Saturday, 16 March 2013

Pucuk Ubi Masak Lemak

Assalamu'alaikum.

Ubi tu apa dia? Kalau org Johor ubi tu maksudnya ubi kayu, kalau orang utara pulak ubi maksudnya kentang. Begitu juga perkataan segan..kalau org Johor segan tu maksudnya malu, kalau org utara pulak segan tu maksudnya malas. Memang ada perbezaan antara orang utara dan selatan. Bukan je dari segi perkataan, loghat malah budaya juga. Bila berada dalam kawasan orang ramai, kalau nak lalu : di Johor lalu belakang orang tak pe, kalau lalu depan orang agak kurang sopan..nak cover balik kena tunduk sikit dan cakap 'tumpang lalu'. Kalau di utara pulak kena lalu depan orang..kalau lalu belakang orang mau kena jeling 14..aduh..berpengalaman masa Ummi baru kawin dulu. Bila dah ada anak Ummi pesan siap2 kat anak2 : kalau balik Johor kena lalu belakang orang, kalau balik Perlis kena lalu depan orang.

Oleh kerana Ummi orang Johor, Ummi akan guna loghat Johor ya. + loghat zon tengah supaya anak2 mudah faham. Ye la..anak2 Ummi kebanyakannya orang Kay El..


Bahan
1 ikat daun ubi
2 paket kecil santan
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
10 biji cili padi
2 sudu besar udang kering - rendam air panas, tos dan basuh bersih
1 batang serai - ketuk

Cara
1. Basuh daun ubi, rebus hingga lembut. Toskan airnya. Rendam dlm air utk cuci dan toskan sekali lagi.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan udang kering.
3. Masukkan daun ubi, bahan kisar, serai, serbuk kunyit dan santan ke dalam periuk.
4. Masak hingga didih, masukkan garam. Jgn lupa kena kacau selalu..kalau tak santan akan berketul2.

No comments:

Post a Comment