Tuesday, 27 December 2011

Nasi Arab

Assalamu'alaikum.
Resepi Ummi dapat dari ziezaa, ex-schoolmate. Tk Zieza.
Cumanya Ummi ubahsuai sikit ikut citarasa sendiri & ikut stok yg ada di dapur.

Resepi Nasi Arab

Bahan
0.5 kg lamb
3 pot beras basmathi ~ dibasuh & direndam at least 30 minit
sedikit minyak masak & minyak sapi
3 buah pelaga
2 bunga cengkih
1 kayu manis
5 bawang merah }
3 ulas bawang putih } potong dadu
1 bjiji tomato }
1 biji capsicum merah }
1 tbsp rempah kabsa
1 biji lemon zest } parutan kulit luar
1 biji lime zest }
1 batang lobak merah - parut kasar2
sedikit serbuk lada hitam
garam
Cara
1. Rebus lamb guna pressure cooker (pc). Bila bunyi berdesir, biarkan lagi selama 20 minit.
    Tutup api. Pindahkan pc ke dlm sink dan lalukan air paip pada pc supaya tekanan dlm   
    periuk cepat keluar. Ketepikan. (air rebusan utk masak nasi, lamb utk buat dalca).
2. Panaskan minyak masak & minyak sapi dlm kuali.
3. Tumis bawang merah & bawang putih  hingga wangi .
4. Masukkan kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga, goreng hingga naik bau. 5.Masukkan rempah kabsa, tomato dan carrot, gaul rata .
6. Masukkan parutan lemon & limau nipis dan sedikit garam, gaul rata.

7. Masukkan beras, gaul rata. Tutup api.
8. Pindahkan semua kandungan kuali ke dlm rice cooker. Tambah air. Sukatan air adalah 4  
    cawan termasuk air rebusan lamb. Biar hingga masak.
9. Bila nasi dah masak, taburkan capsicum merah, gaul rata menggunakan chopstick.
    Biar warm.
Rempah kabsa
1 sudu kecil pelaga
1 sudu kecil black pepper
1 sudu kecil jintan manis

**Kisar semua hingga halus.
Sedap hingga bertambah. Makan pulak dgn dalca, salad dan ayam goreng berempah/bakar/sambal.
Cubaan yg pertama ....

<gambar under construction>
Salad pulak Ummi buat cam yg kat bawah ni :
Salad
1 batang timun - buang kulit & empulur, potong dadu. Empulur jgn buang, Ummi mkn saja.
1 biji tomato - potong dadu
sedikit cincangan daun ketumbar
sehiris lemon - ambil jus
sedikit garam
Cara
1. Gaul rata semuanya.

Mashed Potato & Black Pepper Sauce

Assalamu'alaikum.

Anak2 sangat suka. Setelah google, Ummi berkenan pd resepi dari potret kasih. Tk Wana. Cuma Ummi adela ubahsuai sikit ikut citarasa Ummi. Resepi yg diubahsuai tu spt di bawah :


Mashed Potato
Bahan :
6 biji Russet Potatoes
1 sudu kecil butter
1/2 cawan fresh milk
sedikit lada sulah & garam

Cara :
1. Kupas kentang, potong 8, masukkan dlm periuk. Tambah air sama paras dgn
    kentang. rebus hingga air agak kering sedikit.
2. Lenyek kentang menggunakan pelenyek kentang spt dlm gambar di bawah.
3. Tambah butter, lada sulah, garam dan fresh milk dan gaul rata.
4. Sedia utk dimakan.

 Masukkan kentang dlm bekas berlubang tu..
 Tutup bekas berlubang dgn penutup di sebelah kiri..
Tangkupkan dan terus lenyek kentang.

Alat ni boleh juga digunakan utk lenyek pisang dan utk buat biskut sarang semut.

Black Pepper Sauce

Resepi ni Ummi amik dari potretkasih juga, cuma Ummi ubahsuai sikit.

Tk Wana..banyak Wana dpt pahala. Semoga Wana dimurahkan rezeki dan beroleh anak2 yg soleh & solehah.

Bahan :
2 bawang besar - dadu
2 sudu besar butter
4 sudu besar tepung gandum
1 liter air
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar lada hitam - blend halus
1 kiub ayam
sedikit garam
Hirisan cendawan shitake segar

Cara :
1. Tumis bawang besar menggunakan butter.
2. Masukkan tepung gandum hingga keperangan.
3. Masukkan air, sos tiram, sos tomato, kicap, lada hitam, kiub ayam, dan garam hingga mendidih. 
4. Sejukkan dan blend kesemuanya hingga halus.
5. Masukkan bahan blend dan cincangan cendawan ke dlm periuk, masak lagi hingga mendidih.
6. Jika sauce tak pekat, masukkan tepung jagung yg telah dilarutkan dlm air. Kacau rata. Tutup api.

Cuti 26 Dis 2011

Assalamu'alaikum.

Pagi kita buat 5S utk drawer di kitchen cabinet.
Abah mengemas bilik bawah. Dulu ni bilik Bibik, tp bila Bibik tak tak kerja sini lg,
bilik tu jadi staging room utk kain baju yg baru angkat dari ampaian.

Tengahari Abah request for salad utk lunch. So Ummi buat sekali mashed potato dan black pepper sauce.

Petang kita hang out di Bangi dan Alamanda..selesai sudah brg2 sekolah anak-anak. Tinggal kain Pengawas Nina dan seluar PBSM Daya je yg belum disiapkan oleh tailor. Sebelum balik sempat singgah d rumah Abg Luqman antar baju.

Selesai sudah percutian 3 hari yg sungguh bermakna ni..alhamdulillah Ummi dpt menghabiskan masa berkualiti bersama Abah & anak2. Sesungguhnya Ummi sentiasa berharap agar kita dapat sentiasa bersama. Wbp Ummi juga mempunyai tanggungjawab terhadap tugasan Ummi di ofis. Maaf Ummi terpaksa sering meninggalkan anak, wbp Ummi sentiasa berdoa agar anak2 selamat dan beroleh kejayaan di dunia & akhirat. Family kita sentiasa no 1 di hati Ummi.

Cuti 25 Dis 2011

Assalamu'alaikum.

Oleh sbb makanan semalam byk lebih, so pagi ni kita breakfast apa yg ada.

Wp lebih semalam, K Syira ni breakfast paling best.
Ada Nasi Arab, daging & udang bakar, black pepper sauce, buah tembikai & oren, Devil Food Choc Cake dan air teh O.

Alhamdulillah semuanya licin..tak membazir.
Lepas tu kita settle kan mana2 yg tak settle mlm semalam.
Buat 5S juga pada bekas sayur. Inilah hasilnya..
Ni gimik jer..sebenarnya atas sayur yg berwarna-warni tu ada sawi, daun kesum, daun ketumbar, kobis, daun sup dan kacang pjg.

Petang kita gi Ikea pekena karipap dan beli barang keperluan sikit.
Antara brg yg dibeli adalah pelenyek kentang/pisang, pengasah pisau dan bekas plastik utk buat adunan cekodok kegemaran kita sekeluarga.

BBQ Hujung Tahun

Assalamu'alaikum.

BBQ merupakan salah satu KPI bg keluarga kita. Alhamdulillah kita dapat mencapainya 100% iaitu pd 24 Dis 2011. Kali ni Taufiq volunteer utk sponsor separuh sempena kejayaannya dlm PMR..tahniah Taufiq. Taufiq jemput kawan rapatnya Luqman, Nazirul, dll. Abg Luqman pun jemput kawan2nya Shamsul, Zakuan, Faiz dan .

Abah sediakan semua peralatan dan kemudahan utk gril. Ummi buat Nasi Arab, Daya buat Dalca. Nina & Anan buat 2 Devil Food Choc Cake, Nina buat cheese frosting, Basyirah buat choc ganache & decorate d 1st cake. 2nd cake Ummi decorate. Ummi buat air sirap lemon, Basyirah potong buah tembikai & oren. Ummi buat sos perap utk ayam dan daging, Anan buat utk udang dan cocktail. Ada kerang juga. Ummi buat black pepper sauce.


Daging & kerang tak sempat bakar sbb semuanya dah kenyang, so Ummi simpan je utk esoknya.

Alhamdulillah dgn kerjasam kita sekeluarga, semuanya berjalan lancar.

Inilah hasilnya..
Taufiq dan kawan2nya..K Syira leka melayan adik2 junior masa di SMKKKLIA.
2nd cake..Oleh sbb choc ganache dah tinggal sikit, Ummi pun cover bahagian tepi kek yg takde choc tu dgn strawberi..ok jugak le tu..

Menu lain lupa nak amik gambar.

Cuti 3 Hari

Cuti 3 hari (Sabtu-Isnin) Ummi habiskan sepenuhnya utk bersama keluarga.

Sabtu - bbq hujung tahun
Ahad - hang out di Ikea
Isnin - pagi aktiviti 5S, petang hang out di Bangi & Alamanda.

Cuti 3 hari ni sangat menggembirakan bagi Ummi .. dan anak2.

Cerita seterusnya..next entry.

Friday, 16 December 2011

Mi Kari

Assalamu'alaikum.

1st time Ummi buat mi kari..tu pun guna yg instant punya beli dari ofis mate lama.



































Bahan :
1 paket paste mi kari
5 biji bawang merah - chop
2 ulas bawang putih - chop
2 sudu besar cili blend
air
1/2 cawan santan
3 ketul dada ayam - rebus, ayam disiat2
1 paket tahu - kerat 2
8 biji chicken meatball - belah 2
2 genggam taugeh- basuh bersih
sepokok daun sup - hiris
sepokok daun bawang - hiris
sebiji cili - hiris
bawang goreng

Cara :
1. Tumis bawang merah/putih hingga naik minyak.
2. Masukkan cili blend hingga naik minyak.
3. Masukkan paste mi kari hingga naik minyak.
4. Tambah air dan air rebusan ayam hingga didih.
5. Masukkan tahu, dan chicken meatball.
6. Masukkan ayam siat dan santan

** Taugeh, daun bawang/sup, cili merah & bawang goreng cuma aksesori je..nak bg presentation nampak menarik.




Thursday, 15 December 2011

Sup Tulang...

Hujung minggu lepas Ummi masak sup tulang..mkn dgn mihun dan roti keras yg Ummi buat sendiri. Cara Ummi buat senang jer..

Bahan :
2 kg tulang rusuk lembu - gaul dgn tepung kemudian cuci bersih
2 inci halia - ketuk
2 paket rempah sup adabi
1 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
1 sudu kecil lada hitan - tumbuk
3 biji kentang - belah 4
garam

Cara :
1. Masukkan tulang, sup bunjut, halia dan air ke dlm pressure cooker (pc). Air agak2 sama paras dgn tulang atau kurang. Tutup rapat, masak hingga bunyi berdesir, biar selama 30 minit lg. Masukkan pc ke dlm sink, lalukan air paip. Bila tekanan dlm pc dah tiada, baru buka penutup pc.
2. Tambah air dlm pc mengikut jumlah yg dikehendaki. Panaskan semula atas api (tanpa menutup pc). Masukkan kentang & lada hitam.
3. Tumis bawang besar, bawang putih & rempah dari paket sup tulang Adabi, masukkan kedlm pc. Masukkan batang celery, Biar didih dan kentang empuk. Tambah garam.




Taraa....ni baru siap 70%.
Berlinang minyak atas sup tu.













Kaut keluar minyak atas permukaan sup tu.














Minyak tadi Ummi masukkan dlm periuk kecik.










Menjelang petang minyak tadi dah beku..













Menjelang malam, minyak tadi dah beku sepenuhnya.. macam sabun.
Bayangkan kalau lapisan minyak tadi tak dikeluarkan, maka inilah yg dimakannya.. x rela you..






So, anak2 kalau nak makan sup tulang/ekor/gearbox di luar..fikir 8 kali sebelum order.






















Happy Birthday Abah..

Assalamu'alaikum.
1 Dis 2011 birthday Abah yg ke-47. Alhamdulillah  hingga kini Abah sihat walafiat.
Sempena birthday Abah, Nina & Anan buatkan Devil Food Choc Cake, Ummi decorate kek tu.



























letak strawberi






Abah punye















Ummi punye yg banyak cheese

Asam Pedas Ikan Mayong

Assalamu'alaikum.

Hujung minggu baru2 ni Abah beli ikan mayong.
Dgn susah payah Abah ketuk kepala ikan tu sampai pecah alas pemotong.
Mengenangkan usaha Abah yg tak pernah putus asa sampai putus kepala ikan tu, ummi pun masak la asam pedas. Puas google di internet tp at last Ummi decide utk ikot style Atok Muar. Cuma kuantiti bahannya agak2 je. Kita sekeluarga makan tak toleh kiri kanan. Kalau mertua lalu belakang pun tak prasan sbb lalu di belakang..kalau lalu depan nampak la. Anak2 bg 5 star. Kalau anak2 nak try blh ikot cara ni :

Bahan-bahan
1 kepala ikan mayong + 2 keping badan ikan mayong (saiz L) - perap dgn asam, garam dan tepung 20 minit
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia- kisar
1/2 inci kunyit hidup - kisar
2 senduk kecil cili blend
1 sudu kecil belacan
1 kole kecik air
1 sudu besar asam jawa - bancuh dalam 1/2 mangkuk  kecil air
12 biji anak bendi
1 biji tomato - belah 2
4-5 tangkai daun kesum

sedikit garam

Cara :
1. Panaskan 2 senduk minyak. Tumis bahan bawang besar/putih, halia & kunyit kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan cili blend hingga naik minyak. Masukkan belacan dan gaul.
3. Masukkan ikan yg dah di basuh, gaul rata.
4. Masukkan air dan air asam jawa, biar didih hingga ikan masak.
5. Masukkan bendi hingga lembut
6. Masukkan garam, tomato dan daun kesum.

Sukatan ni adalah mengikut peralatan yg ada kat rumah cthnya kole kecik & senduk kecik.

Abg Luqman kalau nak try di rumah sewa boleh la..

Friday, 2 December 2011

K Syira merdeka !!

Assalamu'alaikum.
Semalam Ummi cuti amik K Syira di sekolahnya di K Pilah.
K Syira berseri-seri menyambut kedatangan Ummi. Apa taknya.. 30 nov merupakan hari merdeka bgnya (baru abis SPM kan..last paper Bio).
Lepas ni lama pulak la nak jumpa kawan2 yg tidur se dorm, makan sedewan dan blajar sekelas.
K Syira akan cuti pjg lepas ni. Kalau dapat matrik/IPTA, bulan sept 2012 plak baru sambung blajar. Wp cuti lama, byk perkara yg kita perlu blajar.
Cthnya blajar bawak keta, belajar memasak di kolej komuniti, Blajar uruskan rumahtangga..bak kata org KPT Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Alhamdulillah K Syira dah mula merancang perkara yg akan dilakukan sepanjang percutian dari alam persekolahan. K Syira memang seorang yg matang dan boleh bawa diri. Ummi doakan yg terbaik utk K Syira.
Cuma 1 je..kurangkan mengusik adik2 ye..
Wp usik-mengusik bawa bahagia..tp silap hb ada yg nyanyi lagu rock atau lagu sentimental nnt..tak pun adegan kejar-mengejar keliling rumah.
Bukan Ummi je yg pening, semut dan cicak pun pening jugak.

Hari Bahagia

Assalamu'alaikum.

Tanggal 28 Nov 2011 merupakan hari yg bahagia bg Ummi.
Enfon Ummi dah jumpa..Abah yg jumpakan.
Sebelum ni janji dgn anak2 kalau jumpakan enfon Ummi bg RM30.
Oleh kerana Abah yg jumpa..wp tak janji dgn Abah, Ummi belanja Abah juga..tk Abah.

Bila dah jumpa enfon, barulah bersemangat balik nak berblog..