Saturday, 1 March 2014

Garlic Bun Ver 1

Assalamu'alaikum.

Garlic bread ni memang kegemaran kita sekeluarga. Biasanya kita guna roti gardenia je, sapu dgn butter yg dicampur dgn garlic cincang/tumbuk, bakar dlm oven. Tak pun mkn di Pizza Hut je. Tp kali ni Ummi buat sendiri. Ambek masa 3 jam yuuu nak membuatnya tp hasilnya sangat2 berbaloi. Ummi buat 1 adunan je agak2 dpt sorang satu. Syira kata kena buat 2 adunan. Seronok rasa kalau masak anak2 suka..rasa cam nak buat lg je.

 Terlupa lak nak letak daun kering (parsley)

Nampak cam keras..tp rangup di luar lembut di dalam..

 Syira kata ni garlic bread paling sedap Syira pernah mkn..
..ehem ehem suke nye Ummi..

Walaupun x letak water roux atau bread improver tp sangat lembut

Resepi asal Ummi amik di sini. Tq owner of the blog. Jom tengok resepi.

Bahan
150g tepung high protein (tepung roti)
50g tepung kek
15g castor sugar
1/4 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik instant yeast
130g fresh milk
15g butter

Filling
30g butter
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil dried parsley

Cara buat filling
1. Gaul semua bahan, ketepikan.

Cara buat garlic bun
1. Masukkan fresh milk dlm mix bowl, diikuti dgn semua bhn kering kecuali butter.
2. Uli selama 10 minit, masukkan butter dan sambung uli selama 20 minit.
3. Bulatkan doh di dlm mix bowl, sapu sedikit butter, tutup menggunakan cling wrap. Biar proofing selama 1 jam 20 minit.
4. Bahagikan doh kpd 6 atau 8 bhgn. Bulatkan setiap satu. Susun dlm sulang pembakar. Tutup dgn cling wrap. Biar selama 15 minit.
5. Ambil satu doh, leperkan menggunakan penggelek sehingga menjadi seakan2 sekeping disk. Gulung, seal hujung dan susun dlm dulang pembakar. buat hingga habis kesemua 6/8 doh. Tutup dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.
6. Sapu roti dgn egg wash. Slit bhgn atas doh, letakkan filling.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15-20 minit.

** Sedap dimakan semasa panas.


No comments:

Post a Comment