Wednesday, 29 May 2013

Olio

Assalamu'alaikum.


Anak2 suka sangat spageti goreng ni. Caranya sangat mudah. Nina pun selalu buat sendiri bila balik dari sekolah. Tahniah Nina.

Resepi asal Ummi dapat dari sini. Tapi yang Ummi buat ni dah jauh terpesong dari resepi asal. Apa2 pun Ummi puashati sebab anak2 suka.

Bahan 
1/2  paket spaghetti - rebus cam biasa
1 labu bawang holland - diced
2 ulas bawang putih - ketuk & cincang
7 tangkai cili kering - gunting halus, rebus, cuci dan toskan
1 tomato - cincang halus
Udang secukupnya
Karot secukupnya - dadu
Cendawan - dadu
Celery - dadu
1/2 sudu kecil thyme kering
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya

Cara
  1. Rebus air secukupnya hingga mendidih. Masukkan spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun. Bila spaghetti lembut tutup api dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang holland, bawang putih, cili kering dan tomato.
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan karot, cendawan dan celery.
  5. Masukan thyme kering, lada hitam dan garam. gaul rata, tutup api.
* Dlm gambar ni, oleh kerana ada sedikit brokoli dan sosej, so Ummi masukkan je utk habiskan stok. Sosej Ummi hiris nipis terlebih dahulu. Utk sayur boleh je nak masukkan capsicum dsbnya


Macaron

Assalamu'alaikum.
 
 

Sekian lama Ummi dan Nina cari macaroon sheet ni (rasanya bertahun juga le). Akhirnya..jumpa di House Presentation masa g ikea baru2 ni. Harganya RM89, dibuat dari silicone. Berbaloi..mudah utk menyediakannya.  
Dlm rumah ni Nina merupakan champion dlm pembuatan macs. Tahniah Nina. Resepi asal dari blog masam manis .
Bahan
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond - jemur di bawah matahari
140g gula icing
Sedikit serbuk pewarna
Cara
  1. Jemur serbuk almond di bawah panas matahari supaya betul-betul kering.
  2. Satukan serbuk almond, gula icing dan pewarna serbuk, ayak dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (lebihkurang 10 minit). Adunan menjadi ringan, gebu dan sedikit berkilat. Kalau mangkuk di terbalikkan, adunan putih telur tak jatuh.
  5. Masukkan 1/4 daripada campuran serbuk almond tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  7. Picitkan atas bulatan kecil yg terdapat pada macs sheet. Guna toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaron untuk mengelakkan permukaan macaron jd berlubang bila dibakar.
  8. Rehatkan macaron lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila di sentuh permukaan macaron ia tak melekat di tangan.
  9. Panaskan oven 150C.
  10. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. Setelah masak, biarkan ia sejuk
  12. Bila dah sejuk, simpan dlm balang kedap udara dan simpan dlm fridge.
  13. Bila hendak makan, sapukan nutella/ganache.

Saturday, 18 May 2013

Seafood Goreng Berkuah

Assalamu'alaikum.

Seperti biasa bila dah berkumpul anak2, mula nak buat makan2. So mlm tadi buat grill n steamboat. Tak yah g Red Wok..buat kat rumah lg seronok.. Abah beli macam2 bahan tp las2 tak abis. Sebenarnya seronok berkumpul..bukan nak makan sangat pun (Ummi la..). Yang belen2 tu masuk peti sejuk. Esoknya makan tengahari jadilah Seafood Goreng Berkuah. Ni Daya yg buat Ummi jadi sifu x bertauliah..main campak2 je.

Bahan
Seafood (ketam, lala, sotong dll)
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 biji cili merah - kisar
5 biji cili api - kisar
2 inci halia muda - hiris memanajang
2 batang serai - ketuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
sepokok daun ketumbar - hiris

Cara
1. Tumis bahan kisar, halia dan serai.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan akar ketumbar.
3. Masukkan ketam, gaul rata hingga masak.
4. Masukkan lala, gaul rata hingga masak.
5. Masukkan sotong, tabur daun ketumbar, gaul sebentar, tutup api.