Saturday, 19 October 2013

Nasi Arab

Assalamu'alaikum.

Sempena Raya Haji murah rezeki..dapat banyak daging korban.
Oleh sebab fridge penuh, Ummi masak makanan yg berasaskan daging. Kali ni Ummi masak nasi arab versi simple tp sedap. Ummi akan terus gunakan resepi ni bila nak buat nasi arab.

Yg lain dah balik hostel kecuali Abg Luqman dan K Syira..so ada 5 org di rumah.
Sukatan di bawah ni cukup2 utk 5 orang makan..cuma daging je yg ada lebih banyak.

Satu lagi, Ummi tak bubuh pewarna kuning pada nasi. Kalau nak bagi warna, letak sedikit serbuk kunyit. Ada org letak zafron tp Ummi tak tau mana nak cari zafron.

<gambar nasi>
Nasi ni Ummi tak letak pewarna/serbuk kunyit. That's why nampak pucat je. Tapi Abah, Abg Luqman dan Nina kata sedap n terbaek .. 6 thumbs naik atas!

Nasi (5 org makan)
1 cawan beras beriani - rendam 30 minit, toskan.
1 1/2 cawan air rebusan daging *
3 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
3 cengkih
3 buah pelaga
1 biji lemon zest
1 sudu besar minyak sapi
sedikit serbuk kunyit zafron/pewarna kuning 
(Kalau utk 9 org Ummi akan gandakan beras je. Yg lain semua sama)
Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cengkih dan pelaga.
2. Masukkan beras, lemon zest, gaul rata.
3. Pindahkan beras ke dlm rice cooker.
4. Tambah air rebusan daging dan daun ketumbar ke dlm rice cooker, masak seperti biasa.
5. Apabila telah masak, letakkan sedikit serbuk kunyit (ikut kreativiti masing2) nak bg warna sikit kt nasi.
* Air Rebusan daging
1 kg daging
2 inci halia
1/2 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun bay
air
sedikit garam
(Boleh gantikan daging dgn ayam)
Cara
1. Masukkan semua bahan ke dlm pressure cooker, tutup rapat, pastikan penunjuk pada no 3 (daging/tulang), hidupkan api.
2. Apabila bunyi berdesir, kecilkan api, biar 15 minit baru tutup api.
3. Masukkan periuk ke dlm sink, lalukan air paip atas pressure cooker supaya tekanan cepat keluar, baru buka penutup cooker.
4. Ketepikan daging utk buat beef hanith. Ambil 1 1/2 cawan sup utk masak nasi, manakala lebihnya blh makan dgn nasi.

Beef Hanith (9 org makan)
Daging yg telah direbus tadi
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
sedikit garam
Cara
1. Perap daging dgn bahan perapan selama 30 minit.
2. Lapiskan aluminium foil dlm loyang, masukkan daging, air rebusan daging ke dlm loyang.
3. Balut daging dengan aluminium foil.
4. Bakar pada suhu 200 celcius selama 1 jam.

Salata Hara (5 org makan)
1/2 biji tomato
1/4 biji bawang besar saiz S
1 cili merah saiz S
2 cili api
sedikit daun ketumbar
garam
jus lemon
Cara
1. Blend kasar semua bahan.

* Ummi juga kadang2 gantikan salata hara dgn di bawah ni :

(9 org makan)
1 batang timun - dadu
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang merah saiz - dadu
sedikit daun ketumbar - cincang halus
garam
jus lemon
Cara : gaul semua bahan di atas.

Friday, 18 October 2013

Baked Macaroni

Assalamu'alaikum.

baked macaroni

Resepi asal Ummi dapat dari sini. Tapi Ummi guna je apa yg ada di rumah.

Bahan
2 cawan macaroni - didihkan air dlm periuk, masukkan macaroni bersama garam dan olive oil
400g ayam kisar
3 ulas bawang putih - cincang
1 botol sos pasta
cendawan shitake - hiris
celeri - dadu
cheese mozarella
garam dan pepper
sedikit minyak jagung

Cara :
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam kisar hingga separuh masak.
3. Masukkan sos pasta, gaul rata.
4. Masukkan celeri, cendawan, garam dan pepper, gaul rata. Ketepikan.
5. Masukkan macaroni dlm loyang/mangkuk tahan panas.
6. Masukkan sos ayam tadi ke dlm loyang, gaul rata.Tekan2 permukaan atasnya.
7. Tabur mozarella cheese.
8. Bakar pada suhu 200 celcius selama 25 minit.

** Sedap dimakan semasa masih panas.
     Ummi lebih suka jika guna daging kisar instead of ayam kisar.

Agar-agar santan

Assalamu'alaikum.


<gambar>
Agar-agar ni Ummi guna 20 helai daun pandan je.. tu yg nampak pucat.

Dulu masa anak2 kecik, Ummi paling selalu buat agar2 santan. Kadang2 agar2 milo..sebab cuma ni je yg Ummi tau buat isk..isk.. huwaa. Selain tu yg Ummi reti cekodok, kek biasa/marble, biskut cornflake/kelapa, tat nenas. Yg lain2 sume tak reti. Nak buat lempeng, asam pedas dan kari kegemaran Abah pun tak reti..sian Ummi kann. Alhamdulillah dgn adanya internet, sekarang Ummi dah boleh buat lempeng, dll. Alhamdulillah anak2 sumenya dh blh masak. Ummi buat blog ni pun sebab utk rujukan anak2 juga. Mudah2an ianya berguna bila anak2 jauh dari Ummi.


Bahan
20g agar-agar
2 cawan air
2 cawan santan
11 sudu gula
30 helai atau lebih daun pandan - blend dgn 2 cawan air, tapis, ambil air pandan.

Cara
1. Masukkan agar2, air pandan dan air ke dlm periuk, masak hingga mendidih dan agar2 hancur. Tapis ke dlm periuk lain.
2. Tambah santan dan gula, masak hingga mendidih.
3. Tuangkan ke dalam caserole/bekas yang sesuai. Sejukkan.
4. Bila dah sejuk, masukkan dlm fridge utk lebih sejuk.

Chocolate Chip

Assalamu'alaikum.

Cookies ni sentiasa mendapat tempat no 1 dlm famili kita .. bukan famili kita je..org yg datang pun mesti akan cakap sedap. Ada yg tanya lagi kalau jual nak order.

Rupanya memang x cantik macam biskut raya yg lain tp setiap kali raya ni lah yg laku selain dari kerepek.

Cara menyediakannya sangat senang. Anan dah pandai buat sendiri masa darjah 5 lagi (tanpa pengawasan). Anak buncu Ummi ni nampak je manja tp all rounder.. Nampaknya tahun ni x dpt la Anan buat choc chip sebab dah tinggal di hostel. Tak pe balik cuti sebelum raya nnt boleh buat biskut yg lain pulak.

 Adunan asal

 Saiz sebesar 1/2 sudu kecil

 Menunggu giliran utk dibakar

Alhamdulillah..

Bahan
250g butter
1 cawan brown sugar
1 cawan castor sugar
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan oat - kisar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cawan almond nibs
1 cawan chocolate chips

Cara
1. Gaul rata tepung gandum/jagung, baking powder, soda bikarbonat, garam dan oat. Ketepikan.
2. Pukul butter, brown dan castor sugar - tak perlu hingga kembang
3. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul lagi
4. Masukkan campuran tepung, gaul rata
5. Masukkan almond dan choc chip, gaul rata menggunakan spatula.
6. Sudukan ke dalam loyang yg telah dialaskan dgn baking sheet.
7. Bakar menggunakan suhu 175 Celcius selama 15 minit menggunakan api atas bawah.

* Suhu oven dan tempoh masa bakar bergantung kepada jenis oven. Utk oven kita, setelah beberapa experimen Ummi decide utk guna suhu dan tempoh masa seperti di atas.   

Carrot Cupcake

Assalamu'alaikum.

Rasanya cuma Anan dgn Ummi je yg suka kek ni. Takpe, kalau Ummi teringin nak buat blh bagi kt jiran sebelah or bawak g ofis..dpt pahala.  

Pertama kali buat Ummi amik resepi dari sini. 
Kali ke-2 dan ke-3 Ummi amik dari sini.

Cumanya biasalah Ummi ubahsuai sikit, masukkan dalam paper cup..jadi Carrot Cupcake.
Selepas 3 kali percubaan, Ummi akan gunakan resepi di bawah bila nak buat kek carrot ni.


 Buat kali ke-3. Anan decorate.
Gula dlm topping 1 cawan lebih, manis.

Buat kali ke-2.
Gula dlm topping hanya 2 sudu shj, nampak cantik berkilat tp tak manis.


Bahan
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
1 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
3/4 cawan gula perang lembut
3/4 cawan minyak jagung
2 biji telur gred A
1 cawan karot parut yg telah diperah airnya
1/2 cawan kelapa parut kering
1/4 cawan walnut cincang
3/4 cawan nenas cincang yg telah ditos airnya
(Dapat 16 biji cupcake)

Cara 
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Guna api bawah sahaja.
2. Campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat,garam halus dan serbuk kulit kayu manis dan gaul rata menggunakan whisk kemudian ayak. Ketepikan.
3. Pukul minyak jagung, telur dan gula perang hingga sebati menggunakan mixer.
4. Masukkan karot, kelapa, walnut dan nenas. Gaul rata menggunakan spatula/whisk.
5. Masukkan bater ke dlm paper cup hingga 3/4 penuh.
6. Bakar selama 20 minit.

Topping
200 g cream cheese
50 g butter
1 cawan icing sugar
Cara
1. Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan icing sugar dan pukul lagi.

* Masa bakar guna api bawah sahaja. Kalau guna api atas dan bawah, kek akan naik masa dlm oven kemudian akan turun bila dah sejuk.

Sunday, 13 October 2013

Mihun putih

Assalamu'alaikum.


Abang Luqman dan Daya suka sangat mihun ni. Resepi asal dari sini, namanya mihun Singapore.
Tapi Ummi ubahsuai sikit..dah tak jadi mihun Singapore lg.

Bahan
1 paket mihun - rendam sebentar, tos
1 labu bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
2 biji tomato - dadu
2 keping isi ayam - dadu
2 ekor sotong
1 cawan udang
1 paket fishball
1 batang karot - parut kasar
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
2 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
garam

Cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan tomato, gaul rata.
3. Masukkan isi ayam, gaul hingga ayam masak.
4. Masukkan lada hitam, lada sulah, sos tiram dan kicap, gaul rata.
5. Masukkan fishball, udang dan sotong, gaul rata.
6. Masukkan karot, cili merah dan cili hijau, gaul rata.
7. Masukkan mihun dan 2 cawan air masak. Gaul hingga mihun lembut. Jika tak lembut, tambah air.

Nasi cendawan

Assalamu'alaikum.


Nasi ni Ummi masak tengahari tadi, bersama ayam bakar, salad dan sos black pepper. Nampak cam gabungan yg tak berapa kena tapi bila dah kumpul ramai2, habis licin.. Ayam bakar Ummi ikut resepi di sini tapi Ummi tambah karot, kentang dan bawang Holland. Bakar dlm oven je. Kentang Ummi rebus dulu dlm pressure cooker, bila dah berdesir, biar 10 minit terus tutup api. 

 Ayam bakar..lebih elok kalau biarkan dlm oven hingga garing.



Bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit, toskan
3 cawan air
100g cendawan - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris
2 kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 biji buah pala - tumbuk
2 sudu besar ketumbar biji - kisar halus
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - cincang
sedikit serbuk kunyit, garam
daun ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
Cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pala.
hingga wangi.
2. Masukkan serbuk ketumbar, gaul.
3. Masukkan cili dan tomato, gaul.
3. Masukkan cendawan, gaul.
3. Masukkan beras, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata. Tutup api.
4. Pindahkan campuran beras ke dlm rice cooker, masukkan air,  daun ketumbar, masak seperti biasa. 

Omelette

Assalamu'alaikum.


Pagi2 kalau tak sempat buat breakfast sebelum g kerja, ni lah yg paling sesuai. Cepat tapi sedap.
Utk gambar di atas, Ummi guna resepi di bawah.

Bahan
2 biji telur
1 hiris bawang holland
2 hiris capsicum hijau
1 cendawan shitake
1 hiris tomato
2 cocktail sosej mushroom
sedikit garam, lada sulah, lada hitam
sedikit majerin

Cara
1. Potong dadu bawang holland, capsicum, cendawan, tomato dan sosej, masukkan dlm mangkuk.
2. Masukkan telur, garam, lada sulah dan lada hitam. Kemudian pukul sedikit.
3. Lenserkan frying pan saiz 4 inci dgn majerin. Panaskan guna api kecil.
4. Masukkan 1 senduk campuran telur ke dlm pan, biar bhgn bawah agak keperangan.
5. Balikkan, hingga agak perang.
6. Siap utk dimakan bersama cili/tomato sos.

Utk sayur blh je nak letak trafic light capsicum dll.
Blh juga masukkan sesudu dua whipping cream.

Pisang Goreng

Assalamu'alaikum.




Pisang goreng ni memang kegemaran kita sekeluarga. Ummi paling suka pisang tanduk. Biasanya beli di gerai belakang sekolah SMKKKLIA..tapi sekarang gerainya dah pindah ke jalan menghala ke Enstek. Ni goreng pisang terbaik Ummi pernah makan di Nilai. Pisang goreng paling sedap Ummi pernah makan di hadapan UiTM Puncak Alam..selalu beli kalau ziarah Abg Luqman di KUSESS dulu. Tapi sekarang gerai tu dah tiada, mungkin pindah ke tempat lain.

Bahan
200 ml air
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara
1. Masukkan semua bahan ke dlm blender mengikut turutan di atas.
2. Blend hingga halus, tuangkan dlm mangkuk.
3. Celup pisang dlm batter, goreng dlm minyak panas.