Sunday, 26 October 2014

Kuih Sagu

Assalamu'alaikum.

Kuih sagu ni memang salah satu dari kuih tradisional favourite Ummi. Ada orang panggil kuih Bronok. Pagi tadi kemas kitchen cabinet, jumpa sagu biji, lebihan sagu buat pengat labu 2 minggu lepas. Terus decide utk buat kuih sagu ni. Pergi pasar sempat beli kelapa parut 1 biji dengan harga RM2 di Pasar Pekan Salak. Ni first time buat..alhamdulillah wp tak cantik macam yg orang jual tu, Abah, Daya, Taufiq, Nina dan Ummi berebut2 makan sampai habis. Buat sikit je pun boleh la dapat sorang 2/3 ketul. 

Ni first time Ummi buat. Rupanya tak lah cantik macam yg orang jual tu. Bila nak potong tak cantik..Ummi terus sudukan je dan golekkan atas kelapa parut. Wbp rasanya memang sedap..lembut dan sejuk je..




Resepi seperti di bawah :

Bahan
1/2 cawan sagu biji - rendam sebentar, cuci dan toskan.
1 cawan air
1 helai daun pandan - simpul
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan sirap ros
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam.

Cara
1. Basahkan loyang dengan air. Ketepikan.
2. Panaskan air hingga mendidih.
3. Masukkan sagu, kacau rata.
4. Masukkan daun pandan, gula pasir dan sirap ros, gaul rata.
5. Masukkan semua bahan ke dalam loyang kecuali daun pandan. Kukus selama 30 minit. Sejukkan.
6. Bila telah sejuk, masukkan ke dalam fridge.
7. Potong2, golekkan atas kelapa parut.

Lebihan kelapa parut 1/2 biji tadi Ummi simpan dalam freezer mate, dan simpan dlm freezer. Bila2 nak guna nanti cuma kukuskan je kelapa parut tu. Oleh kerana ada lebihan kelapa parut..gula Melaka pun ada..next project adalah kuih Buah Melaka kegemaran Abah!

Thursday, 23 October 2014

Kuih Seri Muka

Assalamu'alaikum.

Antara kuih tradisional yg Ummi suka adalah kuih ni. Ia terdiri dari 2 lapisan. Lapisan bawah adalah pulut manakala lapisan atas adalah tepung, santan dan air pandan. Abah dan anak2 pun suka juga.
Ni first time Ummi buat. Dulu Abah pernah buat masa anak2 kecik. Ummi nak buat tak sempat. sekarang ni alhamdulillah tercapai cita2 nak buat sendiri. Resepi asal dari sini, Ummi buat tak cukup 1 adunan sebab pulut cuma ada 392g je. Ummi guna loyang 8" X 8". Kuih tu jadi tebal sangat. Kalau nak buat lagi, Ummi akan buat 1/2 adunan je spt resepi di bawah, tp masih guna loyang 8" X 8".

Bahan Pulut
250g beras pulut
150ml santan
150ml air
1 sudu kecik garam
Cara
1. Rendam pulut selama 4 jam.
2. Cuci dan toskan.
3. Campurkan beras pulut, santan, air dan garam di dalam mangkuk, gaul rata.
4. Sapu minyak di bahagian dalam loyang.
5. Tuangkan campuran pulut ke dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Tekan2 pulut supaya ia mampat.

Bahan tepung
125g gula kastor
50g tepung kastad
200ml santan
200ml air
7 helai daun pandan
2 biji telur - pukul
secubit garam
Cara
1. Blend daun pandan dgn air, tapis air pandan.
2. Campurkan santan, air pandan, gula, garam dan tepung kastad, gaul hingga gula hancur.
3. Masukkan  telur, gaul rata.
4. Tuangkan campuran tepung ke atas pulut tadi.
5. Kukus selama 20 minit.

Monday, 13 October 2014

Sambal Goreng Jawa

Assalamu'alaikum,

Sambal Goreng Jawa (SGJ) ni kegemaran kita sekeluarga. Resepi asal Ummi dapat dari potretkasih. Sangat-sangat berterima kasih pada Wana. Kalau buat SGJ ni, sekejap je dah licin.

Resepi seperti di bawah :

Bahan
3 keping tahu - potong dadu, goreng
2 biji kentang - potong dadu, goreng
1 keping tempe - potong dadu, goreng
6 batang kacang panjang - hiris memanjang
10 biji cili kering -hiris nipis, rebus, cuci bersih, toskan
1 paket kecil suhun - rendam
1 paket kecil fucuk - rendam
1/2 cawan udang basah
4 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan santan pekat
garam, lada sulah

Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga wangi.
2. Masukkan udang basah, santan, kacang panjang, suhun, fucuk dan bahan yg digoreng tadi.  
3. Masukkan garam dan lada sulah.

 

Rendang Daging

Assalamu'alaikum,

Rendang daging ni Ummi buat untuk Hari Raya Haji. Masing-masing kata sedap sangat2. Atok makan banyak walaupun dia tak kata sedap etc. Ummi akan gunakan resepi ni bila-bila nak buat rendang daging lagi.

<gambar>

Cumanya cara Ummi buat ni agak kelakar sikit. Jgn gelak eh.




Bahan
1 kg daging
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
3 batang serai - ketuk
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 helai daun limau purut - hiris halus 
air asam jawa
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan-kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
garam, gula

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara
1. Tumis rempah tumis 4 sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar, gaul rata.
2. Masukkan daging dan bahan yg ditumis tadi ke dalam pressure cooker.
3. Masukkan air ke dalam pc , gaul rata.
4. Pressure cook selama 30 minit, tutup api dan biarkan tekanan keluar.
5. Masukkan santan, kerisik, gula melaka, asam jawa dan garam. Masak hingga kering.
6. Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, gaul rata.

 

Sunday, 12 October 2014

Yong Tau Foo

Assalamu'alaikum,

Petang ni tak tau nak masak apa. Asalnya nak buat mihun goreng, tapi ada yg tak nak makan, ada yg nak diet. Last kali decide buat Yong Tau Foo. Sebenarnya dah lama teringin nak buat YTF. Maklumlah kalau makan beli YTF di luar, tak tau mana sumber ball-ball tu. Kalau buat sendiri, boleh pastikan ada tanda halal jakim. Tambahan kalau beli di luar, untuk sekeluarga mahu berpuluh ringgit. Kebetulan ada stok ball2 lebihan bbq hari tu. Jadi, start lah projek menggugel. Akhirnya resepi ni jadi pilihan. Terima kasih banyak pada empunya blog. Anak-anak suka.. sekejap je dah licin.

Bahan yang Ummi guna kali ni adalah sosej, ketam roll, chicken meatball, fish cake dan 1 ikat kangkung.



Resepinya seperti dibawah. Ada juga la yg ummi ubahsuai sikit. Sukatan sos di bawah memang cukup2 untuk 6 orang (Ummi, Abg Luqman, Syira, Daya, Taufiq dan Nina). Kalau semua ada, kena tambah sukatan.

Bahan Sos
3 sudu makan cili kering blend
2 sudu kecil belacan (Ummi tak letak)
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 ketul gula Melaka saiz paling kecil - masak dengan 1 cawan air hingga gula larut. Tapis.
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara buat sos
1. Tumis cili blend dan belacan hingga naik minyak.
2. Masukkan air gula melaka, kacau rata.
3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat, gaul rata.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh, gaul rata.
**Sekiranya terlalu pekat, tambah air panas, gaul rata.

Bahan air rebusan
air secukupnya
1/2 kiub ayam/ikan bilis
5-6 ulas bawang putih
Cara buat air rebusan
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih, masukkan ball2/kangkung dsbnya.

2 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak atau bakar.

Cara menghidang
1. Gunting2 ball2/ kangkung dsb, masukkan ke dalam pinggan.
2. Tuang sos ke atas ball tadi.
3. Tabur bijan.
4. Sedia untuk dimakan.

Sunday, 5 October 2014

Kek Carrot - recommended

Assalamu'alaikum,



 
Kek Carrot ni Basyirah buat untuk Hari Raya Haji. Buat dlm bentuk cupcake supaya senang makan. Kalau buat dlm loyang nak kena potong la pulak. Masa potong pun kalau tak kena gaya mahu hancur disebabkan texture nya yg camtu. Pada Ummi ni resepi carrot cupcake paling sedap yg Ummi pernah makan. Ummi akan setia pada resepi ni setiap kali bila nak buat. Basyirah pun dah suka kek carrot ni. Resepinya di sini.

Toppingnya pulak Nina yang sediakan. Pada Ummi ni resepi topping yang paling sesuai dengan citarasa Ummi. Tak manis sangat, tak masam sangat dan tak muak sangat. Ummi akan setia pada resepi topping ni setiap Ummi buat Carrot Cake. Resepinya seperti dibawah :

Bahan topping
125g cream cheese
60g butter
60g castor sugar
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil lemon xest
Cara : Putar kesemuanya hingga gebu.