Biasanya anak2 tak berapa minat rasa cinnamon, tp Ummi teringin sangat2 nak try..ye la nak optimumkan penggunaan kitchen aid Ummi hehe.. Mana la tau kot2 anak2 suka cinnamon roll ni. Blog walking terjumpa resepi ni. Mintak share ye.
After proofing
After makeup
After baking
Texture yg gebu bak kapas
Doh roti
210g tepung roti
56g tepung naik sendiri
20g susu tepung
42g gula kastor
1/2 sudu kecil garam
6g instant yis
1/2 sudu kecil bread improver (Ummi tambah)
30g telur -pukul sedikit (lk 1/2biji telur, bakinya dijadikan sbg egg wash)
85g air
84g water roux
22g unsalted butter
Water roux
25g tepung roti
125ml air
Filling
1 sudu kecil serbuk cinnamon
30g gula kasar
25g unsalted butter - dicairkan
Cara membuat doh roti
1. Gaul semua bahan kering di dlm mixing bowl.
2. Buat satu 'well' ditengah2 nya, tambah telur, air dan water roux. Knead the doh till smooth, lk 10 minit. Doh masih basah dan melekit.
3. Tambah butter dan knead lg hingga jadi elastic, lk 20-30 minit.
4. Pindahkan doh ke dlm mangkuk yg telah digris dgn butter/minyak. Tutup mangkuk dgn cling wrap. Biar ia naik lk 1 jam.
5. Gaul cinnamon powder dan gula, ketepikan 1 sudu kecil.
6. Tumbuk2 doh utk keluarkan angin, Roll doh hingga jadi rectangle lk 30cm X 25cm, 1/2 inci tebal.
7. Sapu permukaan doh dgn melted butter. Sprinkle campuran gula/cinnamon powder. Gulung doh menjadikan panjang roll 30cm. Pinch the edges to seal. potong menjadi 9 keping (lk3 inci setiap satu).
8. Susun kepingan doh di dlm tray 20cm. Tutup dgn kain basah/cling wrap selama 45 minit.
9. Sapu permukaan kepingan doh dgn egg wash (telur + air). Sprinkle baki campuran cinnamon powder dgn gula.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit.
Cara membuat water roux
1. Masukkan tepung roti ke dlm sauce pan diikuti dgn air. Gaul rata menggunakan hand whisk.
2. Panaskan atas api kecil hingga likat seakan-akan kanji.
3. Tutup api dan sejukkan.
* Sukatan di atas boleh menghasilkan lk 90g water roux.