Tuesday, 28 January 2014

Langkawi..

Assalamu'alaikum.

Ni cerita tahun lepas. Ummi outstation di Perlis, kebetulan masa tu Daya cuti..ikut Ummi sekali. Kami menginap di Hotel Brasmana berhadapan dgn jeti Kuala Perlis. Apa lg.. Ummi sambung cuti ke Langkawi..yeay!!

 Pemandangan Dari Hotel (PDH) 1
 PDH 2
PDH 3
 PDH 4
 PDH 5
 PDH 6
 PDH 7
 PDH 8

Makan malam di tepi laut..

Lamanya tunggu makanan..

Makan berdua ??

 Pemandangan Dari Tepi Laut (PDTL) 1
 PDTL 2
 PDTL 3
 PDTL 4
 PDTL 5
 PDTL 6
 PDTL 7
 PDTL 8
 PDTL 9
PDTL 10
 PDTL 11
 PDTL 12

Ummi sambung cuti .. Langkawi !!

 Pemandangan dari feri ke Langkawi (PDFKL) 1
 PDFKL 2
 PDFKL 3
 Dekat sampai


Roti Kismis Almond

Assalamu'alaikum.

Malam ni Ummi try resepi yg lain pulak. Resepi asal Ummi dapat dari sini.  Kemas2 dapur jumpa sedikit almond lebih raya dulu, belum expired, terus decide utk tabur atas roti.

 Versi montel

 Versi cute


Bahan 
280g tepung roti
60g telur
60ml air suam
85g brown gula
80g water roux
12g yis
4 sudu susu tepung
40g melted butter
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
sedikit garam
Kismis secukupnya
almond secukupnya utk tabur atas roti

Cara

Water Roux :

Satukan 200ml air dengan 40g tepung roti. Kacau atas api perlahan sehingga jadi mcm kanji. Sejukkan. Tutup bekas agar tidak kering.

Doh :

1. Masukkan yis ke dlm mangkuk kitchen aid. Tambah air suam dan kacau rata. Biar hingga nampak berbuih (10-15 minit).
2. Masukkan minyak jagung, telur, water roux, bread softener, gula, tepung roti, susu tepung, bread improver, gula dan garam ke dlm mangkuk yg berisi yis tadi. On kan Kitchen Aid menggunakan hook dough dgn kelajuan perlahan (lebihkurang 30 minit). Tutup mangkuk dgn towel lembap selama 45 minit.
3. Tumbuk doh utk keluarkan angin. Bahagikan kpd 16 bhgn. Utk setiap bhgn, masukkan sedikit kismis, bentukkan bulat. Rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
4. Sapu permukaan roti dgn egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla). Tabur fresh rosemary. Bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit.
5. Keluarkan roti dari oven. Sapu permukaan roti dgn butter.
6. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup.

Sunday, 26 January 2014

Rosemary Dinner Roll Ver 2

Assalamu'alaikum.

Kali ni Ummi try resepi yg lain pulak. Resepi asal Ummi dapat dari sini.  Oleh kerana Atuk ada kt rumah kita, Ummi buat 2 kali adunan. Cicah mushroom soup..






Bahan 
280g tepung roti
60g telur
60ml air suam
30g gula
80g water roux
12g yis
4 sudu susu tepung
40g minyak jagung
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh bread softener
sedikit garam

Cara

Water Roux :

Satukan 200ml air dengan 40g tepung roti. Kacau atas api perlahan sehingga jadi mcm kanji. Sejukkan. Tutup bekas agar tidak kering.

Doh :
1. Masukkan yis ke dlm mangkuk kitchen aid. Tambah air suam dan kacau rata. Biar hingga nampak berbuih (10-15 minit).
2. Masukkan minyak jagung, telur, water roux, bread softener, gula, tepung roti, susu tepung, bread improver, gula dan garam ke dlm mangkuk yg berisi yis tadi. On kan Kitchen Aid menggunakan hook dough dgn kelajuan perlahan (lebihkurang 30 minit). Tutup mangkuk dgn towel lembap selama 45 minit.
3. Tumbuk doh utk keluarkan angin. Bentukkan bulat. Rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
4. Sapu permukaan roti dgn egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla). Tabur fresh rosemary. Bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit.
5. Keluarkan roti dari oven. Sapu permukaan roti dgn butter.
6. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup.

Saturday, 25 January 2014

Ayam Goreng Berempah Ver 1

Assalamu'alaikum.

Ayam Goreng Berempah ni memang kegemaran kita semua. Nak membuatnya nampaknya mcm simple kan.
Tak pe lah Ummi post juga untuk rujukan anak2 dan cucu2 Ummi hehe..

Bahan
9 ketul ayam
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 inci halia - tumbuk lumat
1 batang serai - hiris nipis dan tumbuk lumat
1 sudu besar jintan halus - tumbuk kasar
1 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit garam
3 sudu tepung beras

Cara
1. Basuh bersih ayam dan toskan.
2. Perap ayam dengan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam. Simpan dlm fridge (bukan freezer ya..).
3. Apabila nak goreng, tabur tepung beras pada ayam, gaul rata.
4. Goreng menggunakan api sederhana.

** Tepung beras adalah bagi melekatkan rempah pada ayam.

Rosemary Dinner Roll Versi 1

Assalamu'alaikum.

Jalan2 di Tesco terjumpa fresh rosemary. So Ummi pun ikut resepi ni spt yg direcommendkan oleh officemate. Tq Ben.
Texture nya agak padat. Alhamdulillah..anak2 makan smpi licin. makan dgn mushroom soup.




Bahan
11g yis
1/4 cawan air suam
1 cawan fresh milk
4 sudu besar butter
2 cawan tepung
1 sudu besar nadu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil daun rosemary - cincang
2 sudu besar olive oil
Tambahan
1/2 cawan tepung
1 biji telur
1 sudu kecik fresh milk
coarse sea salt

Cara
1. Masukkan yis kedlm mangkuk kitchen aid, diikuti dgn air suam, kacau2, biarkan hingga terbentuk buih (10-15 min).
2. Masukkan 1 cawan fresh milk dan butter ke dlm saucepan. Masak atas api hingga butter cair (3-4 min).
3. Masukkan tepung, madu, garam, rosemary, campuran susu dan butter ke dlm mangkuk kitchen aid tadi. 4. Mix kelajuan rendah menggunakan dough hook until no dry spots remain.
5. Tambah tepung, 2 sudu sekali tambah, knead kelajuan sederhana hingga lebihkurang 6 minit. Pindahkan doh ke mangkuk lain dan sapukan olive oil di permukaan doh. Tutup mangkuk dgn kain lembap dan biarkan ia naik 2 X ganda (1.5 jam).
6. Pindahkan doh ke permukaan rata cthnya alas pemotong. Gelekkan hingga bentuk 4 segi. potong kpd 16 bhgn. Bentuk2kan bulat, letak dlm loyang pembakar yg telah dialaskan parchment paper.
7. Pukul sedikit telur dgn 1 sudu kecil fresh milk. Sapu permukaan bebola telur tadi.
8. Bakar pada suhu 175 celcius selama 20 minit.


Mihun Goreng Putih

<  >

Menu ni std kalau x sempat masak.

Bahan
1 paket mihun - rendam seketika
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
2 sudu besar udang kering - rendam air panas
1/2 cawan udang
3 biji telur
10 biji chicken meatball - belah 2
2 cawan air
sepokok sawi - potong cam biasa
sebatang karot - parut kasar
1/2 bakul taugeh - bakul yg kat pasar mlm/tani tu.
1 sudu lada hitam/sulah - kisar
garam

Cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2. Tumis bahan kisar.
3. Masukkan udang dan chicken meatball. Gaul rata.
4. Masukkan 2 cawan air dan garam, biar mendidih.
5. Masukkan telur, hancurkan.
6. Masukkan mihun, gaul rata.
7. Masukkan sayur2, gaul rata. Jika mihun belum lembut, tambah air sedikit demi sedikit.
8. Bila mihun dah lembut, masukkan lada sulah/hitam dan gaul rata.

Ikan Masak Lemak Cili Padi

Assalamu'alaikum.

Dah lama betul Ummi tak masak lemak cili padi..mengenangkan kolestrol tinggi.
Tapi hari ni Ummi tergerak nak masak..Abg Luqman ada kt rumah..masak lemak cili padi ni memang kegemarannya. Lepas hantar Taufiq ke kelas memandu, Ummi beria ajak Abah ke Pasar Pekan Salak utk beli santan fresh.

Dah nak abis baru teringat nak amik gambar..huhu

Bahan
7 ketul ikan gerut
1 paket kecil santan pekat (250g)
2 cawan air  
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 biji cili merah - kisar
11 biji cili padi - kisar
1 batang serai - ketuk
1 asam keping
garam

Cara
1. Masukkan bahan kisar, serai, santan pekat dan air ke dlm periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan asam keping, timun, ikan dan garam. Masak hingga ikan masak dan timun lembut.
3. Tutup api.

Friday, 24 January 2014

Bubur Lambuk ver1

Assalamu'alaikum.

Bubur lambuk ni merupakan makanan yg paling anak2 suka masa kecik2 dulu. Nak buatnya pon mudah sangat. Campak je dlm periuk..siap.




Yg tengah tu kicap cili
Bahan
1 cawan beras
6 cawan air
1 inci halia - ketuk
1 sudu besar udang kering - rendam air panas, tumbuk lumat
2 ketul isi ayam - dadu
1 sudu kecik ketumbar - rendam air panas, tumbuk kasar
1 sudu kecik jintan halus - rendam air panas, tumbuk kasar
1 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 pelaga
5 cengkih
2 sudu besar minyak sapi
1/2 batang karot
sepokok daun sup

Cara
1. Masukkan beras dan halia dlm periuk. Apabila mendidih, masukkan ayam dan udang kering. Biar merenih hingga jadi bubur.
2. Tumis kkm, lawang, pelaga, cengkih, bawang besar, bawang putih, jintan dan ketumbar. Tuang semua ke dlm periuk bubur.
3. Tambah karot hingga lembut.
4. Tutup api, masukkan daun sup, gaul rata.

** Ni kira bubur lambuk paling sempoi. Nak lagi sedap guna sup tulang, rempah sup..tp kolestrolnya pun tinggi.

Thursday, 23 January 2014

Roti Coklat

Assalamu'alaikum.

Ari ni Ummi nak share resepi roti dgn anak2. Resepi asal Ummi dpt di xxxxxx.
Cumanya ubah sikit2.




Bahan
500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung
11g yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
80g butter
250ml fresh milk
1 biji telur - kacau sedikit
1 sudu besar koko
75g choc chip

Cara
1. Humban semua bahan ke dlm BM mengikut turutan iaitu fresh milk, yis, telur, butter, bread softener, susu tepung, bread improver, koko, gula, garam dan yg terakhir choc chip. Tekan on. Biar hingga siap (lebihkurang 1.5 jam)
2. Keluarkan dari BM, bentukkan, tutup dgn kain lembap, biar selama 45 minit.
3. Sapu air atas permukaan roti, bakar pada suhu 180 celcius selama 25 minit.
4. Keluarkan dari oven, sapu permukaan roti dgn butter, biar sejuk.

Sunday, 19 January 2014

Sayur Campur

<   >

Bahan
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar udang kering - rendam air panas, tumbuk
1/2 bawang holland - hiris baji/bulat
2 kelopak kobis panjang
1 batang karot
1 cawan kobis bunga
1/2 cawan chicken meatball
1/2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecik lada sulah
1 cawan air
garam

Cara
1. Tumis bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan chicken meatball, gaul rata.
3. Masukkan sos tiram dan air, biar mendidih.
4. Masukkan karot dan bunga kobis bunga hingga agak lembut.
5. Masukkan kobis panjang dan bawang holland, gaul rata.
6. Masukkan garam dan ladah sulah, gaul rata, tutup api.

Sayur blh je nak guna cendawan, capsicum, brocoli, jagung dsb. 
Nak bg kuah pekat, sebelum tutup api curah dan gaulkan dgn bancuhan 1 sudu kecik tepung gandum dgn 1/4 cawan air. 
Boleh juga tambah suhun. Suhun kena rendam dulu sekejap.

Rosemary Grilled Chicken

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi bakar ayam..guna oven je. Oleh kerana ada lagi fresh rosemary baki buat roti ari tu, so Ummi campur je dlm perapan ayam ni. Resepi asal Ummi dpt dari potretkasih. Cuma Ummi ubahsuai sikit ikot stok yg ada dan juga bagi menghabiskan stok yg ntah bila blinya..yg penting masih ok lg.

Kali ni Ummi sediakan nasi ayam dan juga sup ayam + sayur. Nampak cam kelakar kan..tapi best!
Tak caye cube try test.

Bahan
Ayam 7 ketul
1/2 inci halia - tumbuk lumat
2 sudu besar olive oil
3 ulas bawang putih

1/2 besar sudu fresh rosemary
1/2 sudu besar jintan kasar - rendam dlm air panas
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar gula perang
sedikit garam
1 sudu besar jus limau

2 biji russet potato

2 batang karot
1 labu bawang holland
1 batang timun
segenggam tomato ceri

Cara
1.  Gaul halia pada ayam.
2. Goreng bawang putih guna olive oil hingga perang.
3. Tumbuk kasar rosemary, jintan kasar, lada hitam. Masukkan bawang putih hingga bawang putih lumat.
4. Perap ayam menggunakan bahan no 3, olive oil, gula perang, garam, dan jus limau. Simpan dlm fridge lebihkurang 2-3 jam.
5. Rebus kentang dan karot hingga 3/4 masak. Toskan dan lumur lebih bahan perapan.
6. Susun ayam, kentang, karot dalam bekas pembakar (dulang, caserole dsb). Sprinkle olive oil. Tutup bekas pembakar dgn aluminium foil. Bakar pada suhu 200 celcius selama 1/2 jam.
6. Buka aluminium foil. Masukkan timun, bawang holland dan tomato ceri, Sprinkle oil dan bakar lagi 15 minit (biar aluminium terbuka). Tutup api.

Saturday, 18 January 2014

Chocolate Macaroon

Assalamu'alaikum.

Yeay!! Kali ni Ummi buat menjadi!
Resepi ni Ummi amik dari sini..office-mate Ummi yg cadangkan. Tq Ben.
Dan antara faktor yg menjadi adalah bentuk mixer Kitchen Aid. Tak sia2 Ummi beli Kitchen Aid ni..alhamdulillah.

 
 

 
Bahan
100g icing sugar
50g almond powder
25g cocoa powder
2 biji putih telur
65g castor sugar

Cara
1. Kisar icing sugar, almond powder dan cocoa powder. Sift, set aside.
2. Pukul telur putih. Bila dah berbuih, masukkan sedikit demi sedikit castor sugar 
    (anggaran 2 sudu sekali masuk). Pukul sehingga stiff, berkilat dan bertanduk. 
    Bila terbalikkan mangkuk, meringue tak jatuh.
3. Masukkan separuh dari no 1 ke dlm mangkuk meringue, kaup balik hingga rata.
4. Masukkan baki no 1 ke dlm mangkuk meringue, kaup balik hingga rata.
5. Masukkan ke dlm piping bag, paip ke atas baking sheet anggaran sebesar syiling 20 sen.
6. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180 celcius. Bakar selama 20 minit.
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di masukkan ke dlm bekas kedap udara.

**Tips : 
- Tak perlu kisar lama sangat, nnt akan jadi paste hasil dari minyak yg dihasilkan oleh almond.
- Lepas bakar 20 minit, terus keluarkan. Kalu tak, jadi biskut keras la alamatnya.
- Bila dah betul2 sejuk baru keluarkan dari baking sheet. Kalau tak dasar shell akan melekat pd baking
  sheet.

Friday, 17 January 2014

Mushroom Soup

Assalamu'alaikum.

Dah lama sangat Ummi x buat mushroom soup ni. Hari ni tergerak lak nak buat.
Resepi asal di sini. Ummi ubah sikit kira nak perabih stok. Makan dgn Rosemary Dinner Roll versi padat (kurang naik).

 Makan dgn Rosemary Dinner Roll (buat sendiri)

Bahan
1 labu bawang Holland - dice
1 ulas bawang putih - cincang
200 g cendawan shitake - hiris.
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
450 ml fresh milk
550 ml air
1/2 kiub ayam
sedikit garam

Cara
1. Panaskan olive oil dan butter dlm periuk, tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
2. Asingkan sesenduk cendawan. Selebihnya tumis hingga layu.
3. Masukkan tepung gandum, gaul rata.
4. Tambah fresh milk, gaul rata. Bila mendidih tutup api dan sejukkan.
5. Setelah sejuk, blend dan masukkan semula ke dlm periuk tadi.
6. Tambah sesenduk cendawan yg diasingkan tadi,air, kiub ayam dan sedikit garam.
7. Masak hingga mendidih, tutup api.

** Kalau nak buat lg Ummi akan kurangkan susu.
     Kalau guna susu cair, Ummi akan letak 250 ml susu cair, 750ml air.
     Kalau guna fresh milk, Ummi akan letak 350ml fresh milk, 650ml air.
     Butter kurangkan kpd 1/2 sudu besar.
     Sume adjustment di atas adalah bg mengurangkan muak.

Tuesday, 7 January 2014

Puding Jagung

Assalamu'alaikum.

Serius Ummi x pernah buat puding jagung. Oleh kerana Daya sangat3 suke puding jagung, Ummi biarkan Daya buat sendiri. Ni Daya n Nina yg buat...1st time..haha.
Alhamdulillah..

Bahan
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 cawan sweet corn dlm tin
1 sudu besar butter

Cara
1. Masukkan tepung kastad, gula, susu cair, air dan sweet corn ke dlm periuk, kacau hingga
    tepung kastad tidak berketul.
2. Panaskan 1 atas api sederhana, dan sentiasa kacau hingga likat.
3. Tambahkan butter, kacau lagi hingga rata, tutup api.
4. Tuang dalam bekas/caserole, sejukkan pada suhu bilik.
5. Kemudian masukkan dlm fridge.

** Resepi di atas hanya teori je, realitinya guna 1 tin sweet corn dan 1 tin susu cair sbb x nak simpan lebihannya..kompem lepastu x guna..membazir. Tp Daya kata rasa dia cam terlebih susu..so nxt time kena kurangkan susu tp jumlah liquid kena sama dgn resepi. maknanya kalau kurangkan susu kena lebihkan air asalkan susu + air = 4 1/2 cawan.

Anyeong haseyo.