Sunday, 7 December 2014

Roti Sarang Lebah

Assalamu'alaikum,

Kemas-kemas rak baking masih ada lagi stok tepung roti dan instant yeast. Kebetulan susu cair dan almond flakes pun ada lagi. Maka jadilah project baking Roti Sarang Lebah..1st time buat. Roti sarang lebah ni plan asal utk minum petang. Tp disebabkan bahan x cukup, terpaksa ditangguh, hingga supper. Alhamdulillah anak2 suka. Sekejap je dah habis. Roti lembut, dipadankan dengan sos butterscotch yg lemak manis dan juga almond flakes yg rangup. Cumanya Ummi rasa roti ni sedap dimakan masa masih panas. Kalau dah sejuk, mungkin roti ni tak lembut lagi. Lepas ni boleh buat lagi. Resepi asal di sini.

Sepatutnya sos butterscotch dituang ke atas keseluruhan roti sebelum dimakan. Tapi bagi mengelakkan roti jadi basah, jadi bila nak makan, masing-masing boleh tuang sendiri sosnya atas roti masing-masing, atau cecah je roti tu dalam sos.  

Bahan
2 cawan tepung
1/2 sudu teh instant dried yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula
1/4 cawan yogurt (room temperature)
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air

almond flakes - bakar sekejap
pumpkin seeds - ummi x letak

Cara
1. Masukkan tepung, instant dried yeast, baking powder dan gula ke dlm mixing bowl, gaul rata.
2. Tambah yogurt dan minyak masak, uli menggunakan kelajuan rendah. Masukkan air yg dicampur garam sedikit demi sedikit. Tambah kelajuan mixer sehingga doh jadi soft, elastic dan shiny.
3. Bulatkan doh,  dan pindahkan ke dalam bekas lain. Rehatkan 10 minit.
4. Bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bentukkan bulat, susun di dalam 2 buah tin loyang saiz 6 inci yang telah digris .
5. Cover tin loyang menggunakan plastik wrap, biarkan doh naik 2 kali ganda.
6. Sapu permukaan roti dengan 1 sudu kecil susu tepung yg dibancuh dalam sedikit air masak.
7. Taburkan almond flakes dan pumpkin seeds.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 180 celcius selama 20 minit.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

Sos butterscotch
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream/susu cair
sedikit garam
1/2 sudu teh vanilla essence
25g butter/margerin

Cara
1. Cairkan butter di dalam periuk bertangkai menggunakan api kecil.
2. Masukkan brown sugar, kacau hingga kelihatan berbuih. Alihkan dari api.
3. Masukkan whipping cream/susu cair dan teruskan kacau. Letakkan semula periuk ke atas api.
4. Masukkan ve, kacau hingga semuanya larut.
5. Tutup api dan sejukkan.

**Semasa buat sos, berhati-hati masa masukkan susu cair kedlm periuk kerana ia mungkin terpercik. So jgn lupa guna senduk panjang.

Saturday, 22 November 2014

Tomyam

Assalamu'alaikum.

Hari ni Ummi buat tomyam bagi menghabiskan stok fridge. Esok Ahad nak g pasar..nak refill peti sejok. Sayur2 masih ada..kaki ayam kepak ayam pun ada. Resepi asal di sini. Ummi ubahsuai sikit guna apa yg ada. Ummi guna periuk saiz sederhana. Alhamdulillah..habis! Anak-anak kata sedap. Ummi akan gunakan resepi ni kalau nak buat lagi.

Lupa nak amik gambar..xpe lain kali.

Bahan
1/3 periuk air - masak hingga didih

1 ulas bawang merah - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - ketuk
2 hiris lengkuas - ketuk
4 biji tomato - belah 2

2 kaki ayam, 2 kepak ayam - potong kecik
5 batang serai - ketuk
1 sudu makan rata garam

1/2 batang karot
1 mangkuk sederhana cauliflower
1 batang celeri
1/2 biji capsicum hijau

bawang holland - potong baji
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan rata gula
13 biji cili padi merah - ketuk

Cara
1. Rebus air hingga mendidih. 
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan tomato hingga tomato lembik, Lenyek tomato dan buang kulitnya.
3. Masukkan ayam, serai dan garam hingga ayam masak.
4. Masukkan karot, cauliflower, celeri dan capsicum. Masak sebentar. Tutup api.
5. Masukkan bawang holland, cili padi merah, sos ikan dan gula, Gaul rata.

Saturday, 8 November 2014

Talam Tokyo

Assalamu'alaikum.



Ummi suka sangat2 kuih ni. Ummi memang suka kuih yg sagu based. First time makan masa meeting di ofis. Kuih ni terdiri dari 2 lapis. Lapis atas sama mcm kuih seri muka. Lapis bawah adalah campuran sagu biji, suhun, kelapa, santan dan sedikit garam. Resepi adalah seperti di bawah.

Lapisan Bawah
Bahan
150g sagu biji - cuci, rendam 30 minit, toskan.
30g suhun - potong kecil, rendam 30 minit dgn air suam, toskan
50g kelapa parut
50ml santan
150ml air
1/4 sudu teh garam
Cara
1. Satukan semua bahan di atas, gaul rata.
2. Masukkan ke dlm loyang yang telah disapu minyak, ratakan.
3. Kukus 30 minit.

Lapisan Atas
Bahan
250ml air
7 helai daun pandan
150ml santan
2 biji telur
120g gula pasir
50g tepung kastad
1/4 sudu teh garam
Cara
1. Blend daun pandan dengan air, tapis.
2. Blend semua bahan, tapis, masak hingga berwap (x perlu lama)
3. Tuang semua bahan lapisan atas, ke atas lapisan bawah dlm loyang.
4. Kukus 30 minit.
5. Sejukkan, masukkan dlm fridge, baru potong.

** Lepas ni kalau nak buat lagi, Ummi akan guna 4 helai daun pandan je sbb kalau guna 7 helai baunya terlalu wangi.

Saturday, 1 November 2014

Kek Coklat

Assalamu'alaikum,

Masa birthday Luqman Ummi buat kek choc moist. Baru kukus 10 minit api dah padam. Tak menjadilah jawabnya.

Rasa x puashati..buat lagi versi bakar lak, bawakan utk Mursyid sekali. Nak SPM dah budak tu. G lawat dia, bagi kata2 semangat, bg air zamzam, air yasin, pastikan semua keperluan utk exam ready.

Ummi suka dgn kejadian kek ni..lembut, moist dan tak berapa manis. Ummi akan terus gunakan resepi ni kalau nak buat Kek Choc Moist. Setiap kali kalau nak buat kek, Ummi akan gunakan butter Farmcow dan serbuk koko Van Houten. Kalau nak buat cookies baru guna butter Anchor.


Resepi seperti di bawah :

250g butter
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
2/3 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung kek
1 sudu kecik baking soda
1 sudu kecik soda bikarbonat
3 biji telur saiz A
1 sudu kecik vanilla essence

Cara
1. Cairkan butter atas api, masukkan gula perang, susu cair, susu pekat dan serbuk koko.
    Kacau sentiasa menggunakan whisk hingga gula hancur. Sejukkan.
2. Pukul telur menggunakan kitchen aid hingga kembang. Masukkan ve, pukul lagi sebentar.
3. Ayak tepung kek, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
4. Masukkan campuran butter ke dalam mangkuk telur. Pukul perlahan hingga bercampur.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau rata menggunakan whisk.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang 8" X 8".
7. Bakar menggunakan suhu 170 celcius selama 50 minit.

Sunday, 26 October 2014

Kuih Sagu

Assalamu'alaikum.

Kuih sagu ni memang salah satu dari kuih tradisional favourite Ummi. Ada orang panggil kuih Bronok. Pagi tadi kemas kitchen cabinet, jumpa sagu biji, lebihan sagu buat pengat labu 2 minggu lepas. Terus decide utk buat kuih sagu ni. Pergi pasar sempat beli kelapa parut 1 biji dengan harga RM2 di Pasar Pekan Salak. Ni first time buat..alhamdulillah wp tak cantik macam yg orang jual tu, Abah, Daya, Taufiq, Nina dan Ummi berebut2 makan sampai habis. Buat sikit je pun boleh la dapat sorang 2/3 ketul. 

Ni first time Ummi buat. Rupanya tak lah cantik macam yg orang jual tu. Bila nak potong tak cantik..Ummi terus sudukan je dan golekkan atas kelapa parut. Wbp rasanya memang sedap..lembut dan sejuk je..




Resepi seperti di bawah :

Bahan
1/2 cawan sagu biji - rendam sebentar, cuci dan toskan.
1 cawan air
1 helai daun pandan - simpul
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan sirap ros
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam.

Cara
1. Basahkan loyang dengan air. Ketepikan.
2. Panaskan air hingga mendidih.
3. Masukkan sagu, kacau rata.
4. Masukkan daun pandan, gula pasir dan sirap ros, gaul rata.
5. Masukkan semua bahan ke dalam loyang kecuali daun pandan. Kukus selama 30 minit. Sejukkan.
6. Bila telah sejuk, masukkan ke dalam fridge.
7. Potong2, golekkan atas kelapa parut.

Lebihan kelapa parut 1/2 biji tadi Ummi simpan dalam freezer mate, dan simpan dlm freezer. Bila2 nak guna nanti cuma kukuskan je kelapa parut tu. Oleh kerana ada lebihan kelapa parut..gula Melaka pun ada..next project adalah kuih Buah Melaka kegemaran Abah!

Thursday, 23 October 2014

Kuih Seri Muka

Assalamu'alaikum.

Antara kuih tradisional yg Ummi suka adalah kuih ni. Ia terdiri dari 2 lapisan. Lapisan bawah adalah pulut manakala lapisan atas adalah tepung, santan dan air pandan. Abah dan anak2 pun suka juga.
Ni first time Ummi buat. Dulu Abah pernah buat masa anak2 kecik. Ummi nak buat tak sempat. sekarang ni alhamdulillah tercapai cita2 nak buat sendiri. Resepi asal dari sini, Ummi buat tak cukup 1 adunan sebab pulut cuma ada 392g je. Ummi guna loyang 8" X 8". Kuih tu jadi tebal sangat. Kalau nak buat lagi, Ummi akan buat 1/2 adunan je spt resepi di bawah, tp masih guna loyang 8" X 8".

Bahan Pulut
250g beras pulut
150ml santan
150ml air
1 sudu kecik garam
Cara
1. Rendam pulut selama 4 jam.
2. Cuci dan toskan.
3. Campurkan beras pulut, santan, air dan garam di dalam mangkuk, gaul rata.
4. Sapu minyak di bahagian dalam loyang.
5. Tuangkan campuran pulut ke dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Tekan2 pulut supaya ia mampat.

Bahan tepung
125g gula kastor
50g tepung kastad
200ml santan
200ml air
7 helai daun pandan
2 biji telur - pukul
secubit garam
Cara
1. Blend daun pandan dgn air, tapis air pandan.
2. Campurkan santan, air pandan, gula, garam dan tepung kastad, gaul hingga gula hancur.
3. Masukkan  telur, gaul rata.
4. Tuangkan campuran tepung ke atas pulut tadi.
5. Kukus selama 20 minit.

Monday, 13 October 2014

Sambal Goreng Jawa

Assalamu'alaikum,

Sambal Goreng Jawa (SGJ) ni kegemaran kita sekeluarga. Resepi asal Ummi dapat dari potretkasih. Sangat-sangat berterima kasih pada Wana. Kalau buat SGJ ni, sekejap je dah licin.

Resepi seperti di bawah :

Bahan
3 keping tahu - potong dadu, goreng
2 biji kentang - potong dadu, goreng
1 keping tempe - potong dadu, goreng
6 batang kacang panjang - hiris memanjang
10 biji cili kering -hiris nipis, rebus, cuci bersih, toskan
1 paket kecil suhun - rendam
1 paket kecil fucuk - rendam
1/2 cawan udang basah
4 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan santan pekat
garam, lada sulah

Cara
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga wangi.
2. Masukkan udang basah, santan, kacang panjang, suhun, fucuk dan bahan yg digoreng tadi.  
3. Masukkan garam dan lada sulah.

 

Rendang Daging

Assalamu'alaikum,

Rendang daging ni Ummi buat untuk Hari Raya Haji. Masing-masing kata sedap sangat2. Atok makan banyak walaupun dia tak kata sedap etc. Ummi akan gunakan resepi ni bila-bila nak buat rendang daging lagi.

<gambar>

Cumanya cara Ummi buat ni agak kelakar sikit. Jgn gelak eh.




Bahan
1 kg daging
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
3 batang serai - ketuk
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 helai daun limau purut - hiris halus 
air asam jawa
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan-kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
garam, gula

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara
1. Tumis rempah tumis 4 sekawan hingga wangi. Masukkan bahan kisar, gaul rata.
2. Masukkan daging dan bahan yg ditumis tadi ke dalam pressure cooker.
3. Masukkan air ke dalam pc , gaul rata.
4. Pressure cook selama 30 minit, tutup api dan biarkan tekanan keluar.
5. Masukkan santan, kerisik, gula melaka, asam jawa dan garam. Masak hingga kering.
6. Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, gaul rata.

 

Sunday, 12 October 2014

Yong Tau Foo

Assalamu'alaikum,

Petang ni tak tau nak masak apa. Asalnya nak buat mihun goreng, tapi ada yg tak nak makan, ada yg nak diet. Last kali decide buat Yong Tau Foo. Sebenarnya dah lama teringin nak buat YTF. Maklumlah kalau makan beli YTF di luar, tak tau mana sumber ball-ball tu. Kalau buat sendiri, boleh pastikan ada tanda halal jakim. Tambahan kalau beli di luar, untuk sekeluarga mahu berpuluh ringgit. Kebetulan ada stok ball2 lebihan bbq hari tu. Jadi, start lah projek menggugel. Akhirnya resepi ni jadi pilihan. Terima kasih banyak pada empunya blog. Anak-anak suka.. sekejap je dah licin.

Bahan yang Ummi guna kali ni adalah sosej, ketam roll, chicken meatball, fish cake dan 1 ikat kangkung.



Resepinya seperti dibawah. Ada juga la yg ummi ubahsuai sikit. Sukatan sos di bawah memang cukup2 untuk 6 orang (Ummi, Abg Luqman, Syira, Daya, Taufiq dan Nina). Kalau semua ada, kena tambah sukatan.

Bahan Sos
3 sudu makan cili kering blend
2 sudu kecil belacan (Ummi tak letak)
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 ketul gula Melaka saiz paling kecil - masak dengan 1 cawan air hingga gula larut. Tapis.
2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara buat sos
1. Tumis cili blend dan belacan hingga naik minyak.
2. Masukkan air gula melaka, kacau rata.
3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat, gaul rata.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh, gaul rata.
**Sekiranya terlalu pekat, tambah air panas, gaul rata.

Bahan air rebusan
air secukupnya
1/2 kiub ayam/ikan bilis
5-6 ulas bawang putih
Cara buat air rebusan
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih, masukkan ball2/kangkung dsbnya.

2 sudu makan bijan - goreng tanpa minyak atau bakar.

Cara menghidang
1. Gunting2 ball2/ kangkung dsb, masukkan ke dalam pinggan.
2. Tuang sos ke atas ball tadi.
3. Tabur bijan.
4. Sedia untuk dimakan.

Sunday, 5 October 2014

Kek Carrot - recommended

Assalamu'alaikum,



 
Kek Carrot ni Basyirah buat untuk Hari Raya Haji. Buat dlm bentuk cupcake supaya senang makan. Kalau buat dlm loyang nak kena potong la pulak. Masa potong pun kalau tak kena gaya mahu hancur disebabkan texture nya yg camtu. Pada Ummi ni resepi carrot cupcake paling sedap yg Ummi pernah makan. Ummi akan setia pada resepi ni setiap kali bila nak buat. Basyirah pun dah suka kek carrot ni. Resepinya di sini.

Toppingnya pulak Nina yang sediakan. Pada Ummi ni resepi topping yang paling sesuai dengan citarasa Ummi. Tak manis sangat, tak masam sangat dan tak muak sangat. Ummi akan setia pada resepi topping ni setiap Ummi buat Carrot Cake. Resepinya seperti dibawah :

Bahan topping
125g cream cheese
60g butter
60g castor sugar
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil lemon xest
Cara : Putar kesemuanya hingga gebu.

Friday, 26 September 2014

Update tentang tanaman Ummi

Assalamu'alaikum,

Dah lama Ummi tak update tentang tanaman. Maklumlah dah lama tak berkebun..kulit dah mula manja..bila berkebun mula la gatal2 di jari.

Lengkuas ni tanam dah lama.tp tak pernah ambil sbb susah nak amik. Ni first time amik hasilnya.

Bendi - beli anak pokok dengan harga RM1.00

Daun kesum - beli daun kesum di Mydin, then batangnya cucuk dlm tanah yg diisi dlm periuk hangit.

Cili padi kuning- anak pokok beli di Pekan Salak dengan harga RM1.00

Cili padi - anak pokok beli di Pekan Salak dengan harga RM1.00

Hasil tuaian yang pertama.

Pokok terung - anak pokok beli di Pasar Tani Pekan Salak dengan harga RM1.00

Rasanya dah 5 tahun tanam limau purut ..alhamdulillah 1st time berbuah sebelum bulan puasa baru2 ni.

Dan yang paling istimewa sekali yg kt bawah ni.







Florentine - Crunchy Caramel Almond

Assalamu'alaikum.

First time buat. Nampak mcm adik-beradik bepang.
Cumanya tepung Florentine tu dah mengandungi gula. Kalau masuk oven je dia akan cair dan bila disejukkan ia akan melekat dan keras. Sebab tu kena potong cepat-cepat lepas keluar dari oven.

Paras rupa Florentine yang mengancam

Masukkan tepung florentine, dan kekacang ke dalam mangkuk

Gaul rata semua bahan

Alaskan loyang dgn baking sheet. Tuang semua bahan ke dlm loyang dan ratakan.
Masukkan ke dlm oven.

Keluar dari oven, biarkan 1 minit, then cepat-cepat potong.

Setelah dipotong

Resepinya Ummi dapat dari Azlita. Terima kasih Ita.

Bahan
200g tepung Florenta
200g badam keping
100g kuaci hitam
20g bijan hitam

Cara
1. Bakar kuaci dan badampada suhu 160 celcius selama 5 minit, sejukkan.
2. Gaul rata semua bahan dalam bekas hingga semuanya bersalut tepung Florenta.
3. Tuang adunan dlm loyang, ratakan nipis.
4. Bakar dlm oven selama 10 minit.
5. Potong dan simpan dlm bekas kedap udara.

* Oleh kerana masih ada  stok bijan putih, Ummi guna bijan putih je menggantikan bijan hitam. Oleh kerana tiada almond flakes, Ummi gantikan dgn kuaci putih.


Sayur pucuk paku merah masak lemak putih

Assalamu'alaikum.


Assalamu'alaikum,

Ni antara sayur favourite Ummi. First time makan di rumah Mak Teh beberapa tahun yang lepas. Dulu masa kecik2 Ummi tak pandai makan makanan yg heavy spt yg bersantan..cuma suka sup, masak air, masak tumis air dan yg seangkatan dgnnya. Sekarang bila banyak umur pulak rasa mcm nak mkn makanan yg heavy.

Kt rumah kita, cuma Ummi je yg makan sayur ni. So kalau beli 1 ikat tu, bolehlah masak 3 kali.

Resepi
1 ikat sayur pucuk paku merah
1/2 labu bawang besar saiz S
2 ulas bawang putih
1 sudu udang kering - rendam dlm air panas
1 bungkus kecil santan (200 g) - beli di Pasar Pekan Salak

Cara
1. Cuci bersih sayur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak guna api kecil hingga agak mendidih.
3. Masukkan sayur dan perasakan dgn garam.

Senangkan..nak siang/cuci sayur yang bercinta.

Kuih Bakar/Bengkang

Assalamu'alaikum.



  First time buat..bawa potluck ke Jamuan Hari Raya Marakech

Dah lama betul Ummi menyepi dari fb ni. Maklumlah dah dpt wasap, asyik nak berwasap je. Terima kasih Abah belikan Ummi fon yg blh guna WhatsApp.

Ada banyak lagi perkara yg Ummi nak share dgn anak-anak. Kali ni Ummi nak cerita tentang Kuih Bakar. Orang Johor sebut Kuih Bakar. Orang Perlis sebut Kuih Bengkang. Kalau di Perlis, Kuih Bakar tu adalah Kuih Bangkit. So anak-anak kena pandai bawak diri lah ye.

Masa Ummi kecik dulu, Ummi cukup suka kalau Atok Muar buat kuih Bakar ni. Tapi Ummi makan keraknya je. isinya Ummi tak makan..kesian Atok terpaksa mengalah dengan kesukaan anaknya. Ummi makan kerak, Atok makan isi. Belum apa2 lagi keraknya dah habis dulu..tinggal isi je. 
Kalau buat nipis je macam lempeng pun ok juga kan..semua kerak, takde isi langsung.

Ok kita tengok resepi ya..

Bahan
7 helai daun pandan
3/4 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan gula
2 telur saiz S
1 cawan tepung
2 sudu besar butter
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau (Ummi jarang guna)

Cara
1. Blend pandan dan air, tapis dan ambil airnya.
2. Blend semua bahan termasuk air pandan kecuali bijan. Ketepikan.
3. Sapu loyang dengan minyak, panaskan sebentar dalam oven.
4. Tuang semua bahan blend ke dalam loyang.
5. Taburkan bijan di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam 30 minit menggunakan api atas bawah.
7. Biarkan hingga benar2 sejuk, baru potong.

* Jika bakar selama 1 jam pun dah masak. Tambahan 30 minit adalah untuk jadikan kerak.

Thursday, 25 September 2014

Chewy Gooey Brownies Ver 2

Assalamu'alaikum,

Ummi dan anak-anak sangat suka resepi ni. Crunchy di luar, chewy di dalam. Ummi akan terus menggunakan resepi ni apabila membuat Brownies.






Bahan
125g butter
200g baking choc
145g brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
45g tepung gandum
25g cocoa powder
50g almond nibs - panggang dulu

Cara
1. Cairkan baking choc dan butter secara double boiling. Apabila semua telah larut, tutup api, masukkan gula perang, gaul rata. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan cocoa powder. Masukkan almond nibs, gaul rata dan ketepikan.
3. Pukul telur dan vanilla essence dlm mangkuk KA hingga bercampur sahaja menggunakan hand whisk.
4. Masukkan campuran butter ke dlm campuran telur. Gaul rata.
5. Masukkan campuran tepung, gaul rata.
6. Tuang ke dalam loyang yg telah dilenser dan dialas dgn baking sheet.
7. Sebagai hiasan, boleh tabur almond flakes yg telah dipanggang, dan choc chips.
8. Bakar pada suhu 160 celcius selama 55 minit.
9. Keluarkan dari oven, sejukkan lebihkurang 30 minit (tanpa dikeluarkan dari loyang).
10. Keluarkan dari loyang, letak atas rak hingga sejuk sepenuhnya.
11. Potong menggunakan pisau yg bergigi.

* Ummi guna loyang 8 X 8 inci.
* Sedap dimakan setelah disimpan semalaman.

Tuesday, 1 July 2014

Kek Buah Kukus V2

Assalamu'alaikum,

Setelah mencuba beberapa resepi, ni lah resepi yg paling Ummi suka. Bukan Ummi je yg suka, Abah, Anan dan kawan2 Ummi pun suka dgn Kek Buah kukus ni. Lepas ni Ummi akan menggunakan resepi ni setiap kali bila buat kek buah kukus. Resepi asal Ummi ambil di sini.

Bahan
250 g butter - Ummi guna Anchor
45g gula
2 1/2 cawan gula - utk buat gula hangus
2 eggs
250 g tepung gandum
2 sudu besar tepung gandum - utk gaul pada buah2an kering
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh serbuk buah pala
150g mix fruit
100g ceri merah + ceri hijau + kulit limau

Cara
1. Gris 2 baking tin 6 X 6 in dan alaskan dgn kertas. Set aside.
2. Campurkan tepung, cream of tartar, soda bikatbonat dan serbuk buah pala, gaul rata, ayak.
3. Gaulkan campuran buah2an kering dengan 2 sudu besar tepung gandum. Set aside.
4. Masak air untuk kukus.
5. Beat butter n 45g sugar till fluffy menggunakan Kitchen Aid. Masukkan telur, pukul, satu demi satu.
6. Masukkan campuran mix fruit dan tepung, beat perlahan sebentar hingga bercampur menggunakan Kitchen Aid.
7. Masukkan tepung gandum, gaul rata menggunakan senduk kayu.
8. Panaskan 2 1/2 cawan sugar atas api hingga warna jadi perang dan semua gula cair.
9. Curahkan gula hangus yg masih panas ke dlm batter (no 7). Gaul rata menggunakan Kitchen Aid.
10. Masukkan batter ke dlm 2 baking tin.
11. Kukus 4 jam.

Saturday, 28 June 2014

Chewy Goowy Brownies

Assalamu'alaikum,

Resepi ni akan menjadikan brownies chewy di dalam, rangup di luar.
Syira sangat2 suka CGB. Caranya agak leceh sikit tp berbaloi.

Bahan
125g butter
200g dark choc bar
1 1/2 cawan gula
tepung
serbuk koko
1/2 cawan almond nibs/flakes

Cara
1. Alaskan 2 baking tin 6 in X 6 in dgn baking sheet. Set aside.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Set aside.
3. Panaskan oven 160 celcius.
4. Double boiling butter dan choc bar hingga cair.
5. Tambah gula, gaul rata.
6. Tambah tepung dan serbuk koko, gaul rata
7. Tambah almond nibs/flakes, gaul rata
8. Bakar pada suhu 160 celcius selama 30 minit
9. Keluarkan dari oven, potong semasa ianya masih panas.

Tuesday, 17 June 2014

Bersantai bersama anak-anak

Assalamu'alaikum,

Waktu yg paling menggembirakan..bersantai bersama anak-anak.
Masa anak2 kecik dulu selalu g makan angin..pantai, cameron, water park.
Dah lama tak rasa keseronokan bermain dgn budak2..rindu la pulak dgn budak-budak kecik.
Tunggu cucu la jawabnya..bila agaknya tu..

Cuti sekolah baru ni luangkan masa g berpoya dgn anak2. Tak ambik cuti pun..g hujung minggu je.
Tp Abg Luqman takde masa tu sbb g walimah kawannya di Kedah..tak cukup korem lg.
Bila masing2 dah besar..susah sikit nak bg cukup korem..maklum la..9 org!

 Tasik di hadapan Suria KLCC
 Suria KLCC
 Hotel Istana
Depan KLCC

Friday, 9 May 2014

Kek Marble Ver 2

Assalamu'alaikum,

Semalam Wa Nah dtg rumah kita. Kebetulan Daya ada kt rumah, boleh lah Daya dan Nina tolong Ummi masak2 sikit kt dapur. Bukan masak apapun..buat Laksa Johor dan Kek Marble je. Kali ni Ummi nak cerita pasal Kek Marble.

Biasanya kalau buat cookies, Ummi akan guna butter Anchor. Kalau buat kek, Ummi akan guna butter Farmcow. Tapi kali ni Ummi buat kek guna butter Anchor sebab Farmcow dah habis stok. Self raising flour (srf) pun dah habis..so Ummi buat srf sendiri. Caranya senang je :

Srf = 250g tepung gandum + 1 sudu makan baking powder + 1/2 sudu teh soda bikarbonat.
Gauk rata menggunakan hand whisk..simpan dlm tapawe.

Punggah2 inti fridge jumpa byk buah oren dan susu pekat. Punggah2 rak baking jumpa cocoa powder yg dah tinggal sikit..good! Bermula lah projek baking Kek Marble Oren dan Koko.

 


Kek ni sangat lembut, gebu tapi tak berderai. Ummi akan gunakan resepi ni bila nak buat kek lagi.

Bahan
250g butter
120g kastor sugar
4 biji telur saiz S
1 3/4 cawan srf
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
parutan kulit oren dari sebiji buah oren
2 sudu cocoa powder

Cara
1. Panaskan oven 175 Celcius. Sediakan loyang kek..ketepikan.
2. Putar butter dan gula kastor dengan kelajuan sederhana.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Kurangkan kelajuan, masukkan susu pekat dan esen vanilla
5. Bahagi adunan kpd 2 bhgn.
6. Campurkan 1 bahagian dgn cocoa powder, gaul rata.
7. Campurkan 1 bahagian lagi dgn parutan kulit oren, gaul rata.
8. Masukkan 2 sudu batter koko di tengah2 loyang. Ketuk2 sikit.
9. Masukkan 2 sudu batter oren ke dlm loyang di atas batter koko. Ketuk2 sikit.
10. Ulangi step 8 dan 9 hingga habis.
11. Bakar selama 45 minit.
12. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
 

Sunday, 27 April 2014

Nasi Mandy Kambing

Assalamu'alaikum,


Hari ni Ummi try masak Nasi Mandy Kambing yg Ummi beli dari Makcik Nora hari tu. 1 kotak RM15, kandungannya spt di bawah..ada resepi sekali. Minggu ni Daya dan Anan tak de. Sukatan di bawah ni cukup2 utk 7 org..licin. Kalau semua ada..Ummi kena lebihkan sikit sukatan. Anak2 kata lepas ni x payah g Dima lagi.

 
 Paket yg Ummi beli

 Siap resepi lagi..

Kandungan dalam paket

Bahan Nasi
2 paket kambing (lebihkurang 1.5 kg)
beras (385g), 1 loomy, 1 kulit kayu manis, 7 pelaga, 14 cengkih, rempah nasi mandy - ada dlm kotak
2 labu bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - cincang
5 cawan air - utk rebus kambing
2 sudu kecil pewarna kuning telur

Cara masak nasi
1. Rebus kambing dlm pressure cooker selama 1/2 jam. Masukkan garam, ketepikan.
2. Cuci dan rendam beras selama 1/2 jam. Toskan.
3. Tumis  loomy, kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
4. Kecilkan api, masukkan rempah nasi mandy, gaul rata.
5. Masukkan beras, gaul rata.
6. Tuang semua bahan ke dlm rice cooker. Masukkan cili hijau.
7. Tambah 600ml air rebusan kambing.
8. Masukkan kambing.
9. Masak seperti biasa.
10. Setelah masak, keluarkan kambing. Letak pewarna kuning telur. Tutup penutup periuk..biar sebentar.
11. Sebelum dihidang, gaul sedikit nasi menggunakan chopstick, sendukkan ke dlm mangkuk nasi.
12. Baki sup tadi blh dihidangkan.
   


Salad Arab
2 biji tomato - potong dadu
2 biji timun - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
1 pokok daun ketumbar - hiris halus
sedikit garam
Cara
Campurkan semua bahan.
Sementara nak tunggu semua dihidang, masukkan ke dlm fridge.


Salata Hara
2 biji tomato
1 ulas bawang putih
1 pokok daun ketumbar
2 biji cili padi
1 sudu kecil lemon juice
sedikit garam
Cara
Kisar semua bahan menggunakan mini chopper.
Sementara nak tunggu semua dihidang, masukkan ke dlm fridge.


**
Tips :
1. Kalau nak buat lagi (tanpa paket ni) Ummi akan guna 2 cawan beras beriani dan 3 cawan air rebusan kambing. 'Cawan baking' utk 7 org makan. Kalau semua ada, ummi akan guna 'cawan ribena'. sukatan lain semua sama cuma kalau semua ada, kena lebihkan kambing.

2. Kalau semua ada, Salata Hara kena 2 kali ganda, Salad Arab kena 1 1/2 kali ganda.

3. Air rebusan kambing hendaklah disediakan lebih awal supaya ada masa utk sejukkannya. Apabila sejuk, akan terbentuk lapisan minyak/lemak cair di bhgn atas sup. Buangkan lapisan tu supaya tak banyak lemak yg masuk dlm badan kita. Kalau kt kedai makan, dia org buang ke lapisan tu..rasanya mcm x buang je sbb lapisan tu yg membuatkan nasi tu sedap. Moral of the story..masaklah sendiri di rumah bagi memastikan makanan yg diberi kpd keluarga kita tidak memudaratkan kita..tu yg dinamakan masak dgn penuh kasih sayang.

Mihun Goreng

Assalamu'alaikum.

 


Mihun goreng ni Nina yg buat. Ummi cuma tolong sikit2 je. Nina beruntung sebab berpeluang masak macam2 di rumah. Satu bonus bg Nina yg sememangnya ringan tulang..tq Nina.

Bahan
2/3 paket mihun - rendam sekejap
7 tangkai cili kering - buang biji, rebus, cuci dan kisar.
1 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 biji cili merah - kisar
1 sudu besar udang kering - rendam air panas, cuci bersih dan kisar
sos cili, sos tomato, sos tiram
sotong, udang
2 keping tahu - goreng, potong 9
2 biji telur
2 cawan air

Cara
1. Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2. Tambah sos tiram, sos cili dan sos tomato, gaul rata.
3. Masukkan air, hingga mendidih.
4. Masukkan telur, biar sebentar hingga agak keras, hancurkan.
5. Masukkan sotong dan udang, serta garam, gaul rata.
6. Masukkan mihun, gaul rata.
7. Akhir sekali masukkan sawi, tahu dan gaul rata.
8. Paling akhir jgn lupa tutup api.

Saturday, 26 April 2014

Tahniah Anan!

Assalamu'alaikum.



Anak buncu Ummi ni diberi kelebihan pandai dlm pelajaran. Sejak dari tadika lagi selalu dapat no 1. Sekolah agama dan sekolah kebangsaan pun selalu dpt no 1. Dapat jadi Tokoh Akademik masa Darjah 6. Dah masuk MRSM pun sentiasa dpt no 1 dlm setiap ujian selaras, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun Ting 1. Tahniah Anan.

Gambar kt bawah ni masa Hari Anugerah Cemerlang 26 April 2014. Dapat Anugerah Pengetua, 4 flat, No 1 dlm tingkatan 1, terbaik dlm subjek Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.








Sayang Abah tak dpt hadir sbb tangki rumah bocor, air mencurah2 macam hujan lebat, dan Abah terpaksa tunggu kontraktor baiki tangki. Ummi pergi sendiri dengan Taufiq dan Nina. keluar rumah jam 5:30 pagi, solat Subuh di highway. Abah temankan separuh jalan je.. Alhamdulillah selamat sampai jam 8:00 pagi, singgah breakfast dan tiba di maktab Anan sebelum jam 8:30 pagi.

Bangganya Ummi!
Bukan Ummi Abah je bangga dgn Anan... Abang2 dan kakak2 pun bangga dgn Anan!
Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Wednesday, 16 April 2014

Soto ver2

Assalamu'alaikum.

Lama betul Ummi tak buat soto. Tetiba je teringin. Biasanya sup dia ummi rebus rangka ayam. Cari di pasar tani depan Empress takde la pulak. Ummi ganti dgn tulang. Caranya sama je dgn resepi sebelum ni di sini. Cuma Ummi ubahsuai sup dia je.



Bergedil Ummi dpt dari sini
Sup & isi ayam siat
5 ketul tulang
5 ketul ayam yg byk isi

2 labu bawang besar - blend
3 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
1/2 inci lengkuas - blend
2 1/2 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1 bungkus rempah kurma
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 pelaga
5 cengkih
garam

Cara
1. Rebus tulang bersama halia ketuk di dlm pressure cooker (pc) selama 1/2 jam.
    Tutup api, letak pc di bawah aliran air paip yg perlahan, keluarkan angin dari dlm
    pc supaya tekanan berkurangan, baru buka penutup pc. 
2. Masukkan ayam ke dlm pc, panaskan air rebusan selama 15 minit, keluarkan isi ayam (utk disiat).
3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, bahan blend, serai, lengkuas dan rempah kurma hingga naik minyak.
4. Tuangkan bahan yg telah ditumis ke dlm periuk sup, panaskan hingga mendidih.

Bergedil
4 biji kentang - potong kecil, goreng agak2 hingga lembut dan lenyek
2 sudu besar daging kisar
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar daun bawang/sup yg dah dihiris
sedikit jintan halus, garam dan lada sulah
1 biji telur - utk digaul dgn kentang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung beras
Air secukupnya
bread crumb secukupnya
Cara :
1. Campurkan kentang, daging kisar, bawang goreng, daun sup, jintan halus, garam, lada sulah dan
    telur. Bulat2 kan, kemudian dileperkan sedikit. Ketepikan.
2. Bancuh tepung gandum/beras dengan air secukupnya. Ketepikan.
3. Celupkan kentang ke dlm bancuhan tepung, golekkan pada breadcrumb.
4. Goreng spt biasa.