Saturday, 17 March 2012

Nasi ayam

Nasi ayam ni Ummi masak minggu lepas.
Makan dgn ayam goreng berempah, sup ayam, sos cili halia, kicap dan ulam timun, tomato dan salad.
Resepi asal  dari sini dan sini. Cam biasa Ummi ubahsuai sikit.

Nasi Ayam
Bahan
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit, toskan
3 cawan air
1 inci halia - ketuk
2 bawang putih - ketuk
1 helai daun pandan - simpul
1 sudu besar marjerin
2 sudu kecik garam
Bahan tumis
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 pelaga
5 cengkih

Cara
1.  Dalam kuali tumis bahan tumis, bawang putih, halia dan daun pandan.
2.  Masukkan beras dan kiub ayam, gaul rata selama 1 minit.
3.  Pindahkan bahan dlm kuali ke dlm rice cooker.
4.  Masukkan air dan garam, gaul rata.
5.  Masak cam biasa.



Sup ayam
Bahan
1/2 ekor ayam
air secukupnya
2 bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - hiris
2 biji kentang - potong biasa
sup bunjut
1 sudu teh lada hitam
1 pokok daun sup - hiris kasar
garam secukupnya
bahan tumis
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 pelaga
5 cengkih
Cara
1. Tumis bahan tumis, halia dan bawang putih.
2. Masukkan air dan sup bunjut hingga mendidih.
3. Masukkan ayam dan kentang.
4. Bila kentang lembut, masukkan lada hitam, daun sup dan garam.
5. Sedia utk dihidangkan.

 Terlebih daun sadri..kasar2 pulak tu..takde seni..perlu penambahbaikan.
Ayam goreng
Bahan
Ayam secukupnya.
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
2 inci halia
1 batang serai - hiris halus
garam
1 sudu besar tepung beras
Cara
1. Blend halus semua bahan kecuali tepung beras.
2. Perap ayam dgn bahan blend 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
3. Sebelum goreng, taburkan tepung beras.
4. Goreng api kecik.


Sos cili halia
5 cilimerah
1 tomato
3 bawang putih
1/2  cawan sup ayam
1/2 inci halia
garam dan gula
Cara
1. Blend cili merah, tomato dan bawang putih.
2. Dalam periuk kecik, campurkan bahan blend, sup ayam, halia, garam dan gula.
3. Masak hingga didih.

Kicap
Bahan
1/4 cawan kicap masin
4 sudu besar sos tiram
1/4 cawan sup ayam
Cara
Gaul rata.

No comments:

Post a Comment