Assalamu'alaikum.
Lempeng kosong ni feveret Ummi sejak kecil. Lempeng pisang/kelapa kureng suka. Tak sangka pulak anak2 mewarisi feveret Ummi. Sebenarnya Ummi baru je belajar buat lempeng ni..sian kan Ummi. Resepi asal Ummi dapat dari blog Mat Gebu.
Biasanya Ummi buat sambal tumis utk cicah. Tp kali ni cicah kuah kari sebab nak cepat.
Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecik baking powder
secubit garam
2 cawan air
Sebiji telur
Cara
1. Masukkan semua bahan ke dlm blender dan blend halus.
2. Panaskan frying pan, sapu sedikit majerin dlm frying pan.
3. Letakkan 2 senduk bancuhan tepung ke dlm frying pan, lenggok2kan sikit frying pan supaya lempeng bulat dan nipis.
4. Bila dah kelihatan masak, terbalikkan lempeng, biar sebentar dan terus angkat.
Sekian.
Bahan Kuah
2 ketul ayam (bahagian isi) - dadu
sebiji kentang - dadu
1/2 batang karot - dadu
Bahan tumis - 1 lawang, 1 kulit kayu manis, 2 pelaga, 5 cengkih.
1/4 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 tomato - belah 4
2 tangkai daun kari
1 paket rempah kari ayam
1/2 sudu kecil paste asam jawa
Cara
1. Tumis rempah tumis hingga wangi.
2. masukkan bawang besar, bawang putih, tomato dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari, gaul rata.
4. Tambah air hingga mendidih.
5. Masukkan ayam, kentang dan karot hingga empuk.
6. Masukkan santan, paste asam jawa dan garam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment