Abg Luqman mintak Ummi masukkan resepi dlm blog ni..senang nak rujuk bila2 nak buat nnt. Wp dapat hostel tp Abg Luqman decide utk tinggal di rumah sewa bersama rakan2 yang sehaluan. Ummi menghormati pilihan Abg Luqman memandangkan semua house-mate baik2 budaknya, sama course (blh blajar sama2) dan sama2 join program MMU.
Ummi bukan reti masak pun..kalau ikot ranking org yg seangkatan dgn Ummi, Ummi paling corot kot..tp anak2 kata sambal Ummi masak sedap..wp Ummi x ikot standard sambal tumis di South East Asia ni. Ummi kata pulak sambal arwah Atuk Muar paling sedap di dunia.
So Ummi buat kesimpulan semua orang akan merasakan masakan ibunya yg paling sedap..mungkin sbb dah biasa sejak kecik.
Bahan
5 senduk kecik cili kering kisar1 bawang besar - kisar
1/2 bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 mangkuk kecik ikan bilis - kisar
1 sudu kecik belacan - beli di Perlis
1 sudu besar asam jawa
1/2 mangkuk kecik air
udang/sotong/ikan bilis - kuantiti ikot suka
1 sudu kecik garam
1/2 sudu besar brown sugar
2 senduk kecik minyak
Cara
1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan bancuhan asam jawa, belacan dan air.
3. Masukkan brown sugar dan garam.
4. Masukkan udang/sotong/ikan bilis. Kalau sotong masak kejap je..kalau lama nnt dia liat.
5. Tutup api.
Sambal tumis ikan bilis. Lupa masukkan bawang besar hiris..kantoi.
Ubi kayu rebus..kegemaran org Johor, tp org utara kurang minat.
No comments:
Post a Comment