Biasa makan ayam penyet di luar je. Kali ni Ummi cuba buat sendiri.
Resepi asal Ummi amik di sini
Ayam penyet..
Tahu dan tempe
Seredak..ni yg selalu berebut
9 ketul ayam
3 keping tahu - potong serong
1 keping tempe - potong 16
Bahan kisar
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 kiub ayam
Cara :
1. Kisar semua bahan dgn 1/4 cawan air
2. Ketepikan sedikit utk buat serdak/kremes. Selebihnya utk perap ayam, tahu dan tempe.
3. Perap ayam, simpan dlm fridge. Sebelum goreng, tabur tepung beras secukupnya dan goreng.
Bahan Sambal
2 cili merah
5 cili padi
1 biji tomato
1/2 sudu kecil belacan
1/4 sudu besar garam
1/4 sudu besar gula
1 biji limau kasturi
Cara : blend semua bahan.
Bahan serdak
1 biji telur
1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar tepung beras
Sedikit rempah perapan ayam
garam
Cara
1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
2. Panaskan minyak banyak dlm kuali.
3. Masukkan sesenduk bancuhan tepung ke dlm kuali dan kacau cepat2 supaya membentuk serdak.
4. Goreng hingga perang dan angkat menggunakan penapis/tos.
No comments:
Post a Comment