Wednesday, 26 December 2012

Puri strawberi

Assalamu'alaikum.


Warna agak kecoklatan sbb guna brown sugar.

Hari ni Ummi nak tunjukkan kat anak2 cara buat puri strawberi. Resepi asal di sini, tapi Ummi dah ubahsuai sikit ikot apa yg ada di dapur.

Bahan
19 biji buah strawberi - basuh bersih, masukkan dlm periuk
6 sudu brown sugar - masukkan dlm periuk tadi
1 sudu kecik tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Cara
1. Masak strawberi dan brown sugar tadi atas api hingga gula hancur.
    Sambil tu blh potong2 buah strawberi dlm periuk tadi guna senduk.
    Hasilnya ia akan jadi cair sikit dek jus strawberi tadi.
2. Tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan puri strawberi.
3. Sejukkan dan simpan dlm fridge.

** Utk dapatkan warna puri strawberi yg cantik, guna gula pasir yg warna putih. tapi sukatannya dikurangkan sikit.

Kegunaan :
Blh digunakan utk buat strawberi cheese tart, strawberi cheese cake, triffle, aiskrim dll.

Gambar di bawah menggunakan gula pasir putih

 Basuh bersih 25 buah strawberi
 Masukkan dlm periuk dan tambah 6 sudu besar gula
 Masak atas api sederhana
 Hingga mendidih
 Masukkan 1 sudu besar tepung jagung yg telah dibancuh air
 Kacau rata
Tutup api dan sejukkan

Tuesday, 25 December 2012

Cameron Highland

Assalamu'alaikum.

Seingat Ummi last kali g CH masa Anan umur 2 tahun .. maknanya dah 10 tahun. Seronoknya..dah lama tak g jalan beberapa tahun kebelakangan ni. Ada la juga jln sambil2 antar anak2 ke sekolah masing2 .. sambil menyelam minum air.

 Wajah ceria anak-anak..

Ros, Lili, Anthurium, tomato.









kabus




























































<gambar>

Wednesday, 19 December 2012

Tahniah Mursyid !

Assalamu'alaikum.

Mursyid dapat straight A's PMR. 
Tahniah Mursyid. 

Ummi tumpang gembira. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak-anak yg bijak. Ummi sentiasa berdoa agar anak2 Ummi menjadi anak-anak yg soleh dan solehah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

<gambar>

Saturday, 8 December 2012

Makan Malam BPM Bersama Keluarga

Assalamu'alaikum.

Makan malam BPM di Red Wok bagi menggantikan Hari keluarga BPM.

 
Wajah2 ceria anak2 Ummi..

 Bila dah kenyang baru teringat nak amik gambar.

Saturday, 1 December 2012

Surprise Utk Abah @ Bbq Syira/Anan

Assalamu'alaikum.

1 Dis 2012..
Syira buat bbq utk kawan2 matrik nya. 

Anan juga utk kawan2 rapatnya.

Alhamdulillah ramai yg hadir. Tq sume sudi dtg rumah kami walaupun ada yg dtg dari jauh .. KL dan Pilah. 


Tqvm pada Wani, Nisa dan Purnavi yang telah bermalam di rumah kami semata2 utk membantu..termasuk menyediakan Devil Food Choc Cake dan Tiramisu.  

Juga pada sume yg buat cucuk2 dan bakar membakar walaupun terkena tempias hujan. Semuanya sedap. 



Tak sangka la pulak tgh seronok makan tiba2 masing2 nyanyi 'Allah Selamatkan Abah'. Saja pilih tkh ni utk buat surprise birthday Abah an..sporting sume anak2 Abah ni..anak2 matrik Pilah.
Semoga Abah mendapat rahmat, kasih sayang dan pengampunan dari Allah.

Tahniah pd yg dpt 4 flat dan juga straight A's UPSR. Semoga semua berjaya mencapai cita2 masing2. Jgn lupa utk sentiasa bersyukur pd Allah yg mengizinkan kita utk mencapai kejayaan.