Ummi dapat resepi ni dari sini yg menamakannya ayam goreng bercili.
Apa2 pun abah dan anak2 suka.
Ummi ubahsuai sikit bahan2 sebab nak abiskan stok.
Rupa tak seberapa tapi rasanya best.
Bahan
1/2 ekor ayam - gaul dgn garam kunyit, goreng setengah masak
2 senduk kecik cili kering blend
3 tomato - kisar
2 sudu besar sos tomato
1/2 tin kecil tomato puri
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang
sepokok daun ketumbar
3 biji kentang - potong baji, goreng, ketepikan.
Bahan kisar
2 bawang besar
5 ulas bawang putih
2 serai - hiris
1 inci halia
Cara
1. Tumis bahan kisar dan cili kering blend hingga naik minyak.
2. Masukkan tomato kisar, sos tomato dan tomato puri.
3. Bila menggelegak, masukkan ayam goreng dan daun ketumbar (dgn akar2 sekali) hingga kuah pekat.
4. Masukkan kentang goreng. Gaul rata.
5. Siap.
No comments:
Post a Comment