Sunday, 30 September 2012

Persediaan untuk buat makan2

Assalamu'alaikum.

Seronok kalau buat makan2 ni..bukan seronok sangat nak makan tp seronok dpt sembang dgn sedara mara atau berkenalan dgn kawan2 anak2. Sbg parents, Ummi Abah perlu kenal bes fren anak2 dan dgn sape anak2 berkawan. Pemantauan yg berterusan ni bukan untuk mengganggu privacy anak2 tapi utk tujuan keselamatan anak2 terutamanya di alam cyber.

Utk buat makan2 Ummi akan sediakan menu yg paling mudah.

Nasi putih, Sup tulang, Bbq ayam udang cocktail, Ulaman timun salad tomato, Sambal belacan, Kicap cili,  Black pepper sauce, Tiramisu, Kek beli, Buah oren, Sirap lemon.

Persediaan menu perlu seawal 7.00 pagi kalau nak makan2 lepas maghrib.
Tips :

Bil
Aktiviti
Masa
1
Gi pasar
7.00 am
2
Siang + bersihkan bahan
By 9.30 am
3
Rebus tulang
By 10.00 am
4
Sediakan bahan perap
5
Perap bahan bbq
6
Buat tiramisu
7
Sediakan semua peralatan spt pinggan mangkuk, sudu, senduk, alas meja, tisu dan susunan kerusi meja. Jangan lupe vakum lantai hall & dining.
5.00 pm / lepas asar
8
Beli ais dan air mineral
9
Buat black pepper sauce
10
Buat kicap cili
11
Buat sambal belacan
12
Masak nasi
6.00 pm
13
Sediakan ulam-ulaman
14
Potong kek beli, potong buah oren
15
Buat air sirap lemon
16
Sediakan peralatan utk bbq spt bbq set, arang dsb

17
Semua dah ada atas meja kecuali bbq..
By 7.00 pm
18
Cucuk skew & bakar membakar  - oleh tetamu ye...
Lepas maghrib


Kalau utk 30-40 org peralatan semua dah ada spt di bawah.

Cuma ruang utk makan2 perlu diguna seoptimum yg mungkin (dining, hall, ruang bbq di pergola, kerusi taman). Maklumlah rumah kita ni comel je..terpaksa la bersesak sikit.

So..anak2 kalau nak ajak kawan makan blh tiru tips ni. Kalau anak2 ada tips yg lg bagus kita share ye..sharing is caring..

Daging Masak Asam

Assalamu'alaikum.


 
Kegemaran Ummi dulu, kini, dan mungkin selamanya.

Cara yg Ummi amalkan spt di bawah.

Bahan
300 g daging lembu - rebus 20 minit guna pressure cooker
1/2 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 keping asam keping
sedikit garam

Cara
1. Masukkan semua bahan di atas dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.

Stew Daging

Assalamu'alaikum.


Kegemaran keluarga kita.
Cumanya Ummi jarang masak daging untuk jaga kesihatan.

Bahan
500 g daging - rebus 20 minit guna pressure cooker.
1 biji bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - hiris halus
1 sudu besar serbuk rempah sup
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji capsicum hijau/merah/kuning - blh campur ketiga2 warna
1 batang karot - potong dadu besar
2 biji kentang - potong dadu besar
1 batang celeri - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu besar
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn 1/2 cwan air


sedikit garam

Cara
1. Tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan daging, air rebusan daging, kentang, karot, serbuk rempah sup, dan lada hitam. Gaul rata dan masak hingga kentang lembut. Kalau air kering blh tambah 1 cawan air.
3. Masukkan celeri dan capsicum, gaul rata.
4. Masukkan tomato dan bawang besar, gaul rata.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam, gaul rata.
6. Tutup api. 

Cerita pasal potong dadu utk karot kentang ni sebenarnya subjektif. Jadi potong jelah ikut yg biasa kita buat. Sekian.



Saturday, 29 September 2012

Nur Amalina Mahadi

Assalamu'alaikum.

Happy Birthday Nina !

Dah 14 tahun manja Abah ni..x nak ke jadi manja Ummi..ke kena rasuah ipad baru blh jadi manja Ummi.. ummi x mampu nak bg ipad. Kalau mampu pun Ummi tak nak bg bukan sbb x sayang tp x nak manjakan anak2 dgn benda2 yg bukan keperluan.

Ummi rindu dgn wajah ceria anak Ummi yg suatu ketika dulu (masa di Putrajaya) sangat lincah, periang, sentiasa tersenyum, sentiasa +ve sehingga Ummi panggil 'kanak-kanak riang'. Sekarang dah x mcm dulu. Cikgu Norizan panggil Nina 'Gadis Melayu Sejati'. Nina telah menjadi seorang yg sangat matang dan sangat peka pada kebahagiaan keluarga kita. Tk Nina.

Sangat rapat dgn Anan. Masa sekolah rendah dulu sentiasa pimpin tgn Anan dan sentiasa ambil berat antara satu sama lain..hingga Anan pernah declare yg Nina merupakan kakaknya yg paling Anan sayang.

Ummi doakan agar Nina beroleh rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Ummi sayang nina...

Tuesday, 25 September 2012

Mi Seafood

Assalamu'alaikum.

Nina suka sangat mi ni sbb ada udang tapi Mursyid x suka sbb ada udang. Camne tu..
Nak masak 2 jenis mi yg berbeza x sempat. Jadi Ummi rotate menu setiap hari ikot favourite anak2 dan tak lupa yg penting favourite Abah. Resepi asal di sini.

Bahan
1 paket mi kuning - basuh bersih
3 ulas bawang putih - ketuk.
4 biji cili padi - ketuk
15 ekor udang saiz L - kupas kulit, ketepikan
2 ekor sotong saiz M - potong bulat
1 keping fish cake - hiris nipis
1 kelopak kobis panjang
2 inci karot - potong memanjang
2 kuntum bunga kobis
5 kuntum cendawan bulat
2 sudu sos tiram
sedikit lada sulah dan garam
2 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dalam secawan air masak

Cara
1. Kulit udang dibasuh bersih. Rebus sebentar dgn sedikit air. Blend halus.
2. Tumis bawang putih.
3. Masukkan udang, fish cake, cili padi dan sos tiram. Kacau rata.
4. Masukkan air dan air rebusan kulit udang. Biar didih.
5. Masukkan sayuran hingga bunga kobis lembut.
6. Masukkan mi, sotong dan bancuhan tepung jagung. Tutup api
7. Masukkan lada sulah dan garam (jika perlu). 

Tips :
1. Mi ni sedap dimakan masa panas.
2. Kulit udang sesuai untuk kurangkan kolesterol. Tapi lepas tu kena minum air masak banyak (info dapat dari kawan yg belajar Food Tech masa di u dulu).

Sunday, 23 September 2012

Choc Moist Cake

Sangat sedap.
Dah selalu sangat buat.
Kek
Bahan A
1/2 buku butter
1/2 cup air
1/2 cup cocoa powder
1 cup sugar
- Panaskan bahan A secara double boiling. Sentiasa kacau hingga butter cair, tutup api, kacau sekejap dan set aside.

Bahan B
1/2 cup flour
1 tsp soda bicarbonate
- Ayak.

Bahan C
1/2 cup susu cair
1 tsp cuka
- Campurkan..akan membeku.

Bahan D
1 telur
1/2 tsp salt
- pukul sedikit dgn garfu

Method
1. A+B = Z.
2. C+D = Y
3. Y+Z.
4. Tuang dlm tin kek. Kukus 45 minit.

Topeng
1. 2 sudu butter
2. 1/3 cup cocoa powder
3. 1/3 cup susu pekat
- masak semua secara double boiling.

Bila kek sejuk, tuangkan topeng atas kek. Tabur dgn choc rice.

Devil Food Choc Cake

Sangat sedap. Dah beberapa kali buat..untuk birthday anak2, utk buat makan2 di rumah
dan utk jamuan di ofis.
Anan pun dah reti buat sendiri. Resepi asal di sini.
Cake

1 cup all purpose flour - tepung biasa pun blh
1/4 cup cocoa powder
3/4 tsp soda bikarbonate
1/4 tsp salt
1/4 cup castor sugar
1/4 cup brown sugar
65 g butter
1 egg size L
1 tsp vanilla
1/4 cup buttermilk (1/4 cup fresh/evaporated milk + lime juice)
1/2 cup warm water
 
Methods
1. Panaskan oven 170C. Gris tin kek 7".
2. Sieve flour + cocoa powder + soda bikarbonate + salt. Set aside.
3. Zzzzt butter + sugars until light and fluffy. Add egg..zzzzt again.
4. Add dry ingredients (no 2) alternately with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions.
5. Add vanilla, continue to mix till well blended.
6. Bake for about 30 minutes or until just cooked.

Cream Cheese Frosting
250 g cream cheese (room temp)
125 g butter (room temp)
1 cup icing sugar - sifted
1 tsp vanilla
juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste

Zzzzt cream cheese + butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Choc Ganache
200 ml whipping cream
250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt

In a double boiler, warm double cream until just at boiling point (hingga nampak small bubbles di tepi periuk). Add chopped choc + salt, stir. When all chocolate is melted, tutup api and continue stirring until all well mixed. Biar sejuk.

Cool cake completely, spread the cream cheese frosting and pour cool ganache on top.

Saturday, 22 September 2012

BBQ

Assalamu'alaikum.
 
 

 

Sebelum ni Ummi dah cuba beberapa resepi utk bbq, tp resepi ni yg paling anak2 suka.
Resepi asal di sini. Cuma Ummi ubahsuai sikit ikut apa yg ada/nak abiskan stok.
Bahan
1 ekor ayam
1/2 labu bawang putih - goreng dgn sedikit minyak hingga keperangan
1 inci halia
5 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu besar black pepper - blend kering
1 sudu kecil daun kering (rosemary/mixed herbs/apa2 yg ada kecuali rumput kering) - blend kering
Cara
1. Ayam dibasuh bersih, toskan dan masukkan dlm besen putih.
2. Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Masukkan dlm ayam mangkuk ayam.
3. Masukkan kesemua bahan termasuk minyak goreng bawang putih.
4. Gaul rata, perap at least 2 jam. Biasanya kalau nak bakar mlm, Ummi perap pagi/tengahari. Org kata lagi lama perap lg sedap.

Resepi ni Ummi gunakan utk daging, lamb, cocktail dsbnya.

Tips:
1. Masa bakar, alaskan aluminium foil dan tutup dgn aluminium foil juga. Ini untuk mengelakkan ayam dari hangus di luar tp bhgn dalam x masak. Hasilnya ayam akan masak elok dan jadi juicy. Bila dah masak, buka aluminium foil dan bakar lg jap +- 10 minit dlm oven supaya ayam jadi garing diluar, juicy di dalam. Nampak cam susah kan, tp bila dah buat senang je.
Org yg kat atas tu main belasah je..jadi juga kan..kan..

Tiramisu

Assalamu'alaikum.

Dessert paling senang utk disediakan.



Bahan
200 g cream cheese
1/2 cup castor sugar
250 ml whipping cream
swiss roll secukupnya - potong nipis
1 sachet nescafe
1 cup warm water
cocoa powder secukupnya
Cara
1. Zzzzt cream cheese + sugar hingga kembang.
2. Tambah whipping cream, zzzzt..jap je. Set aside.
3. Bancuh nescafe dlm warm water. Set aside.
4. Susun 1 layer swiss roll dlm bekas/mangkuk.
5. Basahkan swiss roll dgn 1/2 cawan air nesc.
6. Letak 1 layer campuran cream cheese.
7. Taburkan cocoa powder.
8. Ulangi step 4-7.
9. Simpan dlm fridge >= 5 jam.
10. Boleh hiaskan dgn strawberi/choc flakes dsb ikot kretiviti masing.

Tips :
1. Swiss roll blh diganti dgn ladies finger (bukan bendi ya)
2. Campuran cream cheese blh juga dicampur 2 biji telur putih. Caranya, Zzzzt telur putih dan gula hingga bertanduk, Masukkan cream cheese hingga kembang, kemudian masukkan whipping cream. Boleh juga dicampur dgn lemon zest..anak2 suka wp x pernah dibuat org.
3. Blh juga gantikan nescafe dgn neslo, dan gantikan cocoa powder dgn milo ikot citarasa masing2.

Monday, 17 September 2012

Program Institusi Usrah MMU vs Jamuan Raya Marakech Fasa II

Institusi Usrah MMU mengadakan program di rumah. Tkh dah booking awal. Jamuan Raya Marakech pun tkh yg sama. Lepas fikir 1 1/2 kali..mesti raikan tetamu. Wbp g juga jamuan raya Marakech kol 9:30..org ramai dah balik.  

Oleh sebab kawan2 Abg Luqman ada yg asyik amik gambar guna kamera canggih, Ummi pun x segan2 menunjukkan ke'terror'an Ummi amik gambar ..guna fon je.

Tq sume sudi dtg rumah kami dan juga kerjasama sume membakar, menghidang, basuh pinggan, mengemas dll esp housemate Luqman (Shamsul, Amir, Faiz)..tk diatas keprihatinan sume.


 
Kreatif & inovatif


Disusun oleh adik2 foundation

Dihias oleh Anan


 


 

Kunjungan saudara mara n sahabat handai

1st tetamu : kawan2 Anan..I-na, D-ba, Eznisya, Saidatul Nafisa, Maryam. X sempat jamu Laksa Johor..cuma ada kuih raya yg x seberapa. Then kawan2 K Syira..Nisa, Khairunisa, Farhana, Zira, P-nat, E-1, Azri. Sempat jamu Laksa Johor. Tq sume sudi dtg rumah kami.

Antara kunjungan yg sempat diambil gambar..

Mokde, K Ayu, K Win, Abg Azam bersama cucu2 sedare Ummi..nak nanges kena panggil atuk..huhu.
Sempat jamu Mi Bandung je.

  
Mak Ilah, Busu Apis n keluarga
Bbq..anak2 dara rewang (kata org Johor) n membakar


Khusyuknyer anak2 Ummi yg solehah tu..
Lebih seronok membakar dari makan..

Prepared by Hannan





Balik Perlis

Beraya di Melaka, Muar dan Batu Pahat

Beraya diMelaka, Muar dan Batu Pahat

 
Lepak kepenatan di rumah Pak Tan..mcm le kena kacau dodol mlm tadi.. 
 
 Manja Abah ni menyelit jer kat Abah..jeles Ummi.

Pak Tan bawak gi dusun nya. Ummi panggil dusun dlm taman. Caye la Pak Tan .. blh jadi arkitek landskap..all rounder.. Dulu Ummi pun cita2 nak jadi arkitek sejak darjah 4 lg.. last minute masa nak hantar borang decide utk amik Sc Comp sbb Ummi rasa yg Ummi tak sesuai utk jadi arkitek. Antara ramai2 anak Ummi sape agaknya yg blh menyambung cita2 Ummi tu..

 
 
  
Dah pandai posing baby Ummi ni..belajar dari k Syira la tu..
Dengan baju raya siap sampin lg g jolok duku.

Beraya di rumah Mokde

 Gambar kenangan
 
Taufiq - tunjuk duit raya dlm poket..
 
 Senyuman manis dari Mursyid dapat duit raya..lepas ni turn Nina.
Abg Luqman yg hensem pun dpt juga.
 
Bila la nak sampai turn Anan..yg lain sume dah dpt.

Beraya di rumah Mak Andak 

Oleh sbb dah mlm, lupa lak nak amik gambar. Bertolak dari Batu Pahat kol 11 mlm. Hampir kol 2 pg baru sampai Nilai. Esoknya nak balik Perlis lak..hebat Abah kita ni..eh, Abah anak2.

Selesai hari raya pertama..seronok tak terkira dpt mkn ketupat nasi, lodeh, sambal kacang, ayam masak merah, kari ayam, serunding kelapa, serunding daging, ungkep, ayam masak kicap, rendang hati, rendang ayam, sambal goreng jawa. Dah 6 tahun berturut tak merasa suasana ni..alhamdulillah berat masih maintain. Cam ni la kalau raya pertama di Johor..mkn dari pg sampai ke mlm. Kalau pergi beraya tak sah kalau x di jamu ketupat n all lauk-pauk raya. Sendiri kena ingat apa yg diambil dan risikonya. Sbb tu kena cepat2 ganti puasa dan puasa 6 utk menurunkan balik kolesterol. 

Hidangan Hari Raya

Tak berapa menjadi la pulak masak kali ni..takpe, kenyang juga alhamdulillah.

Beratur..maklumlah 9 org sume dpt duduk sekali..alhamdulillah. 
Ketupat nasi..kenapa warna coklat ek ?
 Sambal kacang..agak kering
 Rendang daging
 Ayam masak sambal..kering
 Lodeh..kurang kuah
 Sambal goreng..terlebih kicap
Tiramisu..perfect..baby Ummi buat, tahniah Anan !

Pagi raya yang hening..

 Keluarga bahagia..ameen

Ummi & Abah
 Abg Luqman & K Syira
 Daya, Taufiq & Mursyid
Nina & Anan