Bahan
1 kg daging
4 sudu besar rempah beriani - jenama Adami
1 cawan yogurt (1 cawan susu cair + 4 sudu besar cuka)
3 sudu besar tomato puri
3 biji kentang potong kecil
2 biji tomato buah - belah 4
3 biji tomato buah ranum - blend dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar - belah 4
1 pokok daun ketumbar - potong kasar, masukkan dengan akar2 sekali
garam
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak sapi + minyak
Cara
1. Potong daging anggaran lebar 3 inci.
2. Tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan rempah berani, gaul rata hingga naik minyak.
4. Masukkan daging, buah tomato kisar, tomato puri. Biar hingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga kentang lembut.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar.
7. Akhir sekali masukkan garam.
sirap lemon
No comments:
Post a Comment