ke ofis, suka main cop Ummi. So birthday kali ni Ummi bg cop.

Pokok hiasan dan bunga-bungaan

Assalamu'alaikum.

Koleksi pokok kita. Ummi guna baja kopi untuk daun (beli di pasar tani Pekan Salak), dan baja 'Super Bloom' warna purple utk bunga (beli di Econsave K Pilah).


Canna Hybrida kaler kuning yg menawan.


Orkid yg tak berhenti berbunga.


Ixora (siantan) kaler oren.


Bougainvilla (kertas) kaler pink campur putih.


Draceana Reflexa (Song Of India).


Tanduk rusa.

Tak ingat nama apa pokok ni.


Rumpai dah masuk longkang..tak sempat servis masa gotong royong dgn Abg Luqman tempoh hari. Terima kasih Abg Luqman, banyak tolong Ummi dan Abah sepanjang cuti semester 3 minggu ni.

Koleksi pokok

Assalamu'alaikum.

Ummi mula minat berkebun sejak kita pindah ke rumah ni.
Sejak tiada bibik, Ummi juga dah jarang berkebun. Maklumlah balik ofis, menonong je ke dapur siapkan dinner, berkemas, tengok kain baju dll. Pokok selalu tak bersiram. Tapi alhamdulillah, laman kita masih terjaga..dgn usaha Abah..Ummi pun ada bantu juga ya.. dan bil air kita berkurang hampir 50%..sbb selalu tak siram pokok.


1st time tanam pisang dan 1st time berbuah..seronok tak terkira makan pisang tanpa baja.

Rambutan dah 3 tahun tanam tapi masih cam tu. Ummi cuba letak baja kopi (baja organik, kata kakak yg jual baja tu di pasar tani). Kita tengok hasilnya 3 bulan lagi..

Pandan yg sihat dan banyak berjasa.
Pokok kari yg berpenyakit.



Serai dan lengkuas yg banyak membantu bila stok dlm fridge dah habis.

Ada lagi..kita tunggu entry akan datang.

PMR & UPKK 2011

Assalamu'alaikum.

3 Okt 2011, hari pertama UPKK. 4 Okt 2011, hari pertama PMR. Ummi sentiasa doakan yg terbaik utk Hannan dan Taufiq.

"Ya Allah Ya Tuhanku,
Jadikanlah anakku dari golongan orang yang berjaya dan orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan UPKK dan PMR ini. Jadikanlah dia dari golongan hamba-hambaMu yang berilmu, soleh & solehah dan bertaqwa"

Ummi cuti 3 hari bagi memastikan anak-anak Ummi mendapat makanan berkhasiat serta selamat menjalani peperiksaan. Breakfast hari pertama PMR..


Roti prata cicah kari daging & kentang dan teh 0. Tak lupa air Yaasin dan neuro gain.


Melangkah masuk ke sekolah dengan penuh debaran..rasanya Ummi yg lebih berdebar. Sorry Mursyid, gambar separuh. Tahun depan Mursyid pulak.


Balik dari UPKK.

Monday, 10 October 2011

Pelancaran Blog Ummi

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah Ummi dapat memulakan blog ini. Terima kasih kpd Abah dan anak-anak yg sentiasa beri sokongan. Blog ini adalah khas untuk anak-anak Ummi..mengandungi pesanan dan kenangan keluarga kita. Semoga anak-anak sentiasa mengingati Ummi dan Abah walaupun jika kita berjauhan , sentiasa mendoakan Ummi dan Abah bila kami dah tiada nanti.