Assalamu'alaikum.
Orang Perlis sebut bihun goreng. Org Johor sebut x
pasti la mi saja kot. Ummi x tau camne buat mihun goreng yg sedap. Ummi masak
campak-campak je guna apa yg ada..yg pasti x letak ajinomoto/shio/secukup rasa
dan yg seangkatan dgnnya. Wbp Abah dan
anak2 suka.
Cara Ummi buat lebihkurang cam kat bwh ni.
Bahan kisar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10-15 tangkai cili kering – buang biji, rebus, buang air rebusan, cuci bersih dan toskan.
2-3 sudu besar udang kering – rendam air panas 10 minit,
toskan.
Bahan lain
1 paket mihun – rendam sekejap
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
½ cawan air
2 keping tahu – potong 9
2 pokok sawi – potong anggaran 1 inci
Taugeh sebakul – bakul yg kat pasar mlm/tani tu sebenarnya
2 genggam je..
Rencah – blh letak apa2 spt udang, daging, chicken
meatball, fishball, telur. Nak cepat letak daging burger je potong kecik2. Tp
elakkan dari mencampurkan makanan laut dan darat sebab..Luqman kena explain kat
adik2.
Cara
1. Guna kuali paling besar dan sudip paling panjang
di rumah kita..senang nak gaul.
2. Tumis bahan kisar. Masukkan semua sos. Tambah
sedikit air. Biar didih.
3. Masukkan rencah, batang sawi, dan tahu. Masukkan
telur, hancurkan.
4. Mihun potong 3, toskan, masukkan dlm kuali dan kacau
rata. Jika mihun tak lembut setelah air kering, tambah sedikit demi sedikit air
hingga mihun lembut.
5. Masukkan daun sawi, kacau rata.
6. Las kali sebelum tutup api, masukkan taugeh dan
kacau rata.
7. Masukkan dlm mangkuk besar. Nak bg nampak
menarik, taburkan daun bawang/sadri dan cili merah yg dihiris.
No comments:
Post a Comment