Alhamdulillah ada ikan bilis..cukup2 utk buat cekodok..kena masuk list brg2 yg perlu dibeli lepas breakfast.
Nina dan Anan buat cekodok ikan bilis dgn bantuan chief cook.
Bahan
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecik baking powder
3 cawan air garam
2 bawang besar saiz M - potong dadu
2 bawang putih - cincang
semangkuk kecik ikan bilis - basuh bersih
2 cili merah
2 cili hijau
sepokok daun sadri
Cara
1. Gaul rata bawang besar bawang putih, ikan bilis, cili merah & hijau dan daun sadri dalam bekas plastik putih.
2. Ayak tepung dan baking powder ke dlm bekas tadi, gaul rata.
3. Masukkan air, gaul rata.
4. Panaskan minyak dlm kuali.
5. Sudukan adunan cekodok kedlm minyak panas, goreng hingga keperangan.
6. Angkat dan toskan dalam penapis.
7. Letakkan cekodok panas atas pinggan lebar yg di alas tisu dapur.
8. Bersedia utk berebut. Bersilang tangan lagi.
9. Cicah sos cili/tomato.
Ni gambar cekodok udang yg diambil sebelum ni.
No comments:
Post a Comment