Wednesday, 29 May 2013

Macaron

Assalamu'alaikum.
 
 

Sekian lama Ummi dan Nina cari macaroon sheet ni (rasanya bertahun juga le). Akhirnya..jumpa di House Presentation masa g ikea baru2 ni. Harganya RM89, dibuat dari silicone. Berbaloi..mudah utk menyediakannya.  
Dlm rumah ni Nina merupakan champion dlm pembuatan macs. Tahniah Nina. Resepi asal dari blog masam manis .
Bahan
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond - jemur di bawah matahari
140g gula icing
Sedikit serbuk pewarna
Cara
  1. Jemur serbuk almond di bawah panas matahari supaya betul-betul kering.
  2. Satukan serbuk almond, gula icing dan pewarna serbuk, ayak dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (lebihkurang 10 minit). Adunan menjadi ringan, gebu dan sedikit berkilat. Kalau mangkuk di terbalikkan, adunan putih telur tak jatuh.
  5. Masukkan 1/4 daripada campuran serbuk almond tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping beg.
  7. Picitkan atas bulatan kecil yg terdapat pada macs sheet. Guna toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaron untuk mengelakkan permukaan macaron jd berlubang bila dibakar.
  8. Rehatkan macaron lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila di sentuh permukaan macaron ia tak melekat di tangan.
  9. Panaskan oven 150C.
  10. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
  11. Setelah masak, biarkan ia sejuk
  12. Bila dah sejuk, simpan dlm balang kedap udara dan simpan dlm fridge.
  13. Bila hendak makan, sapukan nutella/ganache.

No comments:

Post a Comment