Saturday, 5 April 2014

Sayur Goreng Sos Tiram

Assalamu'alaikum,

Sayur ni Nina yg masak..caye la Nina dah pandai masak.
Sayur ni Ummi x tau nama dia. Biasanya Ummi beli di Zemart.
Ummi suka beli sayur ni sebab :
1. sedap
2. sayur ni berlubang-lubang..petanda tiada pesticide..sbb tu ulat suka. Tp jgn risau, Ummi dah cuci bersih sayur ni..2 kali rendam dlm air. Rendam kali ke-3 dlm air yg dicampur garam kasar. Lepas cuci bersih baru pass kt Nina.

Bahan
Sayur secukupnya
1 labu bawang besar - hiris kasar
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1/2 biji cili merah - hiris
1  sudu kecil tepung jagung - bancuh dlm 1/4 cawan air masak
garam

Cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Masukkan sos tiram diikuti dgn air hingga mendidih.
3. Masukkan sayur dan cili merah, gaul rata.
4. Sebelum tutup api, masukkan air tepung jagung dan garam, dan gaul rata.

No comments:

Post a Comment