Assalamu'alaikum.
Dah lama Ummi tak buat kek ni. Biasanya kalau buat kek biasa, Ummi akan guna resepi ni sejak anak2 baby lagi. Waktu tu kalau buat kek, separuh Ummi bawak g ofis, suku lagi bg kat jiran, suku lg kita makan. Tp anak2 waktu kecik dulu tak suka makan.
Sekarang ni kalau buat kek ni, suku bg kat jiran, tiga suku lagi kita sekali hadap je..alhamdulillah tak membazir. Bila tengok anak2 suka, rasa cam nak buat lg je.. tp tak blh kerap, nnt jemu. Kalau anak2 nak buat blh ikot resepi di bawah. Biasanya Ummi buat 2 perasa/warna je iaitu koko dan oren..elakkan dari penggunaan pewarna dan perisa tiruan. Tp kali ni Ummi buat 3 perasa/warna.
Ingredients
250 g butter - Ummi used Farmcow
1 cup castor sugar
3 eggs
1 teaspoon vanilla
1 1/2 cup self raising flour
1 tablespoon cocoa powder - always use Van Houten
1 orange/lemon zest
1 tablespoon orange juice
perisa strawberi - optional.
Method
1. Beat butter n sugar till fluffy.
2. Add vanilla, beat again.
3. Add eggs one by one.
4. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Kaup balik.
5. Bahagikan batter kpd 3 bhgn. i. Satu bhgn dicampur cocoa powder. ii. Satu bahagian di campur orange/lemon zest + orange juice. iii. Satu lagi dicampur perisa strawberi.
6. Alaskan baking tin dgn kertas.
7. Letakkan 2 sudu i dalam baking tin. Letak 2 sudu ii di atas i dlm baking tin. Letak 2 sudu iii di atas ii dlm baking tin..anak2 yg dah biasa tengok buat mesti faham kan..
8. Ulang 7 hingga abis.
9. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu 175 celcius selama 1 jam.
Sedap dimakan semasa masih panas..dgn teh O panas campur madu.