Assalamu'alaikum.
Malam ni Ummi buat ketupat goreng utk dinner. Abah dan Nina kata sedap sangat. Nina siap kata nak simpan utk bawa bekal ke sekolah lagi kalau ada lebih. Tapi semuanya habis licin.
Bahan
6 biji ketupat saiz kecil - dadu
1/2 cawan daging kisar
1 bawang besar saiz M - chop
2 bawang putih - chop
6 biji cili padi - chop
2 biji telur
1 biji tomato - dadu
kicap secukupnya
Cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi,
2. Masukkan daging kisar hingga masak.
3. Masukkan telur, masak hancur.
4. Masukkan tomato dan ketupat, gaul rata.
5. Masukkan kicap, gaul hingga sebati.
** Resepi yg kat atas ni sebenarnya anggaran je. Realitinya Ummi guna ketupat lebihan soto semalam. cili padi dan kicap pula Ummi guna kicap cili lebihan soto semalam. Takde lah membazir.
Wednesday, 17 April 2013
Sunday, 14 April 2013
Soto Ayam
Assalamu'alaikum
Tips :
Soto ayam
Bergedil
Hari ni Ummi buat soto untuk lunch. Buat utk 3 org tu pun ada lebih. Soto terdiri dari nasi impit yg dimakan bersama kuah sup ayam, bergedil, isi ayam carik, taugeh, daun sup/bawang, tahu, suhun goreng dan kicap cili. Wbp kali ni takde suhun goreng dan tahu. Ummi guna je apa yg ada di dapur.
Bahan sup
1 ekor rangka ayam
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
sehiris lengkuas - kisar
sehiris halia - kisar
1/2 inci halia - ketuk
1 serai - ketuk
sehiris lengkuas - ketuk
1/2 paket rempah kurma
1 kkm
1 lawang
1 pelaga
2 cengkih
Cara
1. Rebus rangka ayam dan isi ayam bersama halia ketuk hingga mendidih dan ayam masak, keluarkan isi ayam. Ketepikan.
2. Tumis rempah tumis, bahan kisar, serai dan lengkuas ketuk serta rempah kurma.
3. Masukkan bahan tumis ke dalam sup tadi, biar mendidih, tutup api.
4. Isi ayam tadi dilumur dgn kunyit garam, goreng sebentar dan carik2.
Bergedil
2 kentang
2 sudu besar daging kisar
1/2 sudu besar bawang goreng
1//2 sudu besar hirisan daun bawang/sadri
1/2 sudu kecil jintan halus
sedikit garam dan lada sulah
1 telur
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung beras
Breadcrumb
Cara
1. potong/hiris kentang, goreng hingga lembut. Lenyek dlm mangkuk.
2. Tambah daging kisar, bawang goreng, daun bawang/sadri, jintan halus, lada sulah dan garam. Gaul rata.
3. Tambah telur, gaul rata. Ketepikan.
4. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan air.
5. Bentukkan adunan kentang lenyek bulat2. Celup dlm batter, golekkan dlm bread crumb, goreng.
Tips :
1. Nasi impit : Ummi guna saiz kecil (2" X 2") sbb cepat masak. Ummi akan rendam dulu 2-3 jam, baru rebus selama 1 jam. Kemudian angkat, toskan dan sejukkan baru mudah nak potong2.
2. Bergedil : Ummi suka guna Russet Potato sbb mudah lembut dan mudah utk lenyek.
3. Breadcrumb : Ummi akan hancurkan biskut cream crackers, guna tangan je. Kalau ada roti lebih yg dah nak expire, bakar roti tu hingga garing, hancurkan dan simpan dlm bekas kedap udara.
Friday, 12 April 2013
Bersama Anan..
Assalamu'alaikum.
Bangunan ADUN berhadapan Kuching Waterfront
Bangunan ADUN waktu malam
Kuching Waterfront waktu malam
Gunung Santubong
Damai Beach Resort
Main pasir di pantai Santubong
Gunong Santubong
Sungai berdekatan
Laksa Sarawak
Thursday, 11 April 2013
Matahari tenggelam
Assalamu'alaikum.
Semasa Ummi di Santubong, sempat Ummi rakamkan gambar matahari tenggelam. Cantik kan anak2. Gambar macam x sync sbb ada yg Ummi guna flash ada yg x guna flash. Enjoy the pics!
Semasa Ummi di Santubong, sempat Ummi rakamkan gambar matahari tenggelam. Cantik kan anak2. Gambar macam x sync sbb ada yg Ummi guna flash ada yg x guna flash. Enjoy the pics!
Karipap
Resepi ni Ummi dapat dari sini. Malam Nina sediakan doh, Ummi buat inti. Esoknya Nina bawak bekal ke sekolah. Nina kata waktu rehat kulit karipap masih rapuh. So, kalau nak buat karipap Ummi akan gunakan resepi ni. Kulit ni agak tebal. So, next time Ummi akan canai lebih nipis.
Tips : Goreng guna api kecil supaya kulit karipap tak menggelembong.
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air
Sedikit garam
Cara:
1. Masukkan marjerin ke dlm tepung, gaul rata menggunakan hujung jari hingga jadi seakan-akan serbuk roti.
2. Tambah air yg dicampur garam sedikit demi sedikit hingga boleh dibentuk.
Inti karipap
3 biji kentang - dadu dan rebus hingga lembut
200 g daging kisar
5 bawang merah - tumbuk
2 bawang putih - tumbuk
2 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar - dadu
sedikit daun sadri - hiris
Cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar.
2. Tambah rempah kari, gaul hingga agak garing.
3. Masukkan daging kisar hingga masak. Tambah garam.
4. Masukkan kentang yg telah direbus. Gaul rata.
5. Tutup api dan tabur daun sadri.
** daging kisar blh diganti dgn 2 sudu besar udang kering. rendam udang kering dlm air panas. Tumbuk lumat.
Fish n Chip
Assalamu'alaikum.
Bahan
Ikan dori
sedikit serbuk black pepper
sedikit garam
sedikit lemon jus
Cara
1. Perap ikan dori dgn bahan di atas.
Bahan batter
1/2 cawan tepung gandum
1/8 cawan tepung jagung
1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecik baking powder
sedikit garam
500ml air
Breadcrumbs secukupnya (Ummi guna biskut cream crackers yg dihancurkan)
Cara
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari ikan, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan air, kacau rata.
3. Ambil sekeping ikan dori, celupkan dlm batter, golekkan dlm breadcrumbs, goreng guna minyak panas. Buat hingga habis kesemua ikan.
Bila dah tinggal bertiga je di rumah, masak pun simple2 je..abiskan stok yg ada. Kebetulan ada ikan dori 2 keping, Ummi goreng je ala2 fish n chip. Tp chip tu xde sbb Ummi baca artikel fun fries merupakan salah satu dari 5 makanan utama penyebab kanser. 4 lg adalah burned meat, sausage, donut dan air gas. Burned meat ada karsinogen. Kalau nak buat bbq pastikan makan timun dan bawang (utk neutralkan karsinogen?). Org dolu2 dah amalkan benda ni. Jika makan sate, mereka akan sediakan bawang dan timun juga. Cuma mereka tak tahu dari segi saintifik je. Mereka melihat berdasarkan pengalaman. Donut dan air gas mempunyai kandungan gula yg tinggi. Gula merupakan makanan sel kanser. Anak2 yg belajar ttg perkara ni blh bg tau yg lain2 ok.
Bahan
Ikan dori
sedikit serbuk black pepper
sedikit garam
sedikit lemon jus
Cara
1. Perap ikan dori dgn bahan di atas.
Bahan batter
1/2 cawan tepung gandum
1/8 cawan tepung jagung
1/2 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecik baking powder
sedikit garam
500ml air
Breadcrumbs secukupnya (Ummi guna biskut cream crackers yg dihancurkan)
Cara
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari ikan, baking powder dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan air, kacau rata.
3. Ambil sekeping ikan dori, celupkan dlm batter, golekkan dlm breadcrumbs, goreng guna minyak panas. Buat hingga habis kesemua ikan.
Nasi Goreng Ummi
Assalamu'alaikum.
Bahan
2 cawan nasi putih
1/2 labu bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1/2 cawan ikan bilis - kisar
10 biji cili padi - kisar
2 biji telur
2 batang kacang panjang - potong dadu
sedikit karot - potong dadu
Cara
1. Tumis bahan kisar hingga wangi. Tambah garam dan gaul rata.
2. Masukkan telur, hancurkan.
3. Masukkan karot dan kacang panjang, gaul rata.
4. Masukkan nasi putih, gaul rata.
Nasi goreng feveret Taufiq dan Mursyid. Ummi suka makan dgn ikan kembung masin. Biasanya kalau malam ada nasi putih lebih, Ummi akan simpan dlm fridge bagi dia keras sikit. Esoknya baru goreng. Tapi kalau nak masak nasi semata2 utk buat nasi goreng, Ummi akan kurangkan air supaya nasi tu tak lembik masa goreng nnt. Kalau nasi tu lembik kurang la selera Mursyid.
Sukatan di bawah adalah untuk 3 orang makan. Maklumlah kat rumah dah tinggal Abah, Ummi dan Nina je. So masak pun kena sedikit dan peralatan dapur pun kena guna yg comel-comel je.
Bahan
2 cawan nasi putih
1/2 labu bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1/2 cawan ikan bilis - kisar
10 biji cili padi - kisar
2 biji telur
2 batang kacang panjang - potong dadu
sedikit karot - potong dadu
Cara
1. Tumis bahan kisar hingga wangi. Tambah garam dan gaul rata.
2. Masukkan telur, hancurkan.
3. Masukkan karot dan kacang panjang, gaul rata.
4. Masukkan nasi putih, gaul rata.
Kimbab
Assalamu'alaikum.
Bila Nina buat dan tunjukkan kat Ummi..ni first time Ummi dengar. Sedap juga.
Bahan
Nasi yg sedikit lembik
Kepingan seaweed
Timun - potong memanjang macam lidi
Karot - potong memanjang macam lidi
Chicken
Sosej - potong memanjang macam lidi
Telur - jadikan scramble egg, blh perasakan dgn cayenne, garam, pepper dsb.
Cara
1. Bentang Seaweed atas alas pemotong.
2. Letak selapis nasi atas seaweed, tekan2 sedikit.
3. Susun timun, karot, chicken, sosej dan telur mengikut kreativiti masing2 atas nasi.
4. Gulung kepingan Seaweed tadi dengan ketat dan kemas.
5. Potong anggaran 1/2 inci.
Lawatan ke Kellie's Castle
Assalamu'alaikum.
Baru-baru ni hantar daya balik UTP, berkesempatan melawat Kellie's Castle. 1/2 jam sebelum sampai UTP.
Baru-baru ni hantar daya balik UTP, berkesempatan melawat Kellie's Castle. 1/2 jam sebelum sampai UTP.
Subscribe to:
Posts (Atom)