Friday, 8 June 2012

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Assalamu'alaikum.

Akhirnya..28 Mei 2012 Basyirah register matrik di K Pilah sbg laluan utk mencapai cita2nya.

Dgn semangat baru, beberapa strategi telah disusun dan akan dirombak mengikut kesesuaian di KMNS. Strategi yg pertama - deactivate akaun fb sepjg program matrik supaya dpt memberi fokus pd pelajaran..tahniah n tq menerima cadangan Ummi Abah. Nak bina network x semestinya hanya di fb je. Fb ada juga yg mengarutnya dan ada juga yg melalaikan. Terus pandang ke depan (matlamat kita), lupakan buat sementara gangguan kiri kanan kita. Amik makanan yg berkhasiat dan mengikut keperluan sahaja atau kismis, kurma, pistachio sbg kudapan. Amalkan minum air masak (sebaiknya air yasin atau sebarang ayat Quran..lg bagus kalau air zam2). Supplement spt neuro gain dsb.  Kurangkan aktif dlm koko supaya blh lebih fokus pd pelajaran. Yang penting jaga solat, jaga aurat. Elakkan stay up, tidur malam awal, bangun awal pagi supaya lebih fresh. Cara belajar yang baik dan cara utk score blh dapatkan dari kawan2 yg pandai. Kita hanya merancang, Allah Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Ingat semua pesan Ummi ya. Mungkin Ummi tidak sebaik atau sebagus ibu2 yg lain. Ummi bukan cikgu Maths Fiz Chem Bio yg blh ajar anak2. Ummi juga bukan motivator yg blh menyusun ayat utk memberi semangat kpd anak2. Ummi cuma seorang ibu yang hanya mampu berdoa dan akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak2 Ummi.

Semoga Basyirah beroleh kejayaan yg cemerlang dan mencapai cita2. Jaga diri baik2.

No comments:

Post a Comment